Tuesday, March 31, 2009

Perlukah Azalina dikekalkan dalam kabinet?


Benarkah keputusan pada Pemilihan Agung Umno baru-baru ini yang memperlihatkan ramai dikalangan jaguan-jaguan UMNO termasuk beberapa Menteri, Timbalan Menteri dan semua Menteri Besar (yang turut menawarkan diri dalam MT) kecundang adalah suara sebenar akar umbi parti itu.

Ataupun mungkin juga keputusan tersebut merupakan kesan daripada `gegaran tsunami politik’ pada pihanraya ke 12 lalu. Yang mana ia menyebabkan ramai dikalangan para perwakilan gagal membuat penilaian atau keputusan yang tepat?

Apapun alasan serta rumusan sekalipun, namun apa yang pasti segalanya sudahpun berlaku dan keputusan juga sudahpun diterjemahkan. Dan, para perwakilan sahaja yang mampu memberikan jawapan yang tepat kepada semua persoalan ini.

Dan, semua pihak perlu menghormati keputusan yang di buat oleh para perwakilan dari seluruh negara itu. Kerana keputusan tersebut boleh dianggap suara `demokrasi’ dari ahli serta pemimpin akar umbi parti.

Cuma apa yang agak dikesalkan, tidak semua keputusan tersebut boleh dianggap tepat kerana pada hemat saya ada beberapa keputusan yang dibuat boleh dianggap silap atau tidak tepat.

Dimana ada dikalangan pemimpin yang sepatutnya di kekalkan kerana prestasi kerjanya dan dilihat mampu membawa perubahan, turut menerima nasib yang sama dan situasi ini jelas merugikan parti dan negara.

Pemimpin-pemimpin yang sama maksudkan adalah seperti, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Sri Syed Hamid Alba, Menteri Perdangan dan Hal Ehwa Pengguna, Datuk Shahril Samad, Menteri Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said dan beberapa nama lagi.

Pada saya kesemua nama-nama yang saya sebutkan itu adalah antara pemimpin yang mampu membawa perubahan bukan sahaja kepada Umno tetapi juga kepada negara.

Kemampuan mereka memimpin dan melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan tidak kiralah sama ada diperingkat parti ataupun kerajaan semenangnya tidak dapat dinafikan sesiapa.

Memang benar kekalahan dalam pemilihan pucuk kepimpinan parti bukanlah `penamat’ kepada kesetiaan kepada parti dan juga menjadi penghujung kepada khidmat kepada parti dan masyarakat. Tetapi, dalam Umno ia seakan sudah menjadi kelaziman, seseorang pemimpin yang gagal merebut jawatan tertinggi parti akan terabai dari kerajaan.

Jika kelaziman ini berlaku kepada beberapa nama pemimpin yang disebutkan di atas, sudah pasti ia menjadi iguan ngeri kepada Umno. Ini kerana sebahagian besar pemimpin yang terkeluar dari barisan kepimpinan tertinggi yang baru, adalah antara individu pemimpin yang kreatif dan perpotensi.

Lagipun, kebanyakan saf kepimpinan yang baru dilantik adalah terdiri dari mereka yang masih terlalu muda dalam kerajaan. Sebahagian besar dari mereka adalah muka-muka baru yang nyata kurang berpengalaman dan masih memerlukan bimbingan.

Dan atas kesedaran itulah, sebagai seorang penulis yang gemarkan kecemerlangan parti dan negara berharap barisan kepimpinan kerajaan yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri yang baru tidak lama lagi adalah terdiri dari gabungan antara muka lama dan baru.

Sambil berharap antara nama-nama yang disebutkan di atas dapat dipertimbangkan dan dipilih semula untuk menerajui negara.Ini kerana keupayaan mereka dalam mengendung amat parti dan kerajaan sememangnya amat membanggakan banyak pihak.

Buktinya, Azalina sendiri telah membuktikan bahawa dia adalah `x-faktor’ kepada Umno. Bersama saf pimpinannya dalam Pergerakan Puteri Umno, beliau telah berjaya menarik golongan muda untuk kembali kepada Umno di saat parti keramat orang Melayu itu berhadap dengan krisis yang maha hebat sekitar tahun 1999.

Catatan kejayaan beliau menang tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen pada dua penggal pilihanraya yang lalu juga menjadi bukti kukuh bahawa pemimpin ini sememangnya seorang yang kreatif dan amat disenangi ramai.

Begitu juga dengan kejayaan beliau menang tanpa bertanding bagi merebut jawatan Ketua Umno Pengerang juga adalah bukti kukuh bahawa pemimpin muda yang dilahirkan melalui Puteri Umno ini seorang mempunyai yang visi yang baik dan kreatif kepada rakyatnya umumnya.

Walaupun ketika itu hanya baru setahun jangung dalam politik, tetapi kejayaan beliau mendapat kepercayaan para perwakilan sebagai Ahli Majlis Tertinggi ketika itu juga adalah antara faktar yang menguatkan bahawa Ahli Parlimen yang juga Ketua Umno Pengerang itu seorang yang bertanggungjawab serta ikhlas dalam melaksanakan tugasnya.

Kejayaan Azalina mengemudi dua kementerian sebelum ini juga iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan dikatakan menjadi antara sebab mengapa beliau tidak harus diabaikan daripada saf kepimpinan kerajaan yang baru dan bakal diumumkan oleh Presiden parti dan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak lama lagi.

Tuesday, March 17, 2009

Sikap telus Azalina berhadapan dengan SPRM seharus dipuji

Sebenarnya, lakaran ungkapan minda saya pada kali ini bukan bertujuan untuk mengkritik ataupun mencari silap sesiapa, lebih-lebih lagi untuk mempertikaikan kewibawaan SPRM। Tetapi setidak-tidaknya getusan minda ini mampu untuk dijadikan renungan bersama dalam mencari kesempurnaan kepada semua pihak.

Entahlah dimana yang betul dan di mana pula silapnya...Namun bagitu, pemilihan tertinggi Umno pada bulan ini dilihat seolah-olah dijadikan lubuk kepada SPRM untuk membuktikan bahawa badan yang baru dinaikkan tarafnya itu sebagai sebuah agensi yang benar-benar bebas।


Tindakan serta usaha gigih SPRM dalam membenteras gejala rasuah di negara ini seharusnya diberikan pujian। Semoga dengan tindakan itu sedikit sebanyak mampu mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap badan yang dahulunya di kenali dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah di dicemari dengan tuduhan liar daripada parti pembangkang.


Tetapi malang dan kurang enak didengar, sejak ia bertukar wajah kepada SPRM beberapa bulan lalu, badan bebas itu dilihat seakan memberi penekanan kepada satu sudut sahaja iaitu kepada ahli politik। Walhal ramai yang masih keliru dan tidak dinafikan ada juga dikalangan anggota SPRM sendiri masih meraba-raba tentang definasi tepat berkaitan rasuah politik.


Persoalan yang mahu saya timbulkan disini ialah, perlu ada ketelusan dari semua pihak। Jangan hanya ada sedikit kuasa kita menjadi `kadok naik junjung’ dan `si hamba abdi menjadi raja’ hinggakan bertindak melampaui batas tugasan.


Bila bercakap pasal ketelusan, saya memuji Ahli Majlis Tertinggi yang juga Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said।Seperti yang diketahui Umum baru-baru ini Setiausaha Politik dan beberapa pengawai beliau telah disoal siasat oleh SPRM atas dakwaan rasuah.


Menurut laporan beberapa buah akhbar tempatan, pejabat Menteri tersebut juga turut digeledah dan beberapa kakitangan biasa dan sokongan juga turut di ambil keterangan।


Sekali imbas dan bagi sesetenggah pihak, tindakan SPRM itu tidak adil dan mampu memberikan kesan yang buruk kepada Azalina terutamanya dalam kerjaya politiknya, apatah lagi ia diambil ketika suasana`panasnya’ beliau untuk mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi 24 hingga 28 Mac ini।


Namun dalam kes ini, Azalina tetap memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada pihak SPRM untuk melakukan siasatan। Malah, beliau juga turut mengarahkan kakitangannya supaya memberikan kerjasama yang baik jika kepada pihak terbabit, jika perlu dan diminta berbuat demikian.


Semangat yang ditunjukan oleh Azalina itu membuktikan beliau seorang yang telus dalam segala hal walaupun menyedari tindakan SPRM tersebut agak samar dan sedikit sebanyak memberikan impak yang kurang baik kepada kerjaya politiknya।


Malah, Azalina turut beranggapan apa yang dilakukan oleh SPRM itu adalah proses biasa yang perlu dilalui oleh semua pihak terutamanya pada setiap pemilihan UMNO dan percaya pihak SPRM lebih peka dengan tugasan mereka.

Monday, March 2, 2009

Benarkah wujud Team dan Komplot dalam pemilihan UMNO?

Benarkah wujud Team dan Komplot dalam pemilihan UMNO?

Memang tidak dinafikan ada dikalangan ‘nujum-nujum UMNO” yang cuba menimbulkan isu komplot dalam pemilihan parti keramat orang Melayu pada Mac ini.

Lebih-lebih lagi bila melihatkan aliran sokongan bahagian-bahagian UMNO ketika ini seolah-olah menunjukkan suatu rangkaian sokongan kepada inividu tertentu yang lebih bersifat komplot.

Namun bagitu, bagi saya perkataan komplot membawa konotasi yang negative dan untuk membolehkan komplot wujud mesti ada ‘team’ atau ‘pasukan’.

Sementara Dato’ Sri Azalina Othman Said ketika berada di Kaherah baru-baru ini juga turut memberi amaran bahawa “Berpasukan akan Menghancurkan Parti”.

Menegaskan kebimbangannya mengenai perkara ini, katanya kempen untuk tempat dalam jawatan tertinggi parti, menyebabkan wujud pasukan-pasukan.

“Sekarang ini ada diperkatakan mengenai wujudnya team A, B dan C dalam pemilihan dan perkembangan ini tidak sihat,” tegasnya.

Beliau menekankan mereka yang utarakan kononnya daripada pasukan tertentu dan disokong oleh pemimpin tertentu adalah individu yang ‘kosong’ dan hanya mementingkan diri untuk kepentingan peribadi.

Persoalannya, benar atau tidak wujud Team A, B dan C dalam pemilihan UMNO kali ini?

Setakat ini bakal Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak masih belum membuka mulut, siapakah yang beliau kehendaki untuk berada dalam pasukan baru pimpinannya. Mungkin juga Najib tidak mahu mengiyakan atau menidakkan seseorang calon, kerana bimbang ianya berlawanan dengan arus akar umbi Umno.

Ada yang berpendapat mungkin Najib akan menuruti saranan bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad supaya dihapuskan saki baki juak-juak Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno. Mungkin juga Najib perlu 'ignore' sahaja saranan Dr Mahathir kerana, dalam keadaan sekarang hampir 100 peratus bahagian, mencalonkan beliau sebagai presiden.

Semua orang Umno hendak jadi orang Najib sekarang. Sama ada dia orang Mahathir, atau orang Anwar Ibrahim, atau orang Abdullah, semua hendak dilihat 'attached' dengan Najib.”

Datuk Seri Najib Abdul Razak yang memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding, secara praktiknya sudah membentuk pasukan yang akan menguasai parti paling dominan di Malaysia pada masa hadapan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau akan berundur daripada kepimpinan UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pada Mac depan, Najib ditunjuknya sebagai orang yang bakal mengambil alih kepimpinan negara.

Yang jelas, apabila Najib ditonjolkan sebagai pengganti, sudah pastilah ‘semut-semut UMNO akan mengerumuni Najib’. Aliran seperti ini biasa dalam UMNO dan kalau tidak berlaku tak kanlah Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau dipingggirkan selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Kini apabila Najib ditonjolkan, akan ramailah menyokong Najib dan apakah ini boleh dianggap sebagai mereka yang mahu menyertai pasukan Najib?

Hakikatnya, tidak timbul sama sekali soal pasukan. Mungkin orang bercakap mengenai pasukan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit masa lalu pernah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:

“Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau (Najib) merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula.

Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.”

Tetapi apakah benar wujud kedudukan sedemikian?

Pokok pangkalnya, generasi baru kepimpinan dalam UMNO sedang muncul dengan Najib tentulah memerlukan barisan pemimpin dalam parti dan kerajaan yang berbakat, berkebolehan, setia, dapat dipercayai serta disenangi pengundi.

Yang nyata, ahli-ahli akar umbi di bahagian-bahagian UMNO tahu dan akan melakukan tanggungjawab mereka dengan bijaksana, untuk menyediakan kepada Najib satu kumpulan pemimpin UMNO yang dapat melonjakkan UMNO dan BN ke satu tahap baru yang lebih baik.

Lebih baik setiap calon adalah ‘calon bebas’ yang tidak mengaitkan ataupun dikaitkan dengan pemimpin tertentu. Cara ini akan membolehkan akar umbi memilih seseorang calon yang benar-benar berkaliber, bukan kerana dia orang itu atau orang ini.

Persoalannya benarkah wujud team dan kenapa orang UMNO sendiri terikut-ikut dengan cakap-cakap ‘pengadu domba’ dan juak-juak pemimpin tertentu yang ‘kecewa’ kerana sebab-sebab mereka ditolak dan sesetengahnya semakin ditolak oleh akar umbi dan ‘rumah (UMNO) pun sudah kata pergi’ untuk pemimpin-pemimpin sedemikian.

Dalam soal pemilihan ini kita jangan taksub terhadap seseorang dan sokonglah mereka yang jelas mampu memimpin dan menggembalikan maruah UMNO.

Sokongan bukan kerana faktor-faktor kenegerian tetapi mereka yang mampu memberi sumbangan untuk kekuatan UMNO, mengekalkan perpaduan bangsa dan negara selain visi memajukan Orang Melayu dan bukan-Melayu dalam UMNO dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Apa salahnya jika menyokong Najib kerana beliau sudah ditonjolkan sebagai pengganti yang terbaik ketika ini. Dan kerana menyokong Najib, janganlah pula mereka ini dicop sebagai ahli team Najib kerana bak kata Azalina sebagai pemimpin, kita mesti menyokong kepimpinan yang berkuasa pada hari ini.

Katanya beliau setia kepada Presiden seperti sebelum ini dengan Dr Mahathir dan Abdullah dan ‘apabila Najib dilantik sebagai presiden, “Saya juga akan setia kepadanya kerana dia pemimpin kita”.