Saranan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO agar ahli yang 'tidak bersih' rekod politiknya supaya tidak menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan pucuk pimpinan parti yang akan bermula dengan peringkat cawangan Khamis ini seharusnya mendapat perhatian semua pihak.
Walaupun ia kedengarannya agak keras, menjengkelkan serta memberikan gambaran yang seolah-olah cuba untuk menidakkan kemahuan sesetenggah pihak lain, namun jika diperhalusi dan disertakan dengan keikhlasan untuk melihat UMNO kembali gagah, bertenaga dan disegani, sudah pastinya ramai yang akan bersetuju dengan saranan tersebut.
Memang diakui, pemimpin-pemimpin yang telah dijatuhkan hukuman kerana telah melanggar Perlembagaan dan tatasusila parti UMNO sepatutnya mengundur diri dan tidak perlu lagi memimpikan jawatan-jawatan tinggi di dalam UMNO kerana, ia mungkin mampu menyusahkan parti dan sekaligus akan tergugat keutuhan UMNO itu sendiri.
Realitinya, masa untuk mereka sebagai pemimpin parti sudah menemui jalan penghujungnya dan mereka perlu sedar serta akur bahawa sunami politik negara pada pilihanraya ke12 yang lalu merupakan salah satu amaran rakyat kepada mereka yang berkenaan.
Tidak keterlaluan andai dikatakan jika `silent protes’ tersebut diabaikan oleh mereka-mereka yang terbabit, tidak mustahil pemberontakan jiwa itu akan berlarutan ke satu situasi yang amat sukar untuk dipulihkan dan jika ini berlaku, tidak mustahil ia mampu menguburkan parti UMNO itu sendiri.
Yang terbaik dan paling bijak, berikanlah laluan kepada pemimpin-pemimpin yang masih belum ternoda, pemimpin muda yang masih belum tercemar dek kerakusan nafsu dan mereka-mereka yang benar-benar sayangkan permaufakatan Melayu, untuk meneruskan perjuangan parti disamping berusaha mengembalikan maruah UMNO.
Percayalah, pastinya terdapat 'pool of talents' di kalangan ahli-ahli UMNO yang dapat diketengahkan untuk menjadi lapisan pemimpin UMNO yang segar, motivated, tidak berpuak dan bebas dari politik wang dan rasuah.
Namun bagitu, kenapakah masih terdapat pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod kesalahan mahu juga mencuba nasib di dalam perebutan kerusi MT UMNO pada kali ini. Persoalannya, adakah mereka tidak sedar jika mereka menang sekalipun dalam pemilihan tersebut, pasti ada suara-suara sumbang yang akan mempersoalkan kemenangan tersebut.
Lain lah jika mereka mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi...Namun, dapatkah mereka melenyapkan tuduhan mode operandi politik wang. Dimanakah kredibiliti mereka untuk dipandang tinggi dan dicontohi oleh ahli-ahli UMNO dari akar umbi?
Memang tidak dinafikan, ada dikalangan pemimpin tersebut yang berhajat sangat, pasti akan meneruskan keinginan mereka itu walaupun usul diberikan. Alasannya mudah, mereka sudah bertaubat, takkan hendak bawa kesilapan itu sampai mati..." atau pun "Tuhan pun sedia memaafkan hamba-hambanya, inikan pula manusia.."
Jika keadaan inilah yang berlaku, ia makna mereka itu sebenarnya tidak pernah lagi bertaubat, tidak pernah sedar sepenuhnya dan yang paling utama mereka itu sebenarnya tidak pernah benar-benar ikhlas menjadi pemimpin.
Andai mereka benar-benar sedar dan taubat sepenuhnya, mustahil mereka sanggup merosakkan parti semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafus mereka. Kerana, mereka yang benar-benar ikhlas pasti berjaya menjauhi 'perkara dan aktiviti yang pernah menyebabkan mereka melakukan kesalahan.
Maksudnya, mereka itu tidak perlu bertanding lagi demi kebaikan parti UMNO agar parti keramat Melayu ini kembali mendapat sokongan dan kepercayaan ahli-ahlinya khyususnya orang-orang Melayu.
Diharapkan agar para surfers dan ahli-ahli UMNO turut bersetuju dengan pandangan ini dan sekaligus berusahaja untuk menolak tawaran mereka yang terbabit.
Realitinya, imej parti UMNO telah banyak tercemar dek kerakusan, politik wang, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai lagi perkara yang negatif. Dan ini adalah masa yang paling tepat untuk UMNO melakukan rebranding dan pem'bersih'an di dalamnya.
Sunday, July 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment