Sunday, August 17, 2008

Tuduh Azalina sebagai Dalang Kes Beliau- Usaha Terdesak Mirza

Penulis begitu tertarik dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said seperti yang dilaporkan dalam Utusan On Line pada 15/8/2008 lalu yang menyifatkan `Warga Kementerian Pelancongan bersedih dengan kes Mirza’

Katanya, Kesemua warga kementerian (Pelancongan) dan jabatan berkaitan sangat bersedih dengan kes ini kerana Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Datuk Mohammad Mirza Taiyab telah berkhidmat dengan kementerian ini selama 25 tahun dan amat terasa akan kehilangannya.

Bagaimanapun, beliau percaya jika Datuk Mirza tidak bersalah. Datuk Mirza tidak perlu gusar... (sehingga dibuktikan sebaliknya) kata Azalina ketika ditemui pemberita selepas melawat sekitar Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.

Apa yang boleh ditafsirkan dari kenyataan tersebut, bahawa Menteri Pelancongan itu tidak mahu kehilangan Datuk Mirza. Dan, dari kenyataan tersebut juga jelas membuktikan bahawa dakwaan penulis dalam laman web Malaysia today baru-baru tersasar jauh dari kebenarannya.

Andai perhalusi dari kes ini juga, membuktikan tuduhan kononnya Azalina yang memerangkap Ketua Pengarahnya itu juga tidak lebih sebagai gossip yang berlalaskan tuduhan liar dengan nawaitu untuk memburukkan imej dan menjatuhkan kreadibiliti menteri wanita kreatif itu.

Pada saya, mana mungkin Azalina terlibat dengan konspirasi tersebut kerana kes yang membabitkan Datuk Mirza itu, mengikut apa yang dilapurkan adalah kes lama iaitu berlaku pada tahun 2005 iaitu ketika Azalina masih belum bergelar Menteri Pelancongan lagi.

Dari segi akal logiknya, mana mungkin Dato Sri Azalina mengetahui apa yang dilakukan oleh Mirza ketika itu, lebih-lebih lagi sepertimana faktar pertuduhan iaitu berkaitan dengan `rasuah membabitkan rawatan giginya berjumlah RM13,860 pada 2005 tersebut.

Bagaimanapun, sebahagian besar kakitangan Kementerian Pelancongan termasuk di Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia amat arif dan maklum bahawa sejak Datuk Mirza menerajui jabatan tersebut boleh dikatakan dia control habis kementerian ini.

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa hampir semua projek-projek yang melibatkan kementerian dan juga Lembaga Penggalakan Pelancongan telah sapu bersih oleh sebuah syarikat yang dikenali dengan syarikat PAKAR MEDIA.

Dan, dari apa yang kami diberitahu dan mengikut cakap-cakap sesetengah pihak atasan kementerian, sebenarnya syarikat tersebut adalah milik Datuk Mirza dan abangnya. Sejauh manakah kebenarannya dakwaan tersebut belum dapat dipastikan lagi....Tetapi, itulah yang menjadi buah mulut dikalangan kakitangan pelancongan.

Jadi rumusannya, Datuk Mirza tidak perlulah menggelabah tidak tentu pasal dalam kes ini sehingga membuat tuduhan yang boleh menjejaskan imej orang lain, terutamanya Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina yang kami pasti tidak tahu menahu, malah tidak terbabit langsung dalam kes ini.

Tindakan Datuk Mirza yang membuat pendedahan tidak kiralah samada orang perantaraan ataupun ditulis sendiri (seperti yang dilaporkan dalam Malaysia today tempoh hari)adalah satu tindakan yang boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang terdesak . Satu percubaan untuk mengalihkan padangan masyarakat disamping cubaan untuk memburukan imej Azalina semata-mata.

No comments: