Wednesday, October 29, 2008

Wanita Perlu Bijak Memilih Jika Mahu Manifestasi Diterjemahkan Dengan Betul


Oleh:Cybercop


Tidak siapa dapat menafi bahawa Wanita Umno kini sedang menuntutkan perubahan perubahan dipucuk pimpinan. Inilah manifestasi yang mahu diterjemahkan oleh ahli-ahli pergerakan di peringkat akar umbi.

Pencalonan terhadap Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita Umno datang mencurah-curah ...41 pencalonnan kesemuannya setakat ini. Melebihi dari paras kuota yakni 39, turut menjadi bukti bahawa pelan peralihan kuasa yang pernah disepakati antara beliau dengan Rafidah pada Jun tahun depan ditolak ramai.

Yang menjadi persoalannya sekarang, adakah Rafidah dan Shahrizat harus menuruti pelan asal dan persoalan inilah yang kini menghantui pemikiran semua pihak. Bukan sahaja Datuk Seri Shahrizat bahkan sebilangan ahli wanita UMNO.

Lebih-lebih lagi peralihan kepimpinan khususnya antara Datuk Seri Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dipercepatkan kepada bulan Mac. Lantaran, perkembangan ini menyukarkan Datuk Seri shahrizat membuat perhitungan.

Beliau seakan-akan tersepit antara peralihan kepimpinan dengan tuntutan teman dan kawan.Kerana dalam senyap-senyap, rakan-rakan memberikan sokongan yang begitu memberangsangkan sehingga ia sukar untuk dihindarkan.

Memilih untuk mengisi kehendak rakan bererti melawan arus dan ikrar awal dan sebaliknya, jika mematuhi hasrat asal, bermakna beliau mungkin akan tercicir dari barisan perdana. Inilah yang memaksa beliau bertindak sesuatu dalam waktu terdekat bagi menentukan kerjaya politiknya.

Sesungguhnya, ia bukan suatu desakan mahupun ugutan kepada 'bos'nya, Tan Sri Rafidah.Kerana Datuk Shahrizat sedar Tan sri Rafidahlah orang yang bertanggungjawab menyerlahkan bintangnya dalam pergerakan itu.

Namun, mahu tidak mahu harus diakui bahawa perubahan di peringkat bawahan begitu meluap-luap untuk mencari perubahan. Suara akar umbi harus juga dipatuhi supaya matlamat perjuangan demi kepentingan ahli-ahli dan halatuju parti.

Rafidah juga menyedari hakikat ini dan mungkin akan membuat kejutan dalam sedikit masa lagi. Ramai dikalangan pemerhati politik meramalkan bahawa ketua Wanita Umno itu akan menuruti jejak langkah Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut.

Tetapi, bukan dalam masa yang terdekat ini. Sebaliknya, beliau dijangka akan membuat pengumuman tersebut setelah merasa yakin `team’ yang dibentuk sudah mantap dan mampu melenyapkan terus nama pengasas Puteri UMNO, Dato’ Sri Azalina Othman Said daripada pergerakan Wanita Umno itu.

Kebencian Rafidah terhadap Azalina bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Umum mengetahui telah beberapa kali beliau berusaha melupuskan pengaruh Azalina didalam wanita dan paling kemuncak sekali apabila beliau secara terang-terangan mempertikaikan keahlian Umno Ahli Parlimen Pengerang itu berikutan pengumuman Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Al- Habshi menyatakan sokongan terbuka kepada Azalina untuk merebut jawatan ketua wanita.

Malah, sejak Azalina membayangkan kesediaan memikul jawatan nombor dua sayap itu, Shahrizat yang sebelum ini dikatakan regu yang paling serasinya juga dilihat mula berpaling arah kepada Kamalia Ibrahim yang kini sudah melepasi kuota pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Jika dilihat secara kasar, mungkin percaturan ini boleh dianggap biasa sahaja dan tiada apa-apa yang istimewanya selain dari bertujuan untuk menidakkan keupayaan Azalina semata. Tetapi jika diperhalusi, jelas sekali menampakkan percaturan strategi politik tersebut lebih jauh dan tarangcang.

Kamalia merupakan senjata paling ampuh yang digunakan oleh Rafidah untuk menafikan Azalina dalam Wanita dan sekaligus menjadi penyambung pengaruh dan kuasanya di dalam wanita sebaik sahaja beliau melepaskan Wanita kepada Shahrizat, Mac ini.

Tidak ramai yang menyedari bahawa Kamalia Ibrahim sebenarnya merupakan adik ipar kepada bekas wakil rakyat Perak iaitu Razi Shikh Manan yang juga orang kuat dan paling taat kepada Menteri Perdangangan Antarabangsa, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dari situasi ini, boleh ditafsirkan bahawa Rafidah kini seolah-olah sedang mengaturkan agenda sulit bersama Muhyiddin dan jika benarlah wujud tiori konspirasi ini, bukan Azalina yang terangcam, sebaliknya ia turut merbahayakan kedudukkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dijangka mengambil alih tampuk kuasa pemerintahan negara selepas Pemilihan Agung Umno Mac nanti.

Rasanya tidak perlu diperjelaskan mengapa, tapi yang pastinya Muhyiddin pernah berlaku songsang sehingga Pak Lah terpaksa akur dengan desakannya dengan mempercepatkan peralihankuasa dan seterusnya tidak memperhatahankan jawatannya pada pemilihan Mac ini.

Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Rafidah, dimana dia pernah menulis sepucuk surat 13 halaman mengancam Perdana Menteri selepas pilihanraya lalu.

Banyangkanlah jika benar kedua mereka ini bergabung membentuk konspirasi... Tidak mustahil apa yang pernah berlaku kepada Perdana Menteri baru-baru ini akan berulang kepada Datuk Seri Najib setelah dia memegang tampuk pemerintahan negara sedikit masa lagi.

Bagaimanapun, segalanya itu boleh dielakkan jika para perwakilan bijak membuat keputusan pada Pemilihan Agung Umno Mac nanti. Jadi, terserahlah kepada para perwakilan untuk menentukan hala tuju parti yang menjadi keagungan orang melayu, terutamanya dalam Pergerakan Wanita Umno.

No comments: