Tuesday, March 17, 2009

Sikap telus Azalina berhadapan dengan SPRM seharus dipuji

Sebenarnya, lakaran ungkapan minda saya pada kali ini bukan bertujuan untuk mengkritik ataupun mencari silap sesiapa, lebih-lebih lagi untuk mempertikaikan kewibawaan SPRM। Tetapi setidak-tidaknya getusan minda ini mampu untuk dijadikan renungan bersama dalam mencari kesempurnaan kepada semua pihak.

Entahlah dimana yang betul dan di mana pula silapnya...Namun bagitu, pemilihan tertinggi Umno pada bulan ini dilihat seolah-olah dijadikan lubuk kepada SPRM untuk membuktikan bahawa badan yang baru dinaikkan tarafnya itu sebagai sebuah agensi yang benar-benar bebas।


Tindakan serta usaha gigih SPRM dalam membenteras gejala rasuah di negara ini seharusnya diberikan pujian। Semoga dengan tindakan itu sedikit sebanyak mampu mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap badan yang dahulunya di kenali dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah di dicemari dengan tuduhan liar daripada parti pembangkang.


Tetapi malang dan kurang enak didengar, sejak ia bertukar wajah kepada SPRM beberapa bulan lalu, badan bebas itu dilihat seakan memberi penekanan kepada satu sudut sahaja iaitu kepada ahli politik। Walhal ramai yang masih keliru dan tidak dinafikan ada juga dikalangan anggota SPRM sendiri masih meraba-raba tentang definasi tepat berkaitan rasuah politik.


Persoalan yang mahu saya timbulkan disini ialah, perlu ada ketelusan dari semua pihak। Jangan hanya ada sedikit kuasa kita menjadi `kadok naik junjung’ dan `si hamba abdi menjadi raja’ hinggakan bertindak melampaui batas tugasan.


Bila bercakap pasal ketelusan, saya memuji Ahli Majlis Tertinggi yang juga Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said।Seperti yang diketahui Umum baru-baru ini Setiausaha Politik dan beberapa pengawai beliau telah disoal siasat oleh SPRM atas dakwaan rasuah.


Menurut laporan beberapa buah akhbar tempatan, pejabat Menteri tersebut juga turut digeledah dan beberapa kakitangan biasa dan sokongan juga turut di ambil keterangan।


Sekali imbas dan bagi sesetenggah pihak, tindakan SPRM itu tidak adil dan mampu memberikan kesan yang buruk kepada Azalina terutamanya dalam kerjaya politiknya, apatah lagi ia diambil ketika suasana`panasnya’ beliau untuk mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi 24 hingga 28 Mac ini।


Namun dalam kes ini, Azalina tetap memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada pihak SPRM untuk melakukan siasatan। Malah, beliau juga turut mengarahkan kakitangannya supaya memberikan kerjasama yang baik jika kepada pihak terbabit, jika perlu dan diminta berbuat demikian.


Semangat yang ditunjukan oleh Azalina itu membuktikan beliau seorang yang telus dalam segala hal walaupun menyedari tindakan SPRM tersebut agak samar dan sedikit sebanyak memberikan impak yang kurang baik kepada kerjaya politiknya।


Malah, Azalina turut beranggapan apa yang dilakukan oleh SPRM itu adalah proses biasa yang perlu dilalui oleh semua pihak terutamanya pada setiap pemilihan UMNO dan percaya pihak SPRM lebih peka dengan tugasan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Saya hormati pendirian Datuk Azalina. Tak buat salah apa nak bimbang. SPRM kena buat kerja cepat-cepat dan selesaikan segera. Tak adil bagi pihak yang belum tentu salah tetapi telah tercalar imej mereka. Sekalipun kes mereka yang dihebohkan ini (Azalina dan lain-lain) tidak disebut dimahkamah. Reputasi diri mereka ini tetap terjejas walaupun tak didakwa. Bagi saya, kalau masih dalam siasatan lagi, tak payahlah dihebahkan nama orang-orang yang sedang disiasat. Macam nak cari publisiti sahaja!