Thursday, December 6, 2007

Cubaan Lumpuhkan negara melalui Hindraf

Pihak pengajur Perhimpunan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu kota Ahad lalu telah melanggar janji, apabila perhimpunan yang dijanjikan akan diadakan dalam suasanan aman, telah bertukar ganas.

Tindakan keterlaluan para penyokong perhimpunan yang telah bertindak agresif dengan melontar batu dan besi ke arah pihak polis hingga mencederakan empat anggota polis dan dua darinya cedera parah adalah satu tindakan yang keterlaluan.

Perhimpunan haram penganut agama Hindu bercorak militan bagi menuntut campur tangan Britain ke dalam hal ehwal Malaysia merupakan satu tindakan mengkhianati kemerdekaan negara serta berbaur perkauman.

Sejak awal-awal lagi iaitu sebelum perhimpunan tersebut diadakan lagi, kedua-dua parti pembangkang terbesar negara iaitu Pas dan PKR sudah pun membuat kenyataan menyokong tindakan tersebut.

Ini secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa kedua parti tersebut adalah dalang dan peneraju paling besar kepada perhimpunan yang berselindung disebalik tuntutan Hindraf tersebut.

Keadilan menerusi penasihatnya Anwar Ibrahim dan Tian Chua, sepertimana yang tersiar dalam laman web pembangkang itu, begitu ghairah sekali mendesak agar kerajaan mengeluarkan permit bagi perhimpunan tersebut.

Manakala Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Dato' Kamaruddin Jaafar pula telah melahirkan rasa kecewa dan dukacitanya di atas tindakan kerajaan yang menyekat dan menghalang perhimpunan tersebut yang kononnya diadakan bagi menyuarakan pandangan mereka secara aman.

"PAS berpendirian, semua pihak harus menghormati hak asasi mereka untuk menyuarakan pandangan dan berhimpun secara aman. Ini sebagai isyarat dan tanda kegelisahan sebilangan besar kaum India dengan dasar kerajaan yang tidak memberi manfaat kepada golongan miskin dan tertindas sehingga nasib dan kebajikan mereka terabai," katanya sepertimana yang tersiar dalam Harakahdaily.net.

Manakala, Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) sebelum ini juga turut mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar meluluskan permit ke atas perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindraf itu.

AMK juga menyifatkan, sebagaimana perhimpunan yang dianjurkan Bersih pada 10 November lepas, perhimpunan Hindraf ini adalalah merupakan satu manifestasi hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pendapat sebagaimana yang dijamin Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga turut menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri tentang perhimpunan tersebut adalah satu kenyataan yang biadap, kerana mengecam Hindraf.

Sebenarnya, mereka terlupa bahawa perhimpunan haram yang disertai oleh kira-kira 10,000 itu telah melanggar dan tidak memperdulikan perintah mahkamah, amaran polis dan nasihat kerajaan agar tidak diadakan perhimpunan tersebut.

Penahanan Pengerusinya P. Wayta Moorthy, Jumaat di bawah Akta Hasutan 1948 juga tidak memberi sebarang kesan kepada penganjuran perhimpunan haram itu. Sebaliknya mereka tetap berdegil terus aksi tunjuk rasa tidak puashati di jalanan hingga mencetuskan kekecohan yang memaksa pihak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak balas.

Semangat berhimpun dilihat lebih berpaksi kepada berpesta keganasan kerana tidak ada apa yang dapat diperjuangkan melalui perhimpunan atau demonstrasi jalanan itu.

Seperti kata Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu, semua masalah berkaitan dengan orang India dan agama mereka telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada setiap minggu.

Wednesday, November 21, 2007

Bukti, Anwar dan Bersih Kalah Teruk

Anwar Ibrahim dan BERSIH yang sebelum ini melaungkan kononnya mereka menang dalam pertarungan psikologi berkaitan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agung 10 November lalu pada dasarnya sebenarnya telah mengalami kekalahan yang teruk.

Dakwaaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya mereka menang 1-0 dalam pertarungan tersebut, sebenarnya tidak lebih sebagai ayat pemanis bagi mengaburi mata rakyat dan juga untuk menutup kekalahan teruk mereka dalam agenda jelik yang berselindung disebalik tindakan BERSIH itu.

Kekalahan pertama yang dialami oleh barisan pembangkan itu ialah, apabila mereka gagal mencapai matlamat untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100,000 orang dalam perhimpunan tersebut. Sebaliknya, perhimpunan Bersih itu hanya berjaya mengumpul sekitar 40 hingga 50 ribu orang keseluruhan yang hadir pada hari tersebut.

Ini terbukti, apabila tiada satupun media maupun laman web dinegara ini termasuk yang dimiliki oleh parti-parti pembangkang, melaporkan angka itu berjaya tercapai. Sebaliknya, rata-rata mereka menganggarkan perhimpunan tersebut hanya dihadiri tidak lebih daripada separuh dari jumlah yang disasarkan itu.

Bukan itu sahaja malah, hasrat mereka untuk menjadikan perhimpunan tersebut sebagai perangkap bagi memburukan imej kerajaan pemerintah juga tidak kesampaian. Mereka yang menginginkan perhimpunan tercebut dicemari dengan rusuhan, tindak balas ganas dan kejam dari pihak berkuasa juga tidak berjalan seperti mana yang dirancangkan.

Walaupun terdapat beberapa cubaan untuk membangkitkan kemarahan pihak polis dengan kata-kata kesat serta tindakan degil dan nekad para penyokong yang fanatik, namun dengan kecekapan dan kebijaksaaan pihak polis yang bertugas, semuanya dapat dikawal dengan baik.

Pasukan nekad yang dikatakan bersedia untuk dijadikan korban andai berlakunya rusuhan pada hari itu, juga menjadi bukti kukuh bahawa dalam program anjuran Bersih tersebut turut terselit agenda kotor sepertimana rancangan untuk mencetuskan rusuhan.

Cubaan mereka untuk mengheret Yang diPertuan Agung dalam kancah politik juga gagal menemui titik penyudahnya. Tindakan Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin utama pembangkang itu untuk mendapatkan perhatian dari Agung dengan menyerahkan memorandum tersebut dilihat telah gagal sama sekali.

Selain gagal untuk menyerahkan memorandum tersebut ke tangan Yang Di Pertuan Agong sendiri, usul mereka yang diserahkan pada 10 November lalu, hingga artikel ini ditulis, masih gagal mendapat tindak balas dan perhatian DYMM Yang diPertuan Agong.

Sebaliknya DYMM telah menyelar tindakan mereka itu dengan menganggap perhimpunan yang dianjurkan BERSIH itu adalah perhimpunan haram. Baginda juga turut melahirkan kekesalan kerana pihak terbabit turut menggunakan nama baginda bagi menarik perhatian ramai untuk hadir dalam perhimpunan tersebut.

Hasrat pengajur yang mahukan semua mereka yang menyertai perhimpunan pada hari tersebut mengenakan pakaian berwarna kuning, juga tidak menjadi realiti.

Hasrat mereka untuk melihat gelombang kuning memenuhi sepanjang perjalanan dari Dataran Merdeka hingga ke Istana Negara juga gagal dipenuhi. Anwar terus kempunan, apabila tidak sampai separuh dari mereka menyertai perhimpunan pada hari itu yang memakai baju kuning sepertimana yang diminta.

Monday, November 12, 2007

SAYA PANTANG DICABAR - PAK LAH

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pergulungannya memuji perwakilan yang memperlihatkan kematangan didalam mengemukakan usul perbahasan. Beliau juga turut berpendapat bahawa perwakilan telah bersetuju dengan pembangunan koridor seperti mana yang dibentangkan dalam ucapan dasar beliau sebelum ini.

Bagaimana pun, beliau turut menyeru agar orang-orang Melayu mengambil kesempatan diatas ketiga-tiga koridor samada dari peluang perniagaan, perkerjaan dan sebagainya. Abdullah juga turut berjanji akan membantu dengan seikhlas mungkin dalam perkara yang berkaitan.

Abdullah juga turut bersetuju dengan perwakilan dari Pulau Pinang, Datuk Pirdaus Ismail yang mahukan para pemimpin atasan yang berlainan bangsa agar mengingatkan sejarah perjanjian kemerdekaan yang dibuat semasa negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, ini penting demi untuk memastikan kestabilan ekonomi, keharmonian dan kemakmuran negara terus mampu dipertahankan. Selain itu Abdullah juga turut menyentuh berkaitan KDNK negara. Pendapatan perkapita di Malaysia amatlah tinggi dan baik berbanding daripada India dan China.

Tambahnya lagi, program yang telah diatur dari segi pendidikan bakal melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan tahap menengah. Peluang-peluang didalam bidang vokasional turut diperhebatkan. Ia bertujuan bagi menampung permintaan tenaga kerja yang mahir bagi menggantikan buruh asing yang disifatkannya tidak mahir dan produktif.

Beliau juga berjanji akan mengstrukturkan semula sistem subsidi agar ia lebih adil dan hanya diberi kepada mereka yang memerlukan sahaja. Dengan cara ini sahaja, peruntukan pembangunan negara dapat dipertingkatkan lagi.

Dalam ucapan yang sama juga, Abdullah turut menyelar pihak-pihak tertentu yang menganjurkan perhimpunan haram sepertimana perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih bagi menuntut keadilan didalam pilihanraya.

Bagaiman pun, menurut Abdullah, apa yang dituntut oleh Bersih itu adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal. Ini kerana dua dari tuntutan yang dibuat itu sudah pun diterima oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

“Saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa perhimpunan BERSIH tidak akan diberi permit. Bermakna perhimpunan ini adalah perhimpunan haram. Mereka seolah-olah cuba mencabar pihak kerajaan dan polis, tetapi sebenarnya mereka mencabar undang-undang negara”.

“Saya tak kisah orang mencabar saya, tapi saya tak boleh menerima orang mencabar undang-undang negara, tetapi saya pantang dicabar. Amalan demokrasi jalanan tidak dapat diterima dinegara ini dan saya rasa rakyat tidak boleh diperdaya oleh pembangkang”, ujar Abdullah dengan nada keras sambil mengakhiri ucapan.

Monday, October 29, 2007

30 BAHAGIAN SUDAH MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP AZALINA?

Walaupun Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said masih mengunci mulut terutamanya berkaitan cadangan Ketua Bahagian UMNO Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Al- Habshee yang ingin mencalonkan beliau untuk bertading bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan akan datang mendapat reaksi yang memberangsang dari banyak pihak.

Walaupun, dalam masa dua hari sahaja berita tersebut telah mendapat liputan meluas dari pihak media, namun sudah ada cakap-cakap dikalangan Ahli UMNO peringkat `grass root’ yang menyatakan bahawa ahli Parlimen Pengerang ini sudah mendapat sokongan daripada 30 bahagian UMNO.

Andai apa yang bermain dibibir dikalangan ahli UMNO pelbagai peringkat ketika ini ada kebenarannya, ini bermakna Azalina merupakan seorang calon yang boleh dianggap kuat dan tidak mustahil beliau mampu memberikan saingan sengit kepada penyandang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Azalina yang sebelum ini menyatakan masih belum terfikir untuk bertanding merebut jawatan Ketua Wanita dengan alasan untuk memberikan tumpuan terhadap pilihanraya umum akan datang yang dijangka akan diadakan lebih awal daripada Pemilihan Agung UMNO, Azalina juga dilihat satu-satunya tokoh yang sudah mendapat pencalonan tertinggi daripada pelbagai peringkat.

Meskipun berkali-kali Menteri Belia dan Sukan itu mengulangi kenyataan yang beliau hanya mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Majlis tertinggi UMNO yang disandangnya sekarang, namun pemimpin-pemimpin dari pelbagai peringkat tetap berpendapat bahawa Azalina seharusnya menimbang pendapat mereka.

“Pada kami, Datuk Azalina merupakan seorang pemimpin muda yang mempunyai karisma yang tinggi disamping motivasi diri untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan negara.

“Apa yang lebih penting pada kami, keikhlasan yang beliau tunjukan dalam melaksanakan tugasnya sebagai MT dan juga Menteri. Dan, inilah sebenarnya pemimpin yang kita cari…,”ujar Ketua Bahagian dari Kedah yang mahu namanya dirahsiakan dengan alasan untuk menjaga sensitiviti individu-individu tertentu.

Wanita yang mendakwa ketua Wanita UMNO bahagian dari Negeri Sembilan yang juga mahu namanya dirahsiakan itu ketika menghubungi penulis kpmu.net untuk menyatakan sokongannya terhadap Datuk Azalina, tidak menafikan bahawa Rafidah merupakan seorang pemimpin wanita yang hebat.

Namun bagitu, beliau tetap mempertahankan bahawa Azalina perlu diberikan peluang sebagai Ketua Wanita kerana berpendapat, selain berkarisma, muda dan bermotivasi tinggi, Azalina juga merupakan seorang pemimpin muda yang mempunyai misi perjuangan yang jelas.

Oleh itu, rata-rata mereka yang ditemui berharap agar Menteri Belia dan Sukan ini perlu menghormati serta menerima cadangan pencalonan daripada ‘grass root’. Mereka juga menjangkakan bahawa Datuk Azalina akan menerima lebih banyak pencalonan setelah berakhirnya PRU ke 12 malah menjelangnya ambang tarikh pemilihan Agung UMNO nanti.

Monday, October 22, 2007

RAJA PETRA YANG KU KENALI SEBENARNYA MANUSIA DAYUS

Setelah sekian lama mengikuti perkembangan penulis blog Malaysia Today.net, Raja Petra Kamaruddin semakin jelas pula banyangan yang menunjukan bahawa penulis kononya terhebat itu adalah pembohong besar dan tergolong dalam golongan manusia yang munafik.

Lebih menyedihkan, beliau yang selama ini cuba memperlihat keperwiraannya menerusi blog dan tulisannya rupanya seorang dayus yang hanya pandai mencipta fitnah dan kontroversi semata-mata untuk meraih populariti semata-mata.

Adalah menjadi satu kerugian besar kepada individu dari negara Jerman yang dikatakan menjadi penaja utama kepada Blog Malaysia Today yang dikatakan bernilai RM100,000 sebulan semata-mata untuk membeli idealogi secetek pemikiran Raja Petra.

Juga menjadi kerugian kepada Anwar Ibrahim kerana bersekongkol dengan manusia dan sahabat lamanya itu yang dikatakan kini semakin jelas tembelang temberangnya.

Tidak malukah manusia yang bergegar-gegar menobatkan dirinya sebagai `terhebat’ dan menjadi idola beberapa penulis `besar’ dan ada dikalangannya pernah digelar `guru’, sebenarnya adalah manusia bacul… Tewas dan kalah kepada hingusan yang juga yang juga kawan anak gadisnya.

Raja Baizura pernah mencabar agar beliau menyiarkan nombor telefon Puteri UMNO yang bertudung yang beliau katakan boleh melakukan zina dengan sesiapa saja dihari pertama perkenalan, tetapi langsung tiada mendapat tindak balas walaupun sudah 29 hari cabaran itu disiarkan dalam kpmu.net.

Sebelum ini, Raja Perta juga pernah mengangkat bendera putih kerana mengaku kalah dengan cabaran yang dibuat oleh Agendadaily agar Raja Petra memberikan bukti akan dakwaan beliau bahawa Agendadaily ada menerima wang sebanyak RM 200 ribu dari Dato' Norza Zakaria.

Raja Petra juga pernah mencabar Mat Taib untuk berdailog. Sebenarnya cabaran itu dibuat semata-mata untuk mengalihkan pandangan umum berkaitan laporan polis yang dibuat oleh bekas menteri besar Selangor terhadap beliau.

Dengan suara yang lantang dan tulisan yang penuh emosi, beliau menegaskan akan membungkarkan segala kepincangan dalam kerajaan dan membuktikan bahawa dakwaaannya dalam Malaysia Today selama ini adalah benar.

Sebenarnya itu semua adalah lakonan RPK semata-mata. Dia berani membuat cabaran tersebut setelah pasti bahawa Ketua Penerangan Umno itu tidak akan melayan permintaan bodohnya itu dan situasi inilah yang diharapkannya untuk dijadikan senjata bagi memperlihatkan kononnya dia adalah wira bangsa.

Apapun yang dilakukan dan alasan Raja Petra yang dipaparkannya namun pasti semua strategi dan tembelang manusia yang menggelarkan dirinya sebagai pejuang itu sebenarnya sudah pecah. Tabiaatnya yang suka mencipta pembohongan sudah mula dikesan oleh rakyat negara ini.

Itulah sebenarnya Raja Petra Kamaruddin, manusia pembohong yang cuba mencipta isu semata-mata untuk poket dan populariti. Lantang bersuara seolah-olah dia sahaja yang hebat, sedangkan dia sebenarnya manusia dayus yang hanya pandai menggunakan kesempatan untuk menutup kelemahan diri.

Sunday, October 7, 2007

PKR PENAJA RUSUHAN

Apa nak jadi dengan para pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang langsung tidak sensitif hingga mereka sanggup memperjudikan keselesaan dan keamanan yang dikecapai oleh rakyat selama ini asalkan impian dan cita-cita besar mereka untuk memerintah dinegara ini tercapai.

Adakah mereka lupa atau buat-buat tidak nampak dengan peristiwa rusuhan kaum yang berlaku kepada beberapa buah negara di asia dan yang terbaru sekali apa yang berlaku di negara Myamar. Sebahagian besar rusuhan tersebut berlaku kerana ada pihak yang cuba membakar api kemarahan rakyat terhadap pihak tertentu termasuk kerajaan.

Adakah kita juga mahu negara kita tercetusnya tragedi sedemikian rupa dan itukah yang sebenarn ya Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim mahukan…Kalau tidak, mana mungkin mereka sanggup menganjurkan beberapa siri perhimpunan haram sepertinya.

Seperti yang semua maklum, terbaru sekali mereka sanggup mencemarkan kesucian Masjid Negara semata-mata untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan negara. Lebih menyedihkan lagi, mereka sanggup menggunakan rumah suci Allah sebagai medan untuk mengutuk pemimpin kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Sambil menghentam kerajaan dan sistem kehakiman yang didakwa semakin merudum, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS dan Ketua Angkatan Muda Keadillan, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam ucapan masing-masing tidak terkecuali untuk turut melaungkan reformasi serta menyifatkan kerajaan yang ada adalah kerajaan penindas.

Perhimpunan'Selamatkan Sistem Kehakiman Negara' yang diadakan diperkarangan Masjid Negara sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat semalam itu sebenarnya bertujuan untuk menarik lebih ramai pendengar…

Tetapi sayang seribu kali sayang, sesi taklimat yang diadakan ditengah panas terik matahari itu tidak berjaya menambat hati para jemaah. Masing-masing hanya berlegar-legar dikawasan masjid tanpa memperdulikan apa yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang itu.

Tidak sampai 150 orang sahaja yang turut serta di dalam perhimpunan itu. Itupun sebahagian besarnya terdiri dari mereka yang datang bersama rombongan penganjur. Selain itu, berapa orang yang daripadanya terdiri dari kalangan wartawan dan jurugambar.

Situasi ini juga jelas mengambarkan bahawa barisan alternatif terutamanya Parti Keadilan Rakyat sudah mula hilang pengaruh mereka. Kalau dahulu, sebelum Anwar dibebaskan ia masih mendapat sambutan yang menggalakan, tetapi kini setelah Anwar dibebaskan ia didapati amat dingin sekali.

Atau mungkin ini juga menjadi satu tanda atau isyarat bahawa rakyat kini sudah mengetahui siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan mereka juga sudah hilang keyakinan dengan pemimpin yang pernah disifatkan oleh bekas orang kuatnya sendiri, Ezam Mohd Nor, sebagai dictator…

Tuesday, September 18, 2007

18 PERSOALAN BESAR YANG MASIH BELUM DIJAWAB PAS

Nampak sangat Pas kini kian terdesak. Insiden rusuhan dan pembakaran jalur gemilang di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini telah meletakkan parti yang kononnya berlandaskan perjuangan Islam itu berada dalam keadaan tersepit dan tidak menentu.

Tidak keterlaluan andainya dikatakan bahawa kejadian melampau dan dianggap terburuk dalam sejarah negara itu dan yang dikatakan dilakukan oleh penyokong mereka secara tidak langsung telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu semakin merosot .

Menyedari hakikat itulah, maka barisan kepimpinan Pas kini dilihat terus berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan mencipta isu-isu disamping memputarbelitkan isu kononnya apa yang berlaku tersebut semuanya berpunca dari UMNO dan kerajaan.

Bagaimanapun lebih 18 soalan yang berlegar dalam kota fikir semua masih belum di jawab tetapi barisan kepimpinan pembangkang tetap bertindak menegakkan benang yang basah. Mereka dilihat sedang mengubah pandangan pembaca dengan membawa isu-isu samping remeh-temeh dan rekaan semata-mata dengan harapan berjaya untuk menutup kesilapan mereka dan agar rakyat kembali memarahi pihak kerajaan pula.

Banyak isu yang tinggal misteri dan menjadi bukti pembabitan pembangkan dengan rusuhan tersebut yang masih belum dijawab mereka.

1 . Kenapa Pas masih hendak meneruskan perhimpunan tersebut sedangkan mereka tahu permit tidak diluluskan. Adalah menjadi perkara mustahil bagi mereka tidak mengetahuinya kerana setiap permit yang dipohon hendaklah dua minggu sebelum program berlangsung.

2 . Apa yang sebenarnya menyebabkan penyokong mereka merusuh….Sebelum ini tidak pernah terjadi rusuhan di ceramah-ceramah seumpamanya kecuali ada hasutan ataupun desakan dari pihak tertentu..Andainya, mereka tidak membakar api kebencian kepada penyokongnya terhadap polis dan kerajaan, mustahil peristiwa ini berlaku.

3 . Kenapa pihak penganjur tidak memaklumkan lebih awal tentang pembatalan permit tersebut kepada penyokongnya. Ini menunjukan seolah-olah mereka ada rancangan tertentu dan semuanya sudah dirancang dengan teliti.

4 . Kenapa pula Mat Sabu tetap datang ke tempat ceramah pada malam tersebut, sedangkan permit ceramah tidak diluluskan dan menjadi perkara mustahil beliau tidak mengetahuinya lebih-lebih lagi dalam dunia serba canggih ini.

5 . Apa tujuan mereka mengambarkan bahawa pasukan polis yang bertugas pada malam itu adalah kejam. Mereka juga seoalah-olah cuba menolak tugas sebenar polis untuk menjaga ketenteraman negara.

6 . Kenapa pemimpin tertinggi Pas berdiam diri sebaik sahaja insiden tersebut berlaku. Cuma seminggu selepas kejadian baru mereka tampil dengan pelbagai dogengan lain pula. Itupun dilakukan oleh beberapa orang-orang tertentu sahaja antaranya, Mat Sabu, Mustapha Ali dan Hussam Musa, tokoh yang memang terkenal dengan pembohongan dan pandai ada-adakan cerita.

7. Kenapa pihak polis siap dengan pasukan simpanan persekutuan (FRU) hadir pada malam tersebut. Ini menandakan mereka sudah mengetahui bahawa rusuhan itu akan berlaku dan sudah dirancangkan (maklumat dari siasatan dari pihak SB dan juga penduduk). Kalau tidak mana mungkin pihak polis seakan sudah bersedia bagi menhadapi segala kemungkinan…

8. Sebelum ini tidak pernah langusung berlaku kejadian polis tembak perusuh kecuali hanya menggunakan air dan gas pemedih mata sahaja. Tetapi di Batu Buruk, kenapa polis bertindak demikian dan terpaksa menahan 23 orang penyokong parti pembangkang itu.

9 . Kenapa pula pihak pembangkang mempersoalkan tentang kos harta awam yang rosak. Dan, cuba mengaitkan segala kerosakan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak polis dan menyifatkan semua kerosakan itu terletak di dalam zon yang dikawal polis.

10. Apa sebabnya pihak parti pembangkang mendakwa puluhan buah motosikal dan kereta yang rosak kesan pukulan benda tumpul berada dilokasi yang hanya beberapa depa dari dari sepasukan polis simpanan persekutuan (FRU) yang sedang berkawal.

11. Apa tujuan mereka yang menyatakan ada orang awam (tanpa bukti yang sahih) telah melihat anggota polis mengunjungi pasar besar beberapa hari kejadian dan telah memborong semua lastik di sana. Jelas sekali fakta ini rekaan dan tidak masuk akal!

12. Kenapa mereka juga turut mempertikaikan insiden bakar jalur gemilang. Mereka juga mengambarkan seoalah-olah kejadian itu dirancang oleh jurugambar ataupun pihak tertentu. Mereka juga lupa sebenarnya dari gambar jurugambar itulah dijadikan bukti hingga penyerahan diri seorang pelajar 16 tahun.

13. Apa muslihat mereka yang mempersoalkan kononya pemuda membakar jalur gemilang itu bukannya datang dari kumpulan penyokongnya. Hanya dengan memberikan alasan baju yang dipakai pemuda tersebut tidak basah dan sebagainya.

14. Mereka juga turut mendakwa kononnya bendera yang dibakar oleh pemuda tersebut (seperti yang digambarkan) sebenarnya dibawa dari tempat lain oleh seseorang yang misteri. Maknanya disini, mereka juga mengambarkan kononnya apa yang berlaku itu telah dirancangkan.

15. Mereka juga turut memutarbelitkan fakta kononnya sekempulan penyokong bermotornya itu adalah sebenarnya sekumpulan Mat Rempit yang sememangnya sudah lama dendamkan pihak polis .

16. Mereka juga cuba mempersoalkan keengganan polis mengeluarkan permit pada malam itu.

17. Pas juga turut mempertikaikan tindakan FRU yang didakwa mereka kononnya bertindak melepaskan gas pemedih mata yang kononnya dihalakan kepada orang ramai dan kedai makan.

18. Mereka juga turut mempertikaikan tindakan anggota polis yang melepaskan peluru hidup sehingga mencederakan dua orang awam. Tetapi, mereka tidak sedar tindakan tersebut terpaksa diambil oleh polis tersebut setelah merasakan keselamatan mereka terancam.

Pendik kata, semua alasan dan isu yang cuba ditimbulkan itu tidak lebih hanyalah untuk mengalihkan pandangan serong rakyat kepada parti mereka dan sekaligus cuba mengambarkan bahawa kerajaan negara ini adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Wednesday, September 12, 2007

BAJET 2008 SEDARKAN BANYAK PIHAK TENTANG VISI PAKLAH

Penulis sendiripun tidak tahu di manakah harus ditulis untuk memulakan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang nyata begitu prihatin sekali terhadap kebajikan dan kesukaran rakyat negara ini. Kerana, bimbang kan dituduh pembodek, pengampu dan sebagainya lagi…

Tetapi, bila memikirkan tanggungjawab untuk menyampaikan tanda terima kasih rakyat kepada pemimpin kesayangan mereka, penulis terpaksa kuatkan semangat untuk menyatakan kebenaran yang kini bersarang dibenak jiwa rakyat.

Sebenarnya, pengumuman Perdana Menteri dalam burget 2008 baru-baru ini telah berjaya mencuri hati kecil semua pihak. Keputusan kerajaan untuk memberikan buku teks secara percuma dan menghapuskan semua yuran kepada pelajar mendapat pujian dari semua pihak termasuk dari parti pembangkang.

Jika sebelum ini isu kenaikan gaji kakitangan awam masih belum cukup meredakan umpat keji pembangkang, tetapi pengumuman yang dibuat dalam pembentangan belanjawan 2008 itu sedikit sebanyak telah berjaya menutup mulut-mulut pengkritik yang selama ini dilihat begitu ghairah cuba memberikan gambaran yang buruk kepada kebaikan dan apa juga yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke Lima itu.

Walaupun sekali imbas pengumuman tersebut dilihat agak kecil, namun keputusan tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat terutamanya kepada ibubapa yang selama ini amat tertekan dengan beban yuran dan kos untuk membeli buku teks yang memperuntukan belanjanya yang bukan sedikit, lebih-lebih lagi kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan memunyai ramai anak yang bersekolah.

Dalam dunia yang serba meningkat dan mahal ini, PM awalnya telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 25 % hingga 45 %. Kemudian, minggu lalu beliau cuba meringankan lagi beban keluarga berpendapatan kecil dengan memberikan imbuhan berupaya buku teks dan yuran persekolahan secara percuma.

Pegumuman yang tidak dijangka oleh semua pihak dan yang pertama kali dibuat dalam sejarah negara itu secara tidak langsung menyebabkan pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang tergamam seketika. Mereka juga dilihat bagai hilang idea untuk menghentam Pak Lah buat seketika tidak seperti lazimnya.

Pendek kata, mereka-mereka yang belum ini sering mengutuk apa yang dilakukan dalam pentadbiran Pak Lah, kini kembali memuji dan menyifatkan apa yang lakukan oleh Paklah kali ini yang baik dan mesra rakyat.

Rata-rata mereka yang ditemui menyifatkan keputusan PM itu juga turut menyerlahkan misi dan visi Perdana Menteri yang sebelum ini dibayangi oleh proganda yang cuba dimainkan oleh pembangkang dan individu-individu tertentu yang cuba menyalakan api kebencian kepada Pak Lah.

Jika diberikan peluang sepertimana yang diberikan kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, Pak Lah juga mampu mentabir Malaysia. Malah lebih baik dan lebih berjaya daripada apa yang pernah dicapai oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Wednesday, September 5, 2007

MALAYSIA TODAY JUGA PERLU DI`FREEZE’

Saya begitu tertarik dengan artikel seorang sahabat iaitu saudara Khairy Norhisham dalam kpmu.net, menyarankan agar bloggers-bloggers terlampau seperti Raja Petra dan beberapa nama lagi perlu diambil tindakan ISA kerana dirasakan cuba melagakan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa asing kerana tidak senang dengan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan, terlalu ramai bloggers terlampau sebegini, dengan bebas tanpa ada sekatan, bergerak aktif menjelajah ruang-ruang maya negara kita lantas membakar api perkaumanan serta menikam sensitiviti bangsa, agama dan raja-raja tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal dipikul bebannya oleh negara.

Atas tiket kebebasan bersuara, mereka itu dilihat cuba menghancurkan Malaysia dengan fahaman serta idealogi jahat mereka yang sememangnya mempunyai impian kotor dengan harapan untuk kembali menjajah negara dan minda bangsa kita.

Namun, saya berpendapat bahawa saranan supaya bloggers-bloggers jahat seperti Raja Petra ditahan dibawah ISA semata-mata untuk mengawal pergerakan mereka itu tidak akan lengkap seandainya dalam masa yang sama kita tidak mengambil sebarang tindakan terhadap blog-blog yang menjadi `kalam’ kepada fahaman mereka itu.

Pengendali-pengendali blog seperti Raja Petra pastinya sudah melatih askar-askarnya dan menggalakkan mereka agar sentiasa hidup dan memberi komen atau buah fikiran jahat seperti dalam isu perkauman yang selama ini sudah menjadi nadi kepada perjuangan mereka.

Oleh itu dikesempatan ini, saya ingin mencadangkan agar pihak tertentu terutamanya kerajaan seharusnya juga bertindak tegas terhadap blog-blog sedemikian terlebih dahulu. Dengan cara ini sahajalah, kita dapat mengawal dengan mudah pergerakan mereka daripada terus-terusan berleluasa menyebarkan fahaman jahat mereka itu.

Sudah pasti, tindakan ini adalah sesuatu yang sukar untuk diambil tindakan oleh kerajaan negara ini. Selain kebanyakan blog didaftarkan di luar negara, tindakan ini juga dibimbangi akan disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu dan secara tidak langsung akan dijadikan bahan utama untuk memburukkan kerajaan, apatah lagi sebahagian besar dari blog-blog terlampau sebegini turut didalangi oleh pihak pembangkang.

Walaupun begitu, kita mesti tegas! Kerajaan harus bertindak menutup terus blog-blog yang dianggap mengancam negara. Kepada blog-blog yang didaftarkan di luar negara, itu bukanlah satu alasan tiada tindakan diambil kerana mereka juga boleh diambil tindakan seperti di`freeze’kan atau bekukan penyiarannya. Ini boleh dilakukan oleh Cyberjaya.

Gejala ini perlu ditangani dengan seberapa segera kerana ia kini dilihat umpama barah yang kian mempergaruhi rakyat Malaysia dan selagi blog sebegini terutamanya Malaysia-today. Net tidak diambil tindakan `freeze’ maka lebih banyak lagi blog-blog biadab akan lahir.

Kerana adat manusia, apa yang sudah ada pasti akan ditiru. Paling kurang pun, kononnya dijadikan inspirasi.. Adakah kita mahu melihat berlakunya kekecohan akibat daripada perkara sebegini menjejaskan keharmonian negara kita?

Wednesday, August 22, 2007

TIDAK WAJAR TUN PERTIKAIKAN PAK LAH

Akhir-akhir ini Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammed, dilihat begitu lantang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai peneraju negara. Di mata Tun, apa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri ke lima itu lebih banyak jelik berbanding elok.

Terbaru sekali, dalam syarahannya pada program anjuran Majlis Prihatin Malaysia (Prima) di Yayasan kempimpinan Perdana, Putra Jaya baru-baru ini, beliau tidak terkecuali mengulangi beberapa isu yang sama termasuk berkaitan rasuah, ekonomi, soal jambatan bengkok, WPI dan sebagainya lagi.

Boleh dikatakan, hampir semua isu yang meniti dibibir Tun dalam ucapan tersebut lebih kepada untuk memercitkan gambaran kegagalan bekas sahabat baiknya itu dalam mentadbir negara dan sekaligus cuba mempertikaikan kredibiliti Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Malah, beliau juga turut menyeru agar orang Melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada pemimpin negara hari ini (Pak Lah) yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan, kelemahan dan yang membiarkan amalan rasuah terus berleluasa kebelakangan ini.

Begitupun beliau mahu UMNO kekal sebagai kerajaan yang memerintah negara, sambil meletakan keputusan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada hari ini.

Namun yang menjadi persoalannya, apakah yang kewajarannya beliau terus membangkitkan atau mempertikaikan kepimpinan Pak Lah dalam waktu-waktu negara sedang melakukan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat ini?

Kalau betul beliau sayangkan UMNO dan mahukan parti orang Melayu terus kekal sebagai pemerintah, mana mungkin beliau sanggup mengeluarkan isu-isu yang berkaitan. Kerana, isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun itu secara tidak langsung mampu menyusutkan sokongan terhadap UMNO dan sekaligus membuka ruang kepada pembangkang khususnya Pas dan Keadilan memenangi PRU yang akan datang.

Lainlah kalau dia membangkitkan isu tersebut selepas pilihan raya nanti, mungkin alasannya untuk membetulkan UMNO dan pemimpin boleh diterima pakai. Kerana untuk memilih pucuk pimpinan yang baru dalam UMNO ia perlulah dilakukan dalam peringkat pemilihan dalam Persidangan agong UMNO yang dijangkakan akan diadakan selepas pilihan raya umum nanti.

Yang menjadi persoalannya, apakah semasa pemerintahan TUN dahulu bebas dari amalan rasuah? Budaya menyokong parti UMNO dan BN membabi buta sepertimana yang disifatkan TUN jika diletakkan tunggul kayupun sebagai calon UMNO, mereka akan pangkah UMNO tidak wujud semasa pemerintahan beliau?

Andai tiada, mana mungkin istilah yang bermain dibibir ahli Pas ketika itu yang menyifatkan kalau lembu pun andai dipakaikan baju BN, pasti orang UMNO akan pangkah BN.
Begitu juga dengan isu rasuah… Adakah semasa kerajaan dibawah pimpinan Mahathir dahulu bebas daripada rasuah?

Terimalah hakikat bahawa negara dibawah pemerintahan Mahathir juga tidak terkecuali dari soal rasuah. Rasanya tidak perlulah diperincikan satu persatu…Cukup kalau dikatakan terlalu banyak rasuah berlaku ketika zaman Tun dan hinggakan popularnya istilah `korupsi’ dan sebagainya.

Budaya hulur wang dan kain pada pilihan raya-pilihan raya kecil ketika itu. Kalau tidak masakan rakyat Kelantan ketika itu mampu membuat satu istilah iaitu bilo orge UMNO bagi pitih kito ambik, tapi bilo pakoh, kito pakoh bulae dan banyak lagi…

Semua itu berlaku ketika pemerintahan Tun dan mengapa beliau membisu dan tidak bertindak! Andainya hendak dibandingkan isu rasuah yang cuba dibangkitkan TUN yang bernilai suapan sebanyak RM200 (itupun tiada bukti yang kukuh) untuk memastikan dia kalah di Kubang Pasu sebagai amalan yang cukup membara..Ternyata beliau silap.

Amalan rasuah pada pemerintahan UMNO sekarang yang kebetulannya kini dibawah pentadbiran Pak Lah itu sebenarnya merupakan budaya turun temurun yang juga diamalkan kuncu-kuncu TUN sejak pemerintahan beliau dahulu lagi?

Tun juga dilihat orang yang bertanggung jawab mencipta kedudukan kekal sebagai Presiden Parti dengan memperkenalkan 10 kerusi percuma kepada presiden. Dengan cara ini sahaja, Tun mampu untuk kekal lama dan tiada siapa yang akan berani melawannya.

Harapannya, semoga kedudukannya sebagai presiden parti UMNO dan Perdana Menteri tidak dapat ditentang oleh orang lain. Dan, ciptaannya itulah yang memerangkapnya kembali…

Tuduhan beliau terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai ditaktor juga tidak ubah seperti menceritakan perihal dirinya sendiri. Malah, dia dikatakan bertindak lebih teruk dari itu…Ini semuanya terbukti.

Semasa erra Tun juga, dia didapati sering membunuh orang atau pemimpin yang tidak sependapat dengannya termasuklah tiga orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kecuali Anwar sahaja yang dikatakan mempunyai sebab yang kukuh dan munasabah).

Kalau tidak masakan dia telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang begitu jelik dan menjijikan sekaligus menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin ` ditaktor, maha zalim, maha firaun dan sebagainya lagi.

Melihatkan apa yang berlaku, tidak keterlaluan andai dikatakan bahawa tindakan Tun itu sebenarnya bukanlah berasaskan perjuangan untuk kepentingan UMNO. Sebaliknya, ia lebih bersifat keperibadian dan mempunyai agenda yang tersirat.

KPMU.net juga berkesempatan menemubual beberapa orang wakil rakyat dan tokoh-tokoh tertentu mengenai pandangan peribadi mereka terhadap kenyataan Tun tersebut. Berikut adalah kenyataan komen-komen mereka:-

YB. HAJI ALI BIN MOHAMAD (Adun Tanjung Puteri)

Mengenai orang UMNO tunggul kayu Beliau berpendapat UMNO sebenarnya terdiri dari pada 2 bahagian iaitu orang UMNO dan ahli UMNO.

Orang UMNO. Mereka yang tergolong dalam golongan ini biasanya sanggup buat apa sahaja semata-mata asalkan untuk memperjuangan parti UMNo dan mengukukan parti yang didokongnya itu.

Ahli UMNO – ahli UMNO biasanya terdiri daripada mereka yang menggunakan parti UMNO untuk kepentingan peribadi- Jika kepentingan mereka tergugat mereka akan mengutuk UMNO.

Mengenai Kritikan Tun Terhadap Pak Lah

Dia berpendapat bahawa Tun sepatutnya menghormati kepimpinan Pak Lah dan tidak bertindak mengkritik sedemikian rupa. Ketika dia menjadi PM pun ramai juga yang benci dan tidak bersetuju dengan apa yang ada tapi mereka masih menhormati Tun.
Rasuah

Masa zaman Tun juga ada rasuah termasuk Tan Sri Isa Samad, skandal proton dan jambatan bengkok.

Tetapi Pak Lah sekarang sedang dalam usaha memerangi rasuah dari pelbagai sudut, dimana Pak Lah telah mengambil tindakan terhadap Tan Sri Isa samad dan beberapa nama lagi dimana kesemua nya terdiri dari orang-orang TUN dan bila Pak Lah mengambil tindakan terhadap mereka terutamanya Tan Sri Isa Samad, ini mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap TUN.

Contohnya, semasa pemerintahan Tun, beliau terpaksa mengambil masa selama 12 tahun untuk mengawal UMNO kembali setelah mengambil alih pucuk pemimpinan dari Tun Hussien Onn. Keadaan kembali pulih setelah orang-orang lama UMNO keluar UMNO untuk menubuhkan semangat 46.
Ini berbeza dengan Pak Lah yang baru 4 tahun memegang tampuk pemerintahan. Sudah pasti masih banyak perkara yang perlu ditangani dan semuanya itu terpaksa mengambil masa…

DATUK SHAHRIL SAMAD (Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara –PAC)

Ketua UMNO Johor Baharu, Datuk Shahril Samad menyatakan Tun Mahathir berhak menbuat kenyataan apa sahaja yang dia suka. Namun begitu, beliau berpendapat kenyataan Tun yang menghentam Perdana Menteri secara terbuka dan keras terutama ketika berucap di program anjuran Majlis Prihatin Malaysia (Prima) bertempat di Yayasan Kempimpinan Perdana, Putra Jaya baru-baru ini tu sebagai sesuatu yang tidak patut dan tidak harus dilakukan oleh mereka yang pernah bergelar sebagai Perdana Menteri.

Datuk Shahril juga menyifatkan tindakan Tun yang membuat kenyataan secara terbuka sedemikian bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Ini kerana ia sememanya sesuatu yang sudah dijangkakan.

Ketika diminta membandingkan antara pemerintahan dengan Abdullah, Shahril berpendapat terdapat perbezaan yang ketara diantara dua pemimpin itu. Padanya, kepimpinan Pak Lah adalah jauh lebih baik berbanding Mahathir.

Katanya, dasar perjuangan Paklah dilihat lebih terjamin kerana ia lebih berpihak kepada memperjuangkan nasib rakyat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan tidak mengenepikan pembangunan antara Bandar dengan desa adalah menjadi teras perjuangan Pak Lah dan inilah yang diabaikan oleh Tun selama ini.

Selain itu, Pak Lah juga tidak mengabaikan pendidikan dengan memberikan penekanan yang khusus dalam soal pelajaran. Bukan itu sahaja malah, beliau juga turut serius dalam menjana peningkatan ekonomi negara disamping membela Melayu dan rakyat keseluruhan.

“Dalam isu rasuah pula, Pak lah juga dilihat memberikan tumpuan yang khusus dalam menangani isu rasuah dan buktinya, walaupun ini memerlukan tindakan dari semua pihak, namun sebagai pengerusi Jawatankuasa kira-kira Wang negara, Pak Lah telah memberikan ruang kuhus untuk kami bertindak.

“Dan inilah yang tiada semasa pemerintahan Mahathir dahulu…Cuma, ia menjadi satu sedikit kesukaran buat Pak Lah dan barisan kepimpinan yang ada untuk menanganinya dalam masa yang terdekat ini kerana budaya rasuah dalam negara kita sudah lama berakar umbi iaitu sejak pemerintahan Mahathir dahulu lagi.

“Ini berbeza ketika Mahathir, selama 22 tahun mentadbitr negara… Mahathir tidak begitu ambil berat dalam soal ini. Tapi sejak Pak Lah meneraju negara, dia dilihat serius menangani masalah ini. Cuma perlukan sedikit masa lagi kerana dalam tempuh 4 tahun menjadi PM, apalah yang dapat dilakukannya..

Yang pentingnya disini, ada tindakan dan saya tidak fikir zaman Mahathir dahulu dia tidak serius dalam menanganinya,”ujar Shahril lagi.

YB RAMIS A/L SUBRAMANIAM (Adun Kahang –MIC)

Ketika diminta mengulas berkaitan isu yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam ucapannya baru-baru ini, Adun Kahang, Ramis Subramaniam, menyifatkan bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak seharusnya membuat kenyataan yang disifatkan agak keras dan keterlaluan.

Katanya, semasa Tun Mahathir memangan tampuk pemerintahan dan memiliki kuasa penuh dia berhak bercakap apa sahaja. Tetapi, Tun tidak berhak memberikan sebarang kenyataan sedekian secara terbuka.

“ Kini Pak Lah menjadi Perdana Menteri..Tun sepatutnya memberikan peluang kepada Pak Lah untuk membentuk pemerintahannya sendiri dan membuktikan siapa sebenarnya beliau.

“Bagaimanapun, Mahathir boleh bertindak sebagai penasihat kepada Pak Lah dan bukannya mengkritik secara terbuka di mana-mana akhbar atau media. Dan, itu terpulanglah kepada Pak Lah untuk menerimanya atau tidak,”ujarnya.

Ramis juga mendakwa bahawa mejoriti rakyat berbangsa India di negara ini merasakan lebih selesa berada dibawah pemerintahan Pak Lah, jika dibandingkan ketika pemerintahan Tun dahulu dan mendakwa, kini mereka bebas mengeluarkan pendapat serta menyuarakan setiap keluhan masyarakat India.

Keadaan ini tidak terjadi ketika pemerintahan Tun Mahathir dahulu…

“Di era pemerintahan Pak Lah kini, pembangkan juga dilihat sudah layanan yang hampir sama dengan BN. Ini boleh dilihat, bila mereka juga turut mendapat liputan-liputan dari pihak media dan situasi ini juga tidak berlaku ketika Tun menjadi Perdana Menteri dahulu.

Buktinya, lebih kurang 99% orang india di negara ini akan menyokong kepimpinan sekarang, kerana mereka sudah mula yakin dengan ketelusan Pak lah,”tambah Ramis lagi.

KONTRAK SEBUAH KEMERDEKAAN

Bila Tun Razak mula mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau memulakan era baru kepada perjuangan kemerdekaan. Katanya, kemerdekaan politik dah selesai, sekarang kita masuk fasa kedua, iaitu mencari kemerdekaan ekonomi pula. Tanpa kemerdekaan ekonomi, makna kemerdekaan politik akan menjadi kosong.

Kemerdekaan bukan sekadar kepada pilihan raya untuk memilih kerajaa atau bukan sekadar kepada lagu kebangsaaan dan kibaran bendera kita sendiri. Ia mengenai keupayaan kita menguasai sepenuhnya apa yang kita miliki.

Melayu tidak akan ke mana kalau sepanjang masa kita terpaksa mengucapkan kata-kata menghapuskan kemiskinan dikalangan masyarakat kita. Kata-kata ini nampaknya tiada berkesudahan. Bahkan orang akan dapat melihat kemiskinan itu sudah menjadi tembok tempat orang melayu berlindung untuk mendapatkan pelbagai keistimewaan.

Benar kemiskinan itu penyakit, Namun penyakit itu lebih banyak dihati dan bukannya ditubuh kita. Sekiranya kita percaya kemiskinan itu meletakkan kita lebih hampir ke kufuran, tidak ada orang Melayu yang mengaku dia miskin. Orang melayu yang kuat agama Islam sudah pasti tidak sanggup dilihat hampir menjadi kafir.

Sepatutnya tidak ada orang Melayu yang meminta-minta kerana yang meminta- minta itu adalah tanda penyakit miskin yang tidak patut dibanggakan. Sebagai penganut agama Islam, masyarakat melayu sepatutnya menjadi masyarakat pemberi kerana dengan menjadi seorang pemberi sahaja ia lebih hampir dengan tuhan.

Ramai yang sudah kaya tetapi tidak sanggup menjadi pemberi. Untuk menjadi seorang yang dirinya kaya tidak sesukar untuk menjadikan seseorang yang hatinya kaya. Ketika ini ramai yang menjadi kaya serta merta kerana mendapat kawasan balak ataupun mendapat kontrak kerajaan. Selepas itu mereka meminta lagi. Setiap hari kita lahirkan orang yang kaya tetapi hatinya miskin.

Ajaran kita selalu mengigatkan,tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Amalan memberi sepatutnya menjadi asas utama kepada ibadat kita.

Mengubah cara berfikir yang membudaya dalam masyrakat kita ini bukan sekadar tugas seorang pendakwah yang boleh memberi tafsiran yang betul kepada ajaran Islam. Ia menuntut kepada perubahan watak keseluruhan orang melayu itu sendiri.

Perubahan watak tak akan berlaku dengan hanya memberi mereka kekayaan. Ramai yang sudah kaya tetapi masih meminta-minta. Ramai yang sudah kaya tetapi diperolehi melalui tipu muslihat untuk menambahkan kekayaan.

Mengubah budaya dan cara berfikir masyarakat kita menjadi asas kemajuan negara kepada pembinaan golongan kelas menengah yang besar. Mereka tidak semestinya seorang jutawan, tetapi golongan yang berpendidikan, professional dan memiliki watak baru yang mampu bersaing, bersemangat untuk memberi dan boleh diketengahkan dalam apa jua suasana.

Pengambil semula hasil minyak melalui penubuhan PETRONAS, atau ladang-ladang,lombong-lombong kita yang dikuasai oleh syarikat asing dipertengahan 70an, bukan sekadar manifestasi kepada semangat memerdekakan sektor ekonomi kita, tetapi lebih pada itu.

Untuk mengendalikan semua sektor ini menuntut kita menyediakan pelbagai kepakaran dalam semua bidang. Kita mesti ada pelbagai jenis jentera, akauntan, doktor, pelbagai pegawai pemasaran dan pengurus dan mereka inilah yang memenuhi komposisi golongan kelas menengah yang diharap dapat mengubah budaya orang Melayu keseluruhannya.

Madus operandinya mudah. Kuncinya ialah pada pendidikan. Sejauh mana kita dapat mendidik dan melatih seberapa ramai anak-anak kita. Sejak itu kita mendengar pelbagai jenis biasiswa. Biasiswa kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, Biasiswa Petronas, biasiswa Bank Bumiputra, biasiswa Bank Negara dan pelbagai lagi yang kita dengar.

Siapa yang mahu belajar, belajarlah setinggi mana dan pergilah kemana sahaja yang mahu. Memberi pelajaran kepada orang Melayu adalah tuntutan perjanjian Kemerdekaan yang menjadi asas perlembangaan kita hari ini.

Universiti dalam negara tak cukup tetapi pastikan kualitinya terbaik. Golongan akedemik lebih banyak diberikan kebebasan dalam menentukan arah tujunya sendiri. Guru, pensyarah dan lebih-lebih lagi professor berada dalam kelasnya tersendiri yang sentiasa disanjung tinggi.
Kecemerlangan akedemik dilihat saling seiring dengan kebebasan akedemik itu sendiri.

Pengaruh politik dalam akademik mestilah ada hadnya. Ia sekadar untuk menjamin kestabilan dan tidak menyalahgunakan institusi murni. Benar ada kawalan untuk mereka yang mengapi-apikan semangat perkauman sempit atau lain-lain unsur yang boleh menghancurkan negara. Namun peraturan yang ada tidak boleh dilihat untuk mempertahankan kuasa atau melindungi mereka yang menyalah gunakan kuasa .

Bahkan lebih buruk lagi sekiranya ia berlaku dalam institusi pengajian yang bergelar universiti. Menara yang dibuat dari gading mencerminkan kemurnian tinggi dalam sesuatu negara. Ia lambang segala jenis idealisme yang perlu diterapkan dalam masyarakat dan budaya kita.

Pengaruh politik yang keterlaluan dalam pusat-pusat pengajian kita akhirnya boleh menyebabkan nasib yang menimpa pasukan bola sepak kita akan menimpa institusi pengajian kita. Kita mungkin juara kampong kerana melahirkan ramai anak-anak yang mendapat banyak A, tetapi terus kecil apabila bersaing dengan orang lain.

Matlamat Tun Razak untuk melahirkan kelas menegah yang berpewatakan besar mungkin tidak akan tercapai sekiranya graduan yang kita lahirkan masih bergantung kepada wakil-wakil rakyatnya untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi anak-anak ini pula, ia tidaklah sesuatu yang menghairankan, sekiranya mereka turut melihat banyak jawatan penting dikalangan professional merekapun, diperolehi melalui sokongan politik bukannya atas kecemerlangan akademik.

Dasar Ekonomi Baru adalah sebahagian daripada pakej ini. Ia bukan dilihat dari kacamata agenda Melayu yang sempit. Ia adalah agenda nasional yang lebih besar. Kesan dan hasilnya bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun dasar ini dilihat gagal mencapai matlamat sepenuhnya, tetapi ia telah memberikan wajah baru kepada negara ini. Iaitu kenyakinan rakyat bahawa, walaupun kita berbilang kaum, tetapi kecemburuan kaum tidak langi diasaskan kepada pengtakrifan ekonomi. Kita lebih bernasib baik. Dasar inilah yang melindungi kita dari terjebak ke dalam perbalahan kaum sewaktu krisis kewangan tahun 1997 dahulu.

Perbalahan ini berlaku di Indonesia, tetapi tak berlaku disini. Tanpa Dasar Ekonomi Baru (DEB), mungkin apa yang berlaku ditahun 1969 berulang lagi di negara kita.

Keyakinan inilah yang membolehkan kita menjaja keluar negara tentang model Malaysia sebagai sebuah negara yang dipandang harmoni. Lebih-lebih lagi hari ini, punca konflik dunia tidak lagi pada perbezaan idealogi, tetapi mengenai pertelagahan etnik, budaya dan tamadun. Bahkan apa yang berlaku di bumi Palastin dan Iraq hari ini menunjukkan mereka yang memiliki perasaan etnik, agama, bahasa, budaya dan tamadun pun turut berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain.

Sekarang, orang memandang tinggi negara yang bernama Malaysia. Ciri-ciri masyarakat pemberi semakin timbul pada hari ini. Disamping kerajaan, kita lihat banyak kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang bergerak di dalam dan di luar negara memberi sumbangan dalam pelbagai kerja kebajikan di tempat-tempat yang memerlukan.

Ramai yang melihat dan menganggap kita sebagai rakyat yang bernasib baik. Tetapi hakikatnya untuk mendapat apa yang capai sekarang menuntut kepada suatu perjuangan yang pahit kerana ia telah melalui jalan yang amat sukar.

Apa yang dinikmati sekarang ini, sepatutnya dihargai bersama. Bukan hanya orang Melayu tetapi semua kaum. Hari ini kita dipandang harmoni, tetapi ia boleh musnah begitu sahaja kalau kita tidak mempertingkatkan keharmonian ini didalam erti kata yang sebenar.

Melayu yang dilihat mendapat sedikit kemudahan perlu sedar, perlindungan yang ada pada mereka hanyalah sekadar jaring keselamatan agar tidak jatuh tersembam dalam perjalanan kehidupan ini. Untuk maju, mereka tidak boleh bergantung kepada jaring itu selama-lamanya. Mereka mesti kehadapan mengatur langkah sendiri untuk naik setinggi-tingginya menyahut cabaran global.

Hambatan global melalui AFTA, WTO dan pelbagai perjanjian perdangan bebas semakin menuntut kerajaan mempercepatkan proses agar orang Melayu semakin kurang kebergantungannya.

Bukan Melayu pula tidak boleh melihat sedikit perlindungan yang diperolehi orang Melayu ketika ini sebagai alasan untuk memandang rendah bangsa pribumi ini. Sebaliknya mereka mesti turut membantu agar Ekonomi orang Melayu cepat mencapai kedudukan yang setaraf dengan mereka.

Sosial kontrak yang dipersetujui bersama oleh mereka yang mengasaskan negara ini, mesti dihormati. Ia berkaitan dengan pengorbanan kaum untuk menerima kaum lain menjadi sebahagian dari anggota mereka yang besar. Tanpa menghormatinya, tidak mungkin keamanan yang dinikmati bersama ini dapat dikekalkan selama-lamanya.

Tuntutan orang Melayu selama ini tidak pernah keterlaluan. Orang Melayu itu sendiri adalah kaum yang sangat akomodatif sifatnya. Melayu tidak keluar dari negara mereka secara beramai-ramai. Kalau ada yang berhijrah mereka tidak tuntut negara yang mereka duduki dengan pelbagai tuntutan agar orang di negara itu mengikut selera orang Melayu. Sebaliknya mereka akan menyesuaikan diri dengan suasana setempat.

Di Malaysia pun apa yang orang Melayu cuba mempertahankan amatlah sederhana sekali. Agama, bahasanya, hormat orang pada raja-rajanya dan simbul-simbul yang dikaitkan dengan maruah orang Melayu itu. Banyak perkara itu bersifat sejarah dan kecintaan kita dalam mengekalkan tradisi yang diamalkan oleh rakyat negara ini sejak turun-temurun.

Dalam konteks Malaysia, sejarah kemerdekaan kita adalah sejarah orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan maruah bangsa mereka. Inilah sejarah nasionalisme Melayu. Tanpa semangat Nasionalisme Melayu ini, mungkin kemerdekaan yang dinikmati hari ini tidak akan tercapai.Nikmat ini bukan untuk orang Melayu sahaja, tetapi juga untuk orang bukan Melayu.

Atas faktor inilah orang Melayu sentiasa berasa ia lebih berhak dalam menentukan apakah itu pengiktirafan negara bangsa Malaysia yang berasaskan bangsa Melayu. Ini termasuk kepada budaya, bahasanya dan adat resamnya. Ini juga termasuk hak mereka untuk dilihat tidak ketinggalan dalam semua lapangan ekonomi dan sosial. Seharusnya soal ini tidak patut di pertikaikan…