Pengumuman Shahrizat semalam sememangnya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak termasuk para pemerhati politik dan juga calon Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan sekaligus memberikan laluan mudah kepada beliau yang awal-awal lagi menegaskan untuk bertanding tanpa mengikuti pelan peralihan pada Jun tahun depan.
Dengan pengumuman Sharizat ini bermakna anggota Exco Wanita pusat, Datuk Kamilia Ibrahim sudahpun memenangi jawatan Naib Ketua Wanita, tanpa bertanding setelah beberapa nama yang turut dicalonkan ke jawatan tersebut tidak melepasi kelayakan pencalonan.
Berbalik kepada pengumuman Shahrizat, kenyataan dua perenggan semalam (hari Khamis) beliau turut menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan jelas sekali memperlihatkan tujuan sebenar Naib Ketua Wanita itu.
Jika diperhalusi, kenyataan yang dibuat oleh Shahrizat itu boleh tafsirkan yang membawa maksud beliau bersedia untuk 'bertarung' biar pun beliau terpaksa berhadapan cabaran yang besar dan memungkinkan dia terus kempunan jawatan dalam pergerakan tersebut.
Shahrizat mungkin sudah menyedari hakikat ini namun keputusan ini tetap diambil setelah merasakan dia perlu menyahut seruan akar umbi yang mahukan perubahan dalam kepimpinan pergerakan itu.
Shahrizat kena kuat dan berani bertanding dengan harapan menang dan percaya dalam diam, ada juga bahagian yang pasti akan menerimanya terutamanya dari mereka yang mempersoalkan tempoh peralihankuasa dalam masa tiga bulan lagi itu tidak releven.
Beliau juga tidak perlu takut dalam menghadapi persoalan tentang perpecahan dalam pergerakan itu kerana Perpecahan tidak akan berlaku seandainya ia bijak ditangani. Lagipun, semua itu bergantung juga kepada budi bicara Rafidah.
Jika beliau (Rafidah) tetap bertanding, risiko perpecahan mungkin tetap ada,tetapi itulah yang perlu ditangani oleh Shahrizat.
Dia tidak boleh menyalahkan Rafidah seorang sahaja dalam hal ini sebab sebelum ni dia telah bersetuju dengan plan tersebut. Alih-alih dua yang menongkah arus dan sanggup berdepan dengan segala kemungkinan semata-mata untuk jawatan nombor satu dalam pergerakan wanita itu.
Ada juga pendapat yang menyatakan, jalan terbaik bagi mengekalkan perpaduan dalam pergerakan itu ialah Rafidah mengundurkan diri secara sukarela bagaimanapun Rafidah setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan dan berjanji akan membuat kenyataan esok.
Jumlah pencalonan yang dibuat pada persidangan Bahagian Wanita Umno baru-baru ini bukanlah suara sebenar sokongan yang mewakili mana-mana pihak kerana pengukur sebenar adalah pada pemilihan pada bulan Mac nanti.
Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73 dan secara automatiknya, beliau itu memberikan laluan kepada Kamilia menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno.
Mengikut pelan peralihan kuasa yang diputuskan Keputusan yang dibuat Shahrizat itu berkemungkinan diambil menerusi 'calculated decision' iaitu dengan mengambil kira kebarangkalian menang apabila bertanding nanti walaupun bukan mudah kerana ia perlu mengambil kira persekitaran pada masa kini termasuklah sokongan akar umbi.
Sokongan Wanita Umno Perak semalam yang menyebelahi Shahrizat juga mungkin salah satu kriteria yang diambil bagi Shahrizat membuat keputusan seperti itu.Keputusan Wanita Perak itu adalah penting berdasarkan sentimen bahawa Rafidah, yang merupakan anggota Parlimen Kuala Kangsar, berasal dari Perak.
Ia juga secara tidak langsung menambahkan keyakinan yang peluang beliau (Shahrizat) menang adalah tinggi kerana semua faktor semasa kini dilihat dan dirasakan menyebelahi beliau.
Keputusan Shahrizat itu, maka pelan peralihan kuasa yang dipersetujui Exco Wanita Umno sebelum ini berakhir begitu sahaja.
pada mesyuarat Exco Wanita Umno pada Ogos lepas, jawatan ketua dan naib ketua pergerakan itu tidak dipertandingkan, dengan Rafidah kekal sebagai ketua dan Shahrizat sebagai naib ketua dan Rafidah akan menyerahkan jawatan nombor satu pergerakan itu kepada Shahrizat pada bulan Jun tahun hadapan.
Minggu lepas Exco pergerakan itu turut mengekalkan keputusan untuk meneruskan pelan peralihan itu.