Tuesday, October 21, 2008

11 Pencalonan kepada Azalina, bukti wanita mahukan perubahan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Bahagian UMNO Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman said telahpun mendapat 11 pencalonan dan hanya memerlukan baki 11 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kemampuan Menteri Pelancongan itu meraih 11 pencalonan dalam masa dua minggu mesyuarat wanita bahagian diadakan menjadi gambaran jelas bahawa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kini dalam proses melakukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan pergerakan mereka.

Jumlah pencalonan terhadap menteri wanita muda berkarisma ini juga dikatakan menjadi bukti kukuh bahawa sebahagian besar dari pemimpin akar umbi pergerakan itu tidak bersetuju dan sekaligus menolak plan peralihan kuasa yang cuba retorikkan oleh ketua mereka, Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini.

Cuma, yang menjadi punca kepada `perlahannya’ pencalonan terhadap Azalina ke jawatan tersebut sebelum ini dikatakan berpunca daripada sebahagian besar Wanita UMNO Bahagian mengambil sikap tunggu dan lihat. Ini kerana, ekoran tiada sebarang kenyataan yang jelas daripada Azalina untuk menawarkan diri ke jawatan tersebut sebelum ini.

Tetapi, senario tersebut diramal akan berubah malah, baki sebanyak 9 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding ke jawatan nombor dua dalam Pergerakan Wanita UMNO itu mampu dicapai oleh Azalina dalam tempoh dua minggu lagi.

Lebih-lebih lagi, setelah beliau mengumumkan kesediaannya bertanding ke jawatan tersebut setelah cukup pencalonannya nanti dan atas kesediaan Azalina itu dikatakan menjadi punca sebahagian besar wanita bahagian yang masih belum mengadakan mesyuarat serta membuat pencalonan mereka, bersedia untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pengerang itu.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang, adakah Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, penyandang jawatan tersebut bersetuju dengan plan dari akar umbi itu. Beliau yang sudah melayakan diri untuk bertanding ke jawatan Ketua Wanita, bersedia untuk menyahut desakan dari akar umbi yang mahukan beliau merebut kerusi nombor satu wanita itu daripada tangan Rafidah?

No comments: