Kepimpinan negara yang memerlukan intergriti bagi memberikan keyakinan kepada semua pihak terutamanya rakyat dinegara ini bahawa parti yang memerintah negara pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini masih lagi releven dan mampu kembali ke puncak kegemilangan sememangnya amat memerlukan `suara keramat’ semua pihak .
`Suara keramat’ yang dimaksudkan adalah suara yang menzahirkan sokongan padu, beralaskan keyakinan gitu tanpa ada keraguan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kerana, apa yang paling penting dalam suasana kekalutan politik negara sejak akhir-akhir ini, terutamanya ketika Perdana Menteri diuji dengan pelbagai tohmahan dan cerca yang secara tidak langsung mampu merudumkan maruah negara, Pak Lah sepatutnya mendapat `kata azimat’ daripada panglima-panglimanya.
Tetapi sayang seribu kali sayang, panglima-panglima yang diharap dapat menjadi pembela dan pembakar semangat untuk beliau berdiri teguh memimpin negara, lebih senang mengambil sikap berdiam diri, mengunci mulut sambil menyorokkan muka seolah-olah mereka tidak terlibat langsung dalam masalahan `pertikaian kreadibiliti kepimpinan’ yang dihadapi Pak Lah kini.
Memang tidak dinafikan, suara keramat sebagai menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah dapat kita dengar dan baca di dada akhbar dinegara ini, namun apa yang dikesalkan suara tersebut kebanyakkan hanya berlegar dibibir pemimpin-pemimpin UMNO sahaja dan jarang sekali kita dengar ia keluar dari mulut parti komponen Barisan Nasional yang lain.
Kenapa dan mengapa mereka (ahli-ahli parlimen parti komponen yang lain) mengambil sikap sedemikian. Mereka sahaja yang mempunyai jawapannya namun tindakan mereka yang seolah-olah berdiri atas pagar itu jelas sekali bertentangan dengan prinsip yang sepatutnya didokong bersama dalam Barisan Nasional.
Mereka juga harus sedar bahawa sebagai ahli parti yang setia dan diangkat oleh BN, tindakan mereka yang tidak mempunyai `ketetapan pendirian’ itu boleh disifatkan sebagai pengkhianat kerana, ia bertentangan dengan ikrar dan prinsip sebagai Ahli Parlimen yang setia tidak akan sesekali bertindak mengkhianati parti.
Tindakan mereka (kebanyakan ahli parlimen berbangsa Cina dan India) yang membisu tanpa menyatakan sokongan terhadap pucuk pimpinan terutama ketika BN diserang `parasit irihati’ seperti sekarang nyata keterlaluan kerana sebagai Ahli parlimen mereka dituntut untuk mengambil kira kaedah bagi kepentingan parti.
Sikap berdiri atas pagar seperti yang diamalkan oleh ramai dikalangan ahli parlimen bukan melayu kebelakangan ini juga dilihat mampu untuk menjadi dedalu yang hanya hidup menumpang diatas keringat dan perjuangan orang lain.
Untuk tidak dianggap dedalu atau parasit, mereka seharusnya menyatakan pendirian sokongan yang padu terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional, jika mereka benar-benar ikhlas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan kekuatan BN.
Sebagai psikologinya, kenyataan sokongan terhadap Perdana Menteri juga mampu memperlihatkan bahawa pemimpin dalam parti- parti dalam gabungan sentiasa bersatu hati dan situasi ini mampu memperlihatkan kekuatan sebenar parti dan secara tidak langsung akan melemahkan penyokong parti pembangkang dan tidak mudah diperolok-olokkan oleh mereka.
Oleh itu, pemimpin-pemimpin terutamanya ahli parlimen yang berada dibawah bumbung Barisan Nasional dituntut menyatakan pendirian dan sokongan mereka terhadap pucuk pimpinan Negara dengan seberapa segera.
Harapannya, setidak-tidaknya kenyataan sokongan itu mampu dijadikan rangsangan terhadap Datuk Seri Abdullah ke arah merialisasikan impian beliau untuk mengembalikan kejaguhan Barisan Nasional yang kebelakangan ini dilihat agak longgar, sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat dan releven untuk semua.
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment