Sunday, July 6, 2008

Konspirasi Celaru...Muslihat Anwar Semakin Menampakkan Belangnya

Berikutan penarikan balik akuan sumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian, Balasubramanian dan beberapa kejadian yang tidak munasabah yang cuba dipertontonkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dikatakan menjadi antara punca kemerosotan kenyakinan penyokongnya terhadap Parti tersebut.

Dalam hal yang sama, tidak kurang pula yang melahirkan rasa celaru dan keliru dengan isu-isu yang cuba dimanupulasikan oleh Anwar dan Wan Azizah sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi isu yang bersangkutan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada mereka, apa yang berlaku itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa segala apa yang berlaku dan diperkatakan kini sudah direncanakan Anwar serta kuncu-kuncunya sendiri. Dengan tujuan atau harapan untuk meraih simpati rakyat sekali lagi dan seterusnya berhasrat untuk memburukkan barisan tertinggi UMNO.

Tindak balas Wan Azizah ketika menafikan perbuatan liwat yang melibatkan suaminya, Anwar Ibrahim dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada hari yang sama dengan pemuda tersebut membuat laporan polis berkenaan perlakuan sumbang bekas Perdana Menteri itu dan riaksi beliau ketika menjawab pertanyaan para wartawan di lobi Parlimen mengenai isu terbabit baru-baru ini juga turut menitikkan keraguan yang bukan sedikit kepada penyokongnya sendiri.

Pada mereka, tindakan Wan Azizah itu sebenarnya telah memperlihatkan apa yang sebenarnya tersirat disebaliknya. Perancangan yang rapi yang cuba diatur semata-mata untuk meraih simpati disamping cuba menciptakan dongengan bagi memburukan barisan kepimpinan UMNO dengan tuduhan kononnya, itu semua adalah konspirasi jahat untuk menjatuhkan suaminya.

Setelah merasakan `agenda’ itu tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan, mereka mengguna pula penyiasat persendirian Razak Baginda, itu Balasubramanian untuk membuat akuan sumpah dan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan isi kandung akuan sumpah pertamanya itu.

Tapi sayang, perancangan mereka `melalui akuan sumpah Bala yang dikatakan hampir meranapkan kerjaya politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak dapat bertahan lama. Tidak sampai seminggu, Bala sekali lagi tampil dengan akuan sumpahnya yang kedua dan sekaligus berhasrat untuk menarik balik yang sebelumnya.

“Kalau benar itu bukan satu perancangan, mana mungkin Bala sanggup menarik akuan sumpah tersebut dan inilah yang sebenarnya memberikan gambaran jelas bahawa apa yang terjadi adalah konspirasi Anwar dan kuncu-kuncunya sendiri untuk menjatuhkan Najib dan sekaligus menjadi suis utama yang meranapkan kepercayaan sebahagian besar penyokongnya terhadap barisan kepimpinan PKR kini.

Berikut adalah akuan berkanun (akuan sumpah ke dua) Bala:-

"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;

"Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;

"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;

"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;

"Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya. Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang."

Akuan berkanun Balasubramanian itu diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, yang mempunyai alamat firma guaman Zul Rafique & Partner- firma guaman milik Zulkifly Rafique, yang merupakan saudara lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

3 comments:

Anonymous said...

Betui gak pendapat kamu tu...
Baru aku terfikir memang itu rancangan Anwar n the geng..
Kalau bebudak PKR tu masih sokong parti Keadilan, x tau laaaa
Dia orang ni x nampak lagi ke...
Sekarang sudah jelas, jom kite tolak PKR dan kembali kepada UMNO

Anonymous said...

dari:Cyberguns

betul ke konspirasi tersebut adalah angkara Anwar Ibrahim sendiri?
Tak caya aku, entah2 penulis yang pandai2 cipta isu, sahaja hendak memanaskan keadaan.
Walaupun gitu, aku memang tidak percaya dengan si Anwar Ibrahim ni.
Kalau pertama kali dia kena kes khalwat, mungkin boleh dipercaya, tapi ni dah dua kali, mungkin lebih!

Anonymous said...

Sudahlah kau org gaduh pasai perkara ni tu apa pasai?????
Memang dah si nuq tu ade peragai liwat tu/.
Tak caya tanya pakcik-pakcik yang bernah belajar dan sekelas dengan anak pak berahim tu sewaktu di MCKKC.
Tak caya lagi, tanya si Raja Petra Kamaruddin!
Nak jelas lagi tanya Tun Mahathir!

-Anti Al-Juburi