Wednesday, February 11, 2009

BN umpan RM25 juta seorang untuk lompat Parti?


Barisan Nasional (BN) umpan RM25 juta untuk memancing setiap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Pakatan Rakyat (PR) supaya melompat ke parti gabungan itu?

Begitulah dakwaan pembangkang yang diketuai oleh sangpenglipulara dan Raja Penyangak Bangsa, Anwar Ibrahim yang kononnya jumlah tersebut ditawarkan oleh BN selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Pada pandangan saya, dakwaan itu tidak logik kerana lebih baik BN menggunakan wang yang besar jumlahnya itu untuk projek yang membawa faedah dan manfaat kepada rakyat, terutama projek pembangunan yang akan memberi kelebihan kepada parti gabungan itu daripada membeli dua Adun PR.

Kenapa perlu menghabiskan RM50 juta untuk dua orang wakil rakyat? Ia perkara yang tidak rasional dan merupakan satu tuduhan liar oleh PR terhadap BN, dan jika BN membuat tawaran sedemikian, ia memberikan imej negatif kepada parti gabungan itu.


Ketua PKR bahagian Ipoh Barat Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye juga turut mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurang-kurangnya dua Adun dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Fauzi turut mendakwa baru-baru ini ditawarkan pula RM5 juta untuk dirinya serta RM5 juta seorang untuk mendapatkan kedua-dua Exco kerajaan Negeri Perak daripada PKR iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) supaya melompat parti.

Beliau mendakwa kononnya BN turut berjanji akan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas Mohd Osman dan Jamaluddin iaitu dakwaan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.

Perbicaraan kes rasuah mereka akan didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh selama tiga hari bermula 10 Feb ini.

Fauzi mendakwa BN turut berjanji bahawa Jamaluddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan serta Mohd Osman, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, akan dikekalkan sebagai Exco negeri jika BN memerintah semula di Perak.

Apa yang pasti itu hanyalah tidak lebih hanya sebagai tuduhan liar semata. Perakuan tidak jujur dan untuk menutup kepincangan mereka (PR) itu tidak akan memberikan sebarang kesan kepada BN sebaliknya ia akan memberi kesan negatif kepada PR itu sendiri, jika ia terbukti tidak benar, selain turut menjejaskan kewibawaan PR di mata rakyat.

Dakwaan PR itu menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa dalam kelompok mereka sendiri ada yang ingin berubah parti. Tindakan membangkitkan tawaran RM50 juta itu seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada isu kalangan mereka yang ingin melompat ke dalam BN.

Yang menghairankan ialah, PR mewujudkan pelbagai dakwaan apabila ada kalangan Adun mereka ingin melompat ke dalam BN tetapi tidak pula membuat pelbagai dakwaan apabila ada Adun BN yang menyertai PR.

Pembangkang harus terima hakikat bahawa jika mereka boleh menarik Adun BN menyertai mereka maka BN pun boleh juga menarik Adun PR menyertai BN.

PR harus beretika dalam menampilkan isu-isu yang sebenarnya bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi mereka.

Dakwaan kononnya dua Adun itu sanggup melompat parti setelah ditawarkan RM5 juta nyata tidak berasas dan terlalu jauh dari logiknya berbanding sebelum ini yang tawarannya dikatakan berpuluh juta.

Kenapa kedua-dua Adun PKR itu tidak melompat semasa baru-baru memenangi kerusi DUN dengan jumlah mencecah lebih RM20 juta, kenapa sekarang dengan hanya RM5 juta, terutama setelah menjawat jawatan Exco?

Dakwaan yang dibuat oleh pemimpin PKR itu memperlihatkan "ketidakmatangan mereka dalam berpolitik" dan tindakan menggunakan surat akuan bersumpah memperlihatkan "kerakusan mereka berpolitik sehingga sanggup membelakangkan etika surat akuan bersumpah itu.

Dakwaan PKR kononnya BN membuat tawaran membeli dua Exco kerajaan negeri itu timbul ekoran kontroversi kedudukan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai Adun daripada PKR.

Kedua-dua mereka yang tidak dapat dihubungi sejak minggu lepas telah menimbulkan kebimbangan kerajaan negeri PR di Perak, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mendakwa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada kedua-dua mereka melalu faks.

Walaupun kedua-dua Exco itu muncul untuk menafikan dakwaan yang mereka telah menghantar surat peletakan jawatan itu, Sivakumar tetap menyerahkan surat secara rasmi kepada pejabat Pilihan Raya Negeri Perak bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Malah Mohd Osman, melalui wakilnya, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 hari ini bagi menafikan telah mengosongkan kerusi yang diwakilinya itu.

Kedua-dua mereka dilaporkan berbincang dengan peguam masing-masing untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

No comments: