Tuesday, July 15, 2008

Azalina Tanding Ketua Bahagian Pengerang

KUALA LUMPUR 15 Julai - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian tersebut berkata, keputusan itu diambil berdasarkan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin UMNO cawangan yang menyuarakan pandangan agar jawatan itu ditandingi.

''Mereka (pemimpin cawangan) juga telah menyatakan kesediaan untuk menyokong saya kerana mengharapkan beberapa isu penting di kawasan Pengerang seperti soal tanah dan pencemaran akan dapat diberi perhatian lebih baik.

''Justeru, saya menyahut seruan ini dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang pada pemilihan peringkat bahagian akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengerang di sini hari ini.

6 comments:

Anonymous said...

Dari anak Pengerang di Perantauan-

Bagus sangat Azalina nak tanding Ketua Bahagian Pengerang....
Kami anak-anak Pengerang memang kurang gemar kat ketua sekarang ni, selain berlagak dan hanya tolong orang waktu pilihanraya dan ketika pemilihan sahaja, dia tu memilih bulu saja...
Lagipun sejak Azalina jadi ahli Parlimen pengerang dah banyak kemajuan dah dilakukannya.
Khidmat masyarakatnya juga pawer, rakyat pengerang terbela dan tidak pernah diabaikan.
Berbeza dengan Harun, habuk pun tak ade, kalau takde Azalina rasanya Pengerang hampeh!
Yang dia tahu hanyalah rampok harta rakyat untuk kantungnya sendiri, untuk kayarayakan dirinya sendiri.
Jadi, saya harap Azalina berjaya bergelar ketua bahagian Pengerang- Amin-

Anonymous said...

Org mererjantau pun dpt merasa dgn sgbn Dato' Sri Azalina Othman Said (DSAOS)inikan pula kami anak tmptn.
Kami doakan agar DSAOS menang sebagai ketua kami yang baru.
Ayuh anak2 Pengerang, mari sama2 kita sembahyang hajat agar DSAOS b'jya dlm misinya.
Andai DSAOS bergelar ketua bahagian, alamatnya melimpah ruahlah pbgnan di daerah kami. Rezeki gak tulut bertambah.

Anonymous said...

Aku kurang pasti sape ketua bahagian pengerang...aku x kenalpun!
Tapi kalau Azalina tu aku kenal la, cuma dia mkn x kenal aku!
Dulu menteri Belia dan Sukan skrg Menteri Pelancongan...Dia memang hebat.
Dua2 kementerian tersebut dpt digarapnya dgn baik, maju dan ada perubahan dan peningkatan..semakin maju.
Inikan setakat bahagian, kacang baginya!
Tapi kalau org Pengerang x pilih Azalina gak, aku x tau la...Kin buta dan pekak kot!!!!!!!

-Aku Bukn Politikus-
-Hanya Sekadar pemerhati saja-

Anonymous said...

Aku memang mengikuti blog ni...Jadi aku rasa elok penulis menulis satu artikel berbentuk ulasan tentang Datuk Seri Azalina.
Sayang kalau tak buat kerana aku perhatikan menteri wanita ni memang kreatif, tegas, kerja kuat- Aku suka cara dia:
Jadi, rasanya tidak salah kalau tulis sesuatu yg baik tentang dirinya, misinya terutama ketika dia berhadapan dengan pertandingan sebagai ketua bahagian.

*harap2 dapatla saya menatap artikel tersebut, kerana saya peratikan idea penulis dlm artikel yang lepas2 sangat baik, gitu juga dengan penulisannya walaupun namanya kurang dikenali*

Anonymous said...

Betui ke kamu ni anak-anak Pengerang. Kalau mcm tu kamu yang tau keadaan disana...

Aku tak nak campur hal-hal disana, tapi yang aku tau PAS lagi bagui...

Tak ade rebut2, semua dalam muzakarah..aman damai.

Memang dah dasar UMNO cantas mencatas ni.

***ANTI KORAPSI***

Anonymous said...

BODEK JANGAN TAK BODEK!!!!!!!

AMALKAN BUDAYA BODEK, HIDUP KAMU AKAN DILAKNATI ALLAH!!!!!!

DARI: MINDA TERBUKA