Monday, May 19, 2008

Tindakan Tun Mahathir Keluar Parti Perangkap Buat Mukhriz

Tun Mahathir dah menyatakan pendiriannya untuk keluar parti. Satu keputusan dan pendirian yang sudah tentunya mengejutkan banyak pihak. Keputusan diluar dugaan dan jangkaan ini sudah tentunya akan memberi kesan secara langsung terhadap pertandingan diperingkat Pergerakan Pemuda.

Persoalannya apakah pendirian Mukhriz? Wajarkah beliau untuk sama-sama menjejaki jejak langkah ayahandanya? Ataupun beliau perlu mengambil keputusan untuk tetap bertanding memberi cabaran untuk jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda.

Namun apa yang perlu menjadi ukuran adalah sebab utama seseorang itu menawarkan diri. Adakah disebabkan oleh tekanan ingin membela maruah orang tertentu? ataupun terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab yang tidak ditunaikan oleh kepimpinan terdahulu? Mukhriz sendiri mempunyai jawapan terhadap persoalan itu.
Mukhriz menjadi begitu popular dan dihormati atas 2 sebab utama. Pertamanya beliau adalah anak kepada mantan Perdana Menteri.

Keduanya pula Mukhriz terkenal dengan keberaniannya menuntut agar Presiden meletakkan jawatan atas alasan prestasi buruk pada pilihanraya yang lalu. Sebagai warga Pergerakan Pemuda saya ingin mengajak untuk kita sama-sama membuat penilaian. Adakah wajar bertunjangkan dua sebab utama tadi, beliau perlu menawarkan diri?
Sekiranya rakyat menunding menyalahkan Khairy yang dilihat tidak mungkin dapat menegur Perdana Menteri yang juga merupakan bapa mertua beliau sekiranya beliau diberi tanggungjawab sebagai ketua pemuda, kita juga perlu menerima kemungkinan bahawa Mukhriz juga mempunyai kemungkinan yang besar dijadikan buah catur bapanya melemparkan kritikan-kritikan pedas terhadap kepimpinan parti.

Pada hemat saya, Mukhriz tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Janganlah disebabkan emosi dan rasa tidak puas hati bapanya terhadap kepimpinan parti beliau bertindak menjadi panglima yang sama sekali tidak rasional dan bertindak diluar batasan pertimbangan.

Mukhriz perlu mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menawarkan diri.Beliau mungkin begitu popular dikalangan rakyat, tapi situasi mungkin tidak seperti yang disangkakan didalam UMNO. Nasihat saya, dugalah dulu dalamnya lautan sebelum memulakan langkah.

1 comment:

Anonymous said...

Rasuah Politik Pasca PRU-12?


Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.

Sila layari http://www.rembau.net