Minggu lalu pelbagai tulisan dan komen yang cuba dilontarkan oleh rakan-rakan blogers mengenai keangkuhan Anwar Ibrahim dalam menabur retorik kononya dia mampu menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 September.
Ada yang beranggapan bahawa pemimpin parti angan-angan itu mampu kerana dia mempunyai kuasa kewangan yang baik dan tidak kurang pula yang beranggapan bahawa janji membentuk kerajaan baru oleh Datuk seri Anwar sebagai janji tidak masuk akal.
Tetapi saya tidak mengambil sebarang riaksi atas isu tersebut kerana beranggapan semua itu hanyalah tidak lebih sebagai wayang Anwar Ibrahim semata. Pada saya, Tunggulah 16 September untuk anda mendengar pelbagai pula alasan Anwar Ibrahim. "
Hari ini terbukti dan ternyata ia berlaku. Anwar ini menukar lagi wajah, rupa dan qona (warna)nya. Sudah sah Anwar pembohong. Janji untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya tinggal dalam lipatan sejarah berkajang-kajang senarai pembohongan Anwar bin Ibrahim.
Pada 16 September beliau menghantar surat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan pertemuan dan mengaturkan peralihan kuasa kepada beliau. Apakah ini tindakan orang yang waras?
Beliau dakwa ada lebih 30 orang ahli Parlimen BN tetapi enggan mengumumkan nama mereka. Waraskah manusia bernama Anwar Ibrahim ini? Beliau mahu Pak Lah menyerah kuasa hanya kerana beliau dakwa ada 30 orang ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat?
Hari ini beliau mendesak kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen pada 23 September pula. Beliau mahu mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan. Sekali lagi kita mahu bertanya, waraskah manusia bernama Anwar ini?
Atas sebab apa dan bukti apa beliau mahu mengadakan sidang khas Parlimen? Undang-undang dan Peraturan Dewan Rakyat yang mana beliau gunakan untuk mengadakan satu usul khas sidang parlimen bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap PM dalam tempoh kurang dari 14 hari?
Ketika beliau mendakwa telah ada 30-40 orang ahli parlimen BN yang akan melompat, Anwar tetap menghantar pemimpin PKR untuk bertemu dan memujuk ahli Parlimen BN yang berada di taiwan. soalnya jika sudah ada mengapa perlu pujuk yang lain lagi? Bukankah gila namanya?
Namun Anwar Ibrahim memang mempesonakan. Lebih mempesonakan, ada orang masih percaya kepada Anwar walaupun sudah banyak kali tertipu.
Misalnya terdapat sebahagian pemimpin Pas masih percaya kata-kata Anwar walaupun mereka sendiri tidak tahu siapa yang berjanji untuk melompat. Mereka sanggup membohongi penyokong sendiri kononnya nama-nama YB ini dibincang dalam Mesyuarat Tertinggi parti tersebut. Hakikatnya hanya angka yang diberi kepada mereka.
Soalnya siapa yang tidak waras, Anwar atau orang yang mempercayainya?
Sunday, September 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pegi je tengok wayang kat panggung wayang :-)
Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment