Tuesday, July 15, 2008

Gagal Pertahan Formula Penurunan Petrol-Hanya Helah Anwar Untuk berkuasa

Tidak perlu dipersoalkan lagi, nyata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim gagal mempertahankan fakta khusus dan logik bagaimana beliau boleh menjanjikan penurunan harga runcit petrol sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Beliau hanya sekadar mengulangi janji manis yang kosong dan hanya retorik berupa kenyataan ‘populists’ (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP). Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga, yang kununya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) dan mengaut RM billion dari keuntungan. Anwar sengaja memanipulasikan fakta bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan semasa kebanyak perjanjian ini ditanda tangani dan beliau pada masa itu mempunyai kuasa veto untuk menentukan perjanjian yang membebankan TNB tidak dilaksana.

Mungkin Anwar juga percayai rata rata rakyat Malaysia akan terlupa bahawa syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) merupakan ‘kroni’ beliau, semasa menjawat Menteri Kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Genting dan Arab Malaysian, juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek juga berjaya memberi gambaran yang baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF yang Anwar bawa semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberikan kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun yang gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung jangkamasa panjang kerana sistem menentukan harga pasaran minyak mentah bukanlah sesuatu yang Kerajaan Malaysia mampu mengawal.

Kebarangkalian Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran, adalah tinggi.

Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata rata secara majoriti dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia. Petronas, yang ditubuhkan 1974, mula bergiat melombong minyak dengan sendiri lebih sepuluh tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun lewat berbanding Shell, di Sarawak.

Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laung akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan.

Anwar, dengan cara penyampaian oratori hebat yang mengaburi pemikiran, mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia merupakan pengeluar penting bahan bakar paling berharga dunia itu.

Malangnya, sebagai pengeluar berjumlah 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) adalah hanya 1.2% dari keperluan dunia. Memang ada kewajaran bahawa bekalan minyak sekitar perairan negara tidaklah banyak tinggal lagi kerana telaga sekitar Malaysia yang telahpun mula dikorek semenjak seabad ini (jauh lebih awal dari negara seperti Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia).

Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada pendapatan dari pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan kepada bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.

Kewajaran hujah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan subsidi ini ditarik berperingkat sementara peluang meningkatkan pendapatan dipelbagaikan merupakan sesuatu yang Anwar sebenarnya mampu permodalkan.

Malangnya, sebagaimana biasa, kepentingan Negara dan rakyat tidak langsung, terutama jangkamasa panjang dan strategik, menjadi perkiraan Anwar, yang sememangnya mendambakan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan Anwar ini hanya kerana pembohongan akan berjaya menurunkan harga runcit petrol yang berjaya dilaksanakan sebagai strategi ekonomi, merupakan modal yang dicanang sebelum Pilihanraya Umum ke 12, dimana harga pasaran minyak mentah pada masa itu tidaklah setinggi hari ini.

Jelas sekali, hujah Anwar itu tidak cukup kuat untuk menyakinkan rakyat bahawa beliau mampu menurunkan harga minyak sebanyak RM.50 sebaik sahaja dia memerintah. Malah, hujah yang tanpa fakta kecuali retorik palsu yang bersandarkan pengamatan beribadinya itu secara tidak langsung tujuan sebenar beliau memutarkan isu tersebut.

Kerajaan juga seharusnya berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana penjelasannya dalam debat anjuran Agendadaily itu menjadi jawapan kepada pembohongan beliau selama ini.

Anwar juga tanpa disedari menjelaskan yang selama ini beliau sememangnya seorang pemimpin yang rakus kuasa, hanya mengimpikan jawatan Perdana Menteri dan tidak berhajat untuk membantu rakyat.

4 comments:

Anonymous said...

Akuilah wahai penulis dan kawan2 yang debat ari tu memang dimenagi oleh Anwar Ibrahim...
Anwar memang hebat!!!!!!

Anonymous said...

aNTI mUNGKAr...
Aku akui memang kalau pasal cara debat memang si nuar tu yg menag tapi kalau nak sebut pasal pointnya, Sabry Chek yang menang...

TERIMA LAH HAKIKAT WAHAI PEYOKONG ANWARRRRRRRRRRR

Anonymous said...

Anak Desa Yang Tertekan...

AKU MEMANG SETUJU DGN PENULIS YANG ANWAR BERSANDARKAN HUJAH2 PENGAMATANNYA. tAPI SEKURANG2NYA ADA USAHA UNTUK MENURUNKAN HARGA MINYAK DAN SEDAR KESUSAHAN RAKYAT.

tIDAK MACAM PEMIMPIN UMNO...TIAda USAHA LANGSUNG KE ARAH ITU.
INI JELAS BERDASAR KENYATAAN SABERY CHEK YANG MEMUTAR BELITKAN FAKTAR UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT!!!!

RM17B TU KEMANA PERGINYA...RM3B SAHAJA YG DIPERLUKAN UNTUK TURUNKAN HARGA MINYAK, BUKANNYA BANYAK!

HARAP PAK LAH KAJI SEMULA CADANGAN ANWAR TU

Anonymous said...

Kal harga minyak turun, dapat nuar pastikan harga barang yang kini turut melambung juga turun?

Jawab jangan tak jawab...

pada aku mustahil sama sekali...

fikirkan same-same...