Pelbagai isu mula ditimbulkan pihak-pihak tentu,terutamanya yang berkaitan hal-hal yang menyentuh etika dan Perlembagaan parti, antaranya berkaitan masalah-masalah yang membabitkan politik wang.
Melihat kepada senario semasa yang berlaku, sama ada yang dilaporkan dalam media cetak, elektronik dan juga penulisan dalam laman blog peribadi, dilihat bahawa penularan politik wang di kalangan ahli-ahli UMNO menunjukkan berlaku kepincangan.
Ternyata pemilihan peringkat cawangan dan bahagian sahaja telah memanaskan api politik ekoran peningkatan aduan dan laporan membabitkan pemberian wang ringgit dan sagu hati kepada sesiapa yang memilih calon yang telah direncanakan.
Apa yang ingin diperkatakan bukanlah negatifnya perkara tersebut kerana ia memang telah dimaklumi bahawa politik wang adalah satu budaya yang merosakkan. Bukan sahaja kepada imej UMNO sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang sememangnya memandang jijik budaya rasuah malah ia juga merosakkan generasi akan datang yang akan menjadi pewaris kepimpinan di masa hadapan.
Persoalannya, setiap laporan dan aduan yang timbul sama ada yang sampaikan kepada Lembaga Disiplin UMNO atau pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diadukan oleh pihak ketiga yang bukan menjadi calon atau terlibat secara langsung dalam kegiatan tersebut.
Mengapa tidak calon yang terlibat sendiri membuat penampilan bersama laporan lengkap dan saksi-saksi yang kukuh untuk menyokong setiap agenda dan kes yang berlaku bagi membendung gejala tersebut?
Fikirkan juga, mengapa calon-calon yang terlibat umumnya mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengulas atau memberikan kebenaran dan kesahihan berdasarkan peristiwa dan kes yang dibincangkan malah ada antara calon yang menganggap bahawa berdiam diri adalah ‘jalan selamat’ untuk perjalanan karier politik mereka.
Persoalan tersebut bertambah rumit lagi apabila aduan dan masalah yang dilaporkan kebanyakannya dibuat selepas pemilihan atau pertandingan selesai diadakan dan pihak yang kalah atau gagal mendapat tempat dikalangan masyarakatlah yang akan mengadu.
Merujuk kepada persoalannya, mengapa perkara sedemikian berlaku?
Sewajarnya dapat disimpulkan bahawa ia kemungkinan timbul hasil daripada ketidakpuasan hati dan kekecewaan pihak terbabit kerana tidak terpilih lantaran berasakan dirinya layak untuk menjadi pemimpin.
Atau mungkin juga perasaan iri hati terhadap calon yang menang dan pihak-pihak yang terdapat disekelilingnya hinggakan enggan untuk bekerjasama atas nama setiakawan atau dalam satu pasukan demi bangsa Melayu.
Namun begitu, persoalan lain pula timbul, sekiranya benar berlaku politik wang dalam setiap pemilihan dan pertandingan mengapa pula calon yang menang dalam pemilihan tersebut tidak membuat sebarang aduan.
Adakah dengan berbekalkan wang ringgit untuk dijadikan habuan maka undi dapat diperoleh dengan mudah dan kemenangan sudah pasti akan dimiliki. Dan apakah sudah menjadi satu ‘takdir’ sekiranya tidak ada wang di saku maka sudah pasti akan tewas?
Mungkinkah semua ahli-ahli UMNO, termasuklah golongan akar umbi dan cerdik pandai Melayu gagal untuk menilai kredibili bakal pemimpin yang akan menjadi teraju mereka lantas menjadi pemimpin kepada parti ulung Melayu, UMNO?
Kesedaran atas kepimpinan sewajarnya hadir dengan rasa tanggungjawab yang utuh lantaran UMNO bukan sekadar parti picisan sebaliknya perjuangannya sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan menjadi tunjang kepada pentadbiran dalam negara, sewajarnya mereka memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Kebimbangan atas politik wang dirasai oleh semua peringkat, dari pucuk pimpinan parti hinggalah ke akar umbi.
Namun demikian, apabila kita disogokkan dengan habuan dan nilai harta benda yang terbentang di depan mata, mampukah kita berpegang teguh pada prinsip?
Tuesday, February 3, 2009
Batul ke ada politik wang dalam pemilihan?
Bahang Pemilihan Agung UMNO kian hampir. Semua pihak mula merasakan kepanasannya hinggakan ada yang sanggup mengadai maruah semata-mata mencari kepentingan sesuatu yang seakan sudah menjadi kelaziman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment