Friday, November 7, 2008

Tindakan keluar dewan untuk menutup kepincangan Anwar

Oleh: Cybercop

Entah kenapa, dibenak fikir ini selalu sahaja berputar lingat memikirkan tentang apa yang bakal diretorik oleh petualang bangsa, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap langkah yang diatur juga pasti akan mendapat perhatian diri ini dan sekaligus turut mencipta idea untuk melakarkan luahan rasa yang bertitik tolak daripada getusan minda ini.

Mungkin juga semuanya itu berakar umbi dari rasa tanggungjawab saya untuk mempertahankan ketuanan bangsa, sayangkan negara Malaysia, untuk menegakkan Islam dan juga berusaha untuk memartabatkan parti keramat orang Melayu iaitu UMNO ketahap yang lebih membanggakan.

Seperti yang diketahui umum bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terkenal dengan cara untuk menarik perhatian media agar mendapat publisiti demi kepentingan poltik beliau sendiri.

Insiden terbaru semasa pembentangan bajet tambahan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib di Parlimen baru-baru ini begitu jelas membuktikan bahawa ketua pembangkang ini amat bijak mencari perhatian pihak media yang kemudiannya dijadikan alat untuk menyesatkan rakyat.

Tindakan Anwar yang bingkas bangun memohon diberikan peluang untuk menyoal Najib yang sedang membentangkan bajet tambahan tetapi tidak diberikan laluan dengan alasan beliau (Datuk Seri Najib) akan memberi laluan untuk soalan apabila beliau selesai membuat perbentangan nanti. Tetapi, dengan lagak sebagai Ketua Pembangkang, Anwar bersama Ahli Dewan Parlimen Pembangkang bertindak keluar dewan.

Tak cukup dengan peristiwa tersebut, keesokkan harinya beliau sekali lagi bertindak rakus apabila bangkit sambil menyatakan bahawa pembentangan Timbalan Perdana Menteri itu tak sah dengan alasan telah melanggar peraturan mesyuarat Parlimen.

Sebenarnya laku kurang pekerti yang ditunjukan oleh Anwar itu bukanlah sesuatu yang asing dan bukannya perkara baru dilakukannya. Tapi yang ramai nak tahu apakah yang tersirat disebalik tindakan keluar dewan tersebut.

Persoalannya apakah tindakan Anwar dan rakan-rakan sesubahatnya itu benar-benar ikhlas untuk membuat bantahan terhadap pembentangan oleh Datuk Seri Najib ketika itu. Atau mungkin tindakan tersebut hanyalah disebabkan kerana dia tidak diberikan laluan untuk bercakap, atau juga hanya kerana sahabat baiknya yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah diarahkan keluar dewan oleh Speaker?

Yang lebih menyedihkan, situasi ini jelas mengambarkan bahawa beliau masih dibuai mimpi kononya dia kini sudah bergelar Perdana Menteri iaitu selepas kelentongnya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 16 september lalu tidak menjadi nyata.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga turut merasakan yang beliau adalah Menteri Kewangan yang terbaik diabad ini hinggakan tiada siapa yang mampu menandinginnya. Tapi, itu cuma mimpi dan angan-angannya sahaja, tetapi pada hakikatnya dia masih terlalu jauh untuk memijak rialiti tersebut.

Bila baca artikel-artikel dalam media utama dan blog, ramai yang menghentam DSAI kerana semasa beliau jadi Menteri Kewangan dulu bajet yang dibentangkan tidaklah baik sangat dan sehingga ada yang menyatakan ‘yang terburuk sekali’.

Tambahan pula cadangan bajet yang cuba dibawa oleh beliau, diyakini akan membawa malapetaka lebih teruk daripada tahun 1998 dulu. Cadangan menguncup mulut penyangak mata wang Yahudi dengan meminjam wang dari IMF sedikit masa lalu,dilihat bakal akan menambahkan bebanan yang bukan kepalang kepada rakyat dan sekaligus turut merudumkan ekonomi negara.

Sebenarnya jika diperhalusi, sudah pasti ramai yang mengakui bahawa tindakan Anwar dan para sidang wazirnya itu bertindak keluar dewan sebenarnya bukanlah disebabkan oleh bantahan mereka terhadap Najib tetapi ianya tidak lebih daripada gimik politik semata.

Selain itu, Anwar dan kuncu-kuncunya berbuat tindakan yang boleh dianggap melampau itu hanyalah kerana hendak mempertahankan tindakan Tian Chua dan sebagai tanda membantah terhadap keputusan Speaker yang mengarahkan Tian Chua keluar dewan.

Ini kerana, Anwar sedar dan tahu jika mereka berbuat demikian iaitu keluar dewan secara beramai-ramai, maka secara tidak langsung parti junjungan mereka iaitu PKR, DAP dan PAS pasti akan mendapat ‘poltical mileage’. Bolehlah mereka buat bahan siaran di media nanti dan juga membeli kepercayaan daripada penyokong-penyokong taksub mereka.

Namun penyokong-penyokong taksub Anwar dan Pakatan Pembangkang seharusnya sedar bahawa pemimpin `kaki keluar dewan atau kaki ponteng dewan’ itu sebenarnya telah dipilih oleh rakyat. Dan, mereka seharusnya membela nasib rakyat tetapi tindakan keluar dewan itu sebenarnya bukanlah merupakan cara terbaik untuk tujuan tersebut.

Tindakan DSAI itu sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menutup kelemahan-kelemahan beliau sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Selain untuk menutup kelemahan yang terdapat dalam bajet cadangan beliau baru-baru ni.

Tak payah lah nak kata ‘Bajet Pak Lah yang dibahaskan, Bajet DS Najib yang diluluskan’. Bajet tambahan itu memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kecenderungan politik mereka dan sepatutnya disokong sahaja.

Tidak payahlah mengantungkan mimpi kepada dongengan yang digarapkan Anwar sahaja. Usahlah beranggapan yang Anwar seorang sahaja yang bijak menggarap belanjawan manaka orang lain selain ketua PKR jalang itu semuanya semua tak betul.

No comments: