Catatan yang dibuat ini bukanlah bertujuan hendak membodek ataupun untuk mencari silap sesiapa. Tetapi, cetusan minda yang bakal dipaparkan ini hanyalah sekadar untuk melahirkan perasaan kesal dan berhasrat untuk membetulkan kenyataan satu surat yang dihantar oleh seseorang dan mendapat liputan laman web Malaysia Today baru-baru ini.
Kesal dengan tindakan penulis tersebut yang cuba mengambarkan bahawa apa yang dipaparkan itu adalah kenyataan Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, kononya Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Azalina Othman Said adalah dalang disebalik kemelut tuduhan rasuah yang dihadapinya kini.
Sebelum itu, Datuk Mirza, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur khamis lalu atas tuduhan rasuah membabitkan rawatan giginya berjumlah RM13,860 pada 2005, digantung perkhidmatannya selama dua bulan berkuatkuasa serta-merta.
Siapapun penulis dan apa tujuan sebenar dia berbuat demikian itu tidak penting tetapi apa yang pasti tulisannya yang berjudul `The Dato Mirza Mohd Taiyyab saga’ itu adalah fitnah yang berniat jahat untuk mengaibkan Dato’ Azalina.
Bukan itu sahaja, malah tulisan tersebut juga boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk menganggu penyiasat pihak berkuasa disamping berhasrat untuk mengubah fakta dengan tujuan untuk membela Mirza.
Memang betul penulis tersebut ada mengemukakan beberapa fakta bagi menguatkan tuduhan yang kononnya Menteri Pelancongan itu adalah dalang yang memerangkap Datuk Mirza. Alasannya mudah, Azalina bertindak demikian kerana perasaan marah atau demdam kepada Ketua Pengarah atas beberapa sebab.
Tetapi, saya sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dengan kementerian pelancongan Malaysia melihat fakta ataupun alasan yang dikemukan itu tidak kuat, malah ada yang berbentuk fitnah semata-mata.
Sebagai contohnya, penulis tersebut menyatakan Azalina marah kepada Mirza kerana telah menolak permohonan syarikat milik Dato’ Osman Said (bapa Azalina) untuk membuka kiosk di Beijing, China sempena Sukan Olimpik tahun ini dengan perbelanjaan RM10 juta.
Pada pengetahuan saya dan sebahagian besar kakitangan Pejabat Pelancongan, fakta yang dikemukan itu sebenarnya telah diterbalikkan dari fakta sebenar.
Dari apa yang kami tahu dan dimaklumkan sebelum ini, Dato’ Azalina yang sebenarnya telah menolak permohonan syarikat tersebut dengan alasan kos sebanyak RM8.5 juta itu adalah terlalu tinggi untuk sebuah kiosk.
Dan, tiada langsung nama Dato’ Othman Said dalam pendaftaran syarikat tersebut ataupun pembabitanya sama ada secara langsung atau tidak.
Dakwaan yang kononnya Azalina marah kepada Mirza kerana tidak meluluskan permohonan kakitangan kontrak di pejabat menteri seramai 20 orang juga tidak berasas.
Sebenarnya, kakitangan kontrak yang dibawa oleh Menteri Pelancongan tidak sampai pun 20 orang.
Rasanya, tindakan Azalina itu tidak menyalahi peraturan dan apa alasan untuk Ketua Pengarah itu untuk menolaknya. Lagipun, walaupun di kategori agak ramai, namun semuanya mampu buat kerja dengan baik dan ini terbukti semasa beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Begitu juga di Kementerian Pelancongan, walaupun hanya baru beberapa bulan bergelar Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina sudah mampu membuat pelbagai perubahan dan memperlihatkan peningkatan yang ketara dalam industri pelancongan negara. Semua itu sudah pastinya sedikit sebanyak bertitik tolak dari hasil kerja para pengawainya.
Apa yang menghairankan saya ialah, seandai benar Datuk Mirza seorang yang lurus dan telus seperti yang didakwa penulis tersebut, kenapa Ketua Pengarah itu telah meluluskan dua permohonan dari syarikat antarabangsa yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM20 juta tampa mendapat persetujuan menteri dan lembaga pengarah terlebih dahulu.
Jumlah sebanyak RM12 juta telah diberikan kepada syarikat penyiaran terkemuka iaitu CNN dan manakala bakinya sebanyak RM8 juta pula telah diberikan kepada kepada Euro Spot. Tidakkan tindakan ini pelik?
Jadi, rumusannya ialah, tidak perlulah ada pihak termasuk Datuk Mirza sendiri cuba untuk memusingkan faktar sebenar. Kerana, pendakwaan sudahpun dibuat dan kesnya kini sedang berjalan.
Maka, terserahlah kepada kebijaksanaan pihak berkuasa membuat keputusan nanti...Dan, percayalah kepada janji tuhan bahawa yang benar pasti menang dan yang salah pasti kalah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment