Wednesday, February 11, 2009

Menyelamatkan UMNO-Perlu ada X-FACTOR seperti Azalina -NAJIB

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berpendapat antara punca-punca merudumnya sokongan terhadap UMNO kebelakangan ini adalah perpunca dari hilangnya nilai-nilai X FACTOR dikalangan ahli dan pemimpinnya.

Oleh itu, beliau mengajak ahli dan juga pemimpin UMNO mengambil contoh perjuangan yang pernah ditunjukkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT), Dato’ Sri Azalina Othman Said sewaktu memimpin Puteri sedikit masa lalu. Pemimpin yang disifatkannya sebagai mempunyai nilai X FACTOR yang tinggi dan tulin.

Tegas beliau, X FACTOR amat perlu ada didalam diri semua ahli dan pemimpin UMNO.Ini kerana dengan adanya semangat tersebut, ia dilihat pasti akan mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO dan sekaligus mampu meraih kembali sokongan rakyat terhadap UMNO.

Katanya, sebagai contoh dan imbasan kepada semua..., semasa politik UMNO bergolak teruk pada tahun 1999, yang lahir sebagai X FACTOR bagi membantu menyelamatkan UMNO pada ketika itu adalah Puteri UMNO pimpinan Dato’ Sri Azalina Othman Said.

“Saya lihat, X FACTOR yang ada pada Azalina dan Puteri semasa politik UMNO bergolak pada tahun 1999 adalah penawar paling mujarab sebenarnya. Dan, inilah yang perlu ada dalam diri ahli-ahli dan pemimpin UMNO kini, kalau boleh kita pinjam...

“Walaupun pada tahun tersebut Puteri hanya baru ditubuhkan tetapi dengan X FACTOR yang ada pada Azalina dan Puteri ketika itu, mereka telah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat khususnya golongan muda kepada UMNO dan hasilnya UMNO kembali kukuh selepas itu.

“Tetapi setelah hampir sepuluh tahun berlalu, ramai dikalangan kita kembali merasakan UMNO kini berada di zon selesa hinggakan mereka menjadi leka, kita menjadi lupa hinggakan parti kesayangan kita semua kini berada seperti mana sekarang.

“UMNO kini perlukan pendekatan yang baru bagi menjamin sokongan berterusan dari semua pihak,” ujar beliau kepada sebuah akhbar `On-line’ baru-baru ini.

BN umpan RM25 juta seorang untuk lompat Parti?


Barisan Nasional (BN) umpan RM25 juta untuk memancing setiap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Pakatan Rakyat (PR) supaya melompat ke parti gabungan itu?

Begitulah dakwaan pembangkang yang diketuai oleh sangpenglipulara dan Raja Penyangak Bangsa, Anwar Ibrahim yang kononnya jumlah tersebut ditawarkan oleh BN selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Pada pandangan saya, dakwaan itu tidak logik kerana lebih baik BN menggunakan wang yang besar jumlahnya itu untuk projek yang membawa faedah dan manfaat kepada rakyat, terutama projek pembangunan yang akan memberi kelebihan kepada parti gabungan itu daripada membeli dua Adun PR.

Kenapa perlu menghabiskan RM50 juta untuk dua orang wakil rakyat? Ia perkara yang tidak rasional dan merupakan satu tuduhan liar oleh PR terhadap BN, dan jika BN membuat tawaran sedemikian, ia memberikan imej negatif kepada parti gabungan itu.


Ketua PKR bahagian Ipoh Barat Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye juga turut mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurang-kurangnya dua Adun dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Fauzi turut mendakwa baru-baru ini ditawarkan pula RM5 juta untuk dirinya serta RM5 juta seorang untuk mendapatkan kedua-dua Exco kerajaan Negeri Perak daripada PKR iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) supaya melompat parti.

Beliau mendakwa kononnya BN turut berjanji akan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas Mohd Osman dan Jamaluddin iaitu dakwaan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.

Perbicaraan kes rasuah mereka akan didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh selama tiga hari bermula 10 Feb ini.

Fauzi mendakwa BN turut berjanji bahawa Jamaluddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan serta Mohd Osman, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, akan dikekalkan sebagai Exco negeri jika BN memerintah semula di Perak.

Apa yang pasti itu hanyalah tidak lebih hanya sebagai tuduhan liar semata. Perakuan tidak jujur dan untuk menutup kepincangan mereka (PR) itu tidak akan memberikan sebarang kesan kepada BN sebaliknya ia akan memberi kesan negatif kepada PR itu sendiri, jika ia terbukti tidak benar, selain turut menjejaskan kewibawaan PR di mata rakyat.

Dakwaan PR itu menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa dalam kelompok mereka sendiri ada yang ingin berubah parti. Tindakan membangkitkan tawaran RM50 juta itu seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada isu kalangan mereka yang ingin melompat ke dalam BN.

Yang menghairankan ialah, PR mewujudkan pelbagai dakwaan apabila ada kalangan Adun mereka ingin melompat ke dalam BN tetapi tidak pula membuat pelbagai dakwaan apabila ada Adun BN yang menyertai PR.

Pembangkang harus terima hakikat bahawa jika mereka boleh menarik Adun BN menyertai mereka maka BN pun boleh juga menarik Adun PR menyertai BN.

PR harus beretika dalam menampilkan isu-isu yang sebenarnya bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi mereka.

Dakwaan kononnya dua Adun itu sanggup melompat parti setelah ditawarkan RM5 juta nyata tidak berasas dan terlalu jauh dari logiknya berbanding sebelum ini yang tawarannya dikatakan berpuluh juta.

Kenapa kedua-dua Adun PKR itu tidak melompat semasa baru-baru memenangi kerusi DUN dengan jumlah mencecah lebih RM20 juta, kenapa sekarang dengan hanya RM5 juta, terutama setelah menjawat jawatan Exco?

Dakwaan yang dibuat oleh pemimpin PKR itu memperlihatkan "ketidakmatangan mereka dalam berpolitik" dan tindakan menggunakan surat akuan bersumpah memperlihatkan "kerakusan mereka berpolitik sehingga sanggup membelakangkan etika surat akuan bersumpah itu.

Dakwaan PKR kononnya BN membuat tawaran membeli dua Exco kerajaan negeri itu timbul ekoran kontroversi kedudukan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai Adun daripada PKR.

Kedua-dua mereka yang tidak dapat dihubungi sejak minggu lepas telah menimbulkan kebimbangan kerajaan negeri PR di Perak, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mendakwa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada kedua-dua mereka melalu faks.

Walaupun kedua-dua Exco itu muncul untuk menafikan dakwaan yang mereka telah menghantar surat peletakan jawatan itu, Sivakumar tetap menyerahkan surat secara rasmi kepada pejabat Pilihan Raya Negeri Perak bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Malah Mohd Osman, melalui wakilnya, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 hari ini bagi menafikan telah mengosongkan kerusi yang diwakilinya itu.

Kedua-dua mereka dilaporkan berbincang dengan peguam masing-masing untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Thursday, February 5, 2009

UMNO Perlu lebih ramai X-factor seperti Azalina

Oleh:Cybercop

Gelaran `X-Factor’ dalam Umno yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kepada Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said baru-baru ini sememangnya tepat dan perlu diakui serta dihayati oleh semua pihak.

Walaupun kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu sebagai `contoh’ dalam usahanya untuk mencari formula bagi mengembalikan kekutan Umno yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang semangatnya, namun kenyataan tersebut secara tidak langsung bersifat `akuan’ terhadap peranan dan keupayaan sebenar Azalina dalam mengembalikan maruah UMNO sedikit masa lalu.

Azalina, selain dilihat sebagai pemimpin pelapis yang kreatif dan bermotivasi, kemampuan beliau menggarap setiap tugas yang diberikan sememangnya diakui dan merupakan sesuatu yang amat membanggakan banyak pihak.

Jika dilihat dan diteliti secara mata hati, semua pasti akan nampak bahawa hampir semua tugas dalam politik serta kerajaan yang pernah dipikul oleh kelahiran negeri Johor ini, termasuklah dalam jawatan sebagai Ketua Puteri Umno,Naib Ketua Bahagian, Ahli Parlimen, Menteri Belia dan Sukan,Ketua Bahagian Pengerang hinggalah sebagai Menteri Pelancongan Malaysia semuanya mampu selenggarakan dengan baik.

Mungkin juga ramai yang masih ingat, pada tahun 1999, parti keramat orang-orang Melayu (UMNO) berada hampir dengan kemusnahan. UMNO berhadapan dengan krisis yang amat berantakan hinggakan pada pelihanraya umum ke 10, pada tahun tersebut memperlihatkan sebahagian besar orang-orang Melayu terutamanya golongan muda.

Situasi itu amat mencemaskan banyak pihak dan disaat kemelut yang genting itulah maka lahirnya sekelompok pemudi pimpinan Azalina yang menggelarkan diri mereka sebagai `PUTERI UMNO’ dan tampa menoleh ke belakang, mereka terus berjuang untuk mengembalikan kenyakinan rakyat kepada UMNO.

Dengan bersenjatakan keikhlasan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan `X-Factor’ yang ada dalam beliau, Azalina bersama dengan barisan pimpinannya dalam Puteri Umno, beliau telah berjaya mengembalikan kepercayaan orang-orang Melayu terutamanya golongan mudah untuk bersama dibawah payung UMNO semula.

Walaupun kini tidak lagi memimpin Puteri, namun perjuangan Azalina dalam memartabatkan kembali UMNO tidak pernah terhenti. Beliau yang kini sebagai Ahli Parlimen Pengerang, juga bertindak sebagai Ketua Bahagian Pengerang tidak pernah kering idea untuk membantu orang-orang Melayu khususnya ahli UMNO.

Tugasnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) yang disandangnya kini juga menjadi tiket utama untuk beliau terus memperjuangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu khususnya UMNO.

Keupayaan beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 2004 hingga 2007 hingga meletakan kementerian tersebut ke satu tahap yang terbaik adalah bukti kukuh keupayaan sebenar Azalina sebagai pemimpin pelapis berpotensi.

Walaupun baru tidak sampai 10 bulan memimpin Kementerian Pelancongan dan dalam keadaan krisis ekonomi dunia seperti sekarang, beliau tetap masih mampu menggamit peningkatan kedatangan pelancong ke negara ini...

Semuanya itu bertitik tolak daripada keikhlasan dan ketegasan beliu dalam menjana formula terbaik bagi mengangkat kembali martabat serta keyakinan masyarkat terhadap parti keramat UMNO.

Bagaimanapun ikhlasan beliau dalam memperjuangkan Negara dan hak-hak orang-orang melayu khususnya Umno seringkali menyebabkan ramai dikalangan pemimpin yang berkepentingan beribadi berada dalam ketakutan dan senangtiasa dikejar baying-bayang mereka sendiri.

Mereka bimbang, kemampun Azalina sebagai `x-faktor’ umno mampu menguggatkan kedudukan mereka dan hinggakan ada yang sanggup membunuh kerjaya politik calon Naib ketua Wanita ini dengan pelbagai cara dan helah.

Namun mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa keikhlasan dalam memperjuangan amanah yang diberikan, sepertimana yang dimiliki oleh Azalin bukan hanya diperlu di dalam parti UMNO sahaja tetapi, mesti diterima-pakai di dalam setiap jiwa bangsa Melayu.

Di saat Umno yang bertunjangkang bangsa Melayu mengharungi arus perubahan orde baru dunia sekarang, suatu perubahan radikal melibatkan reconceptualization cara pemikiran individu-individu yang bernaung di bawah sesuatu organisasi.

Organisasi yang memperjuangkan Anjakan Paradigma dan re-engineering strategi-strategi. Atau dengan lain perkataan `lebih ramai x-factor seperti Azalina didalam UMNO.

Ini bagi memastikan, anjakan Paradigma (Paradigm Shift) ini mampu mencipta perubahan yang komprehensif dan yang mampu membawa pulangan amat besar kepada UMNO sekiranya berjaya dan dilaksanakan secara berterusan.

Tuesday, February 3, 2009

Batul ke ada politik wang dalam pemilihan?

Bahang Pemilihan Agung UMNO kian hampir. Semua pihak mula merasakan kepanasannya hinggakan ada yang sanggup mengadai maruah semata-mata mencari kepentingan sesuatu yang seakan sudah menjadi kelaziman.

Pelbagai isu mula ditimbulkan pihak-pihak tentu,terutamanya yang berkaitan hal-hal yang menyentuh etika dan Perlembagaan parti, antaranya berkaitan masalah-masalah yang membabitkan politik wang.

Melihat kepada senario semasa yang berlaku, sama ada yang dilaporkan dalam media cetak, elektronik dan juga penulisan dalam laman blog peribadi, dilihat bahawa penularan politik wang di kalangan ahli-ahli UMNO menunjukkan berlaku kepincangan.

Ternyata pemilihan peringkat cawangan dan bahagian sahaja telah memanaskan api politik ekoran peningkatan aduan dan laporan membabitkan pemberian wang ringgit dan sagu hati kepada sesiapa yang memilih calon yang telah direncanakan.

Apa yang ingin diperkatakan bukanlah negatifnya perkara tersebut kerana ia memang telah dimaklumi bahawa politik wang adalah satu budaya yang merosakkan. Bukan sahaja kepada imej UMNO sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang sememangnya memandang jijik budaya rasuah malah ia juga merosakkan generasi akan datang yang akan menjadi pewaris kepimpinan di masa hadapan.

Persoalannya, setiap laporan dan aduan yang timbul sama ada yang sampaikan kepada Lembaga Disiplin UMNO atau pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diadukan oleh pihak ketiga yang bukan menjadi calon atau terlibat secara langsung dalam kegiatan tersebut.

Mengapa tidak calon yang terlibat sendiri membuat penampilan bersama laporan lengkap dan saksi-saksi yang kukuh untuk menyokong setiap agenda dan kes yang berlaku bagi membendung gejala tersebut?

Fikirkan juga, mengapa calon-calon yang terlibat umumnya mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengulas atau memberikan kebenaran dan kesahihan berdasarkan peristiwa dan kes yang dibincangkan malah ada antara calon yang menganggap bahawa berdiam diri adalah ‘jalan selamat’ untuk perjalanan karier politik mereka.

Persoalan tersebut bertambah rumit lagi apabila aduan dan masalah yang dilaporkan kebanyakannya dibuat selepas pemilihan atau pertandingan selesai diadakan dan pihak yang kalah atau gagal mendapat tempat dikalangan masyarakatlah yang akan mengadu.

Merujuk kepada persoalannya, mengapa perkara sedemikian berlaku?

Sewajarnya dapat disimpulkan bahawa ia kemungkinan timbul hasil daripada ketidakpuasan hati dan kekecewaan pihak terbabit kerana tidak terpilih lantaran berasakan dirinya layak untuk menjadi pemimpin.

Atau mungkin juga perasaan iri hati terhadap calon yang menang dan pihak-pihak yang terdapat disekelilingnya hinggakan enggan untuk bekerjasama atas nama setiakawan atau dalam satu pasukan demi bangsa Melayu.

Namun begitu, persoalan lain pula timbul, sekiranya benar berlaku politik wang dalam setiap pemilihan dan pertandingan mengapa pula calon yang menang dalam pemilihan tersebut tidak membuat sebarang aduan.

Adakah dengan berbekalkan wang ringgit untuk dijadikan habuan maka undi dapat diperoleh dengan mudah dan kemenangan sudah pasti akan dimiliki. Dan apakah sudah menjadi satu ‘takdir’ sekiranya tidak ada wang di saku maka sudah pasti akan tewas?

Mungkinkah semua ahli-ahli UMNO, termasuklah golongan akar umbi dan cerdik pandai Melayu gagal untuk menilai kredibili bakal pemimpin yang akan menjadi teraju mereka lantas menjadi pemimpin kepada parti ulung Melayu, UMNO?

Kesedaran atas kepimpinan sewajarnya hadir dengan rasa tanggungjawab yang utuh lantaran UMNO bukan sekadar parti picisan sebaliknya perjuangannya sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan menjadi tunjang kepada pentadbiran dalam negara, sewajarnya mereka memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Kebimbangan atas politik wang dirasai oleh semua peringkat, dari pucuk pimpinan parti hinggalah ke akar umbi.

Namun demikian, apabila kita disogokkan dengan habuan dan nilai harta benda yang terbentang di depan mata, mampukah kita berpegang teguh pada prinsip?

Speaker DUN Perak kaki temberang.

Akhirnya, SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58), kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Ia disahkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf setelah SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap kedua-dua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan. Ia juga memandangkan kedua-dua Adun itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, katanya SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka.

Persoalannya sekarang, siapa yang bersandiwara akan kekosongan tersebut.

Dua hari lepas, Speaker DUN Perak V. Sivakumar memaklumkan bahawa ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Sehari selepas itu, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering menafikan meletak jawatan dan tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Akhirnya, hari ini semua persoalan dan teka-teki berhubungan 2 kerusi tersebut terjawab dan orang yang perlu bertanggungjawab di atas segala pembohongan ini ialah Sivakumar yang telah membuat kenyataan dan menghantar surat palsu kepada SPR.

Bila dah pantai Auta macam Siva nie, membuktikan wujudnya konspirasi dan permainan politik kotor oleh Pakatan Rakyat di Perak ni.... Orang Perak, fikirkanlah semula keputusan yang anda semua dah buat pada Mac 2008 yang lalu.... Kini tanah dah tergadai, dapat plak Speaker DUN kaki temberang.