Tuesday, January 27, 2009

Azalina diyakini mampu galas tugas Naib Ketua Wanita


Memang tidak salah lagi dakwaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said yang ada usaha-usaha untuk menyekat beliau daripada bersama Wanita sebelum ini.

Meskipun ramai yang menafi dan tidak kurang juga yang mempersendakan dakwaan bekas ketua Puteri itu, namun masa yang berlalu dilihat semakin memihak kepada Ketua Umno Pengerang itu dan sekaligus bakal membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.

Dan, dari perkembangan terbaru menyatakan bahawa Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga Ketua Bahagian Pengerang itu kini mampu memperolehi pencalonan yang cukup untuk melayakkan beliau bertanding jawatan nombor dua pergerakan Wanita Umno, Mac depan.

Azalina dikatakan mendapat pencalonan yang mencukupi daripada lima bahagian wanita yang diarah untuk mengadakan mesyuarat semula. Azalina yang juga bekas ketua Puteri Umno, setakat ini berada di belakang exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim dan naib ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat, yang turut mendapat cukup pencalonan untuk mencabar ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz, tidak berminat untuk mempertahankan jawatan Naib Ketua Wanita yang disandangnya sekarang.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan Datuk Kamilia yang mendapat lebih pencalonan dan sejak awal-awal lagi sudah melayakkan diri untuk bertanding ke jawatan tersebut, namun banyak pihak meramalkan jawatan Naib Ketua Wanita yang akan dipertandingkan pada bulan Mac ini bakal dipikul oleh Azalina.

Keyakinan banyak pihak itu bersandarkan kemampuan Azalina sebelum ini. Selain dilihat sebagai pemimpin pelapis yang kreatif dan bermotivasi, kemampuan beliau menggarap tugas yang diberikan sebagai Ketua Puteri Umno sedikit masa lalu sememangnya membanggakan banyak pihak.

Keupayaan beliau memimpin Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 2004 hingga 2007 hingga meletakan kementerian tersebut ke satu tahap yang terbaik adalah bukti kukuh keupayaan sebenar Azalina sebagai pemimpin dan ini tidak dapat dinafikan sesiapa.

Kecemerlangan industri pelancongan negara sejak kebelangan ini juga adalah atas usaha Azalina, atas kemampuan beliau sebagai pemimpin dan juga menterinya. Dalam keadaan krisis ekonomi dunia seperti sekarang,Azalina tetap masih mampu menggamit peningkatan kedatangan pelancong ke negara ini...

Hampir semua produk pelancongan yang diperkenalkan oleh beliau telah mencipta kenyaaan dan semuanya itu sudah semestinya bertitik tolak dari sentuhan kreatifnya yang berpaksikan keikhlasan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Kemampuan beliau memimpin UMNO Bahagian Pengerang juga menjadi bukti bahawa calon Naib Ketua Wanita ini sememangnya seorang pemimpin amat berpotensi dan paling layak untuk memikul tugas sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Monday, January 19, 2009

Kuasa Melayu akan hilang...Bangsa Melayu perlu bersatu

Bagi saya, perasaan desperate atau tertekan, melalui konsep hostile environment ini bukan hanya perlu di dalam parti UMNO sahaja tetapi mesti diterima-pakai di dalam setiap jiwa bangsa Melayu, tidak kira perbezaan sosio-ekonomi ataupun ideologi politik, malah ianya perlu di tanam sejak dari kecil lagi

Anjakan Paradigma.( Paradigm shift) ini sangat perlu bagi bangsa Melayu zaman ini lebih-lebih lagi untuk mengharungi arus perubahan orde baru dunia sekarang, yang begitu samar-samar kefahaman kita tentangnya tetapi nyata kehadiran dan kesan-kesan buruk yang bakal mencabar ketuanan bangsa Melayu di bumi sendiri.

Anjakan Paradigma atau Paradigm Shift sebagai suatu perubahan radikal melibatkan reconceptualization cara pemikiran individu-individu yang bernaung di bawah sesuatu organisasi.

Organisasi yang memperjuangkan Anjakan Paradigma dan re-engineering strategi-strategi, telah meraih pencapaian yang luar biasa dan kenaikan order-of-magnitude ke atas pulangan pelaburan dan produktiviti.

Anjakan Paradigma (Paradigm Shift) ini merupakan perubahan yang komprehensif yang membawa pulangan amat besar sekiranya berjaya dan dilaksanakan secara berterusan.

Bagaimanapun pendukungan konsep Anjakan Paradigma, di dalam konteks perbincangan kita tentang perubahan mentaliti bangsa Melayu yang berlandaskan Hostile Environment ini, sukar dicapai kerana memerlukan 100 % komitmen seluruh bangsa Melayu.

Ianya melibatkan perubahan minda bangsa Melayu yang ekstensif dan berterusan, di mana ianya sangat kompleks untuk diorkestera, diawasi dan diuruskan agar sejajar dengan matlamat asas bangsa Melayu.

Kemajuan Anjakan Paradigma bangsa Melayu ini bukan sahaja memerlukan suatu sistem pengurusan yang telus, efesien dan efektif tetapi memerlukan suatu perisai kukuh dan kebal untuk menepis ancaman negatif dalaman dan luaran yang boleh menjejaskan pemfokusan bangsa Melayu dari tersasar daripada landasan matlamat perjuangan bangsa Melayu itu.

Sejarah telah membuktikan bahawa parti UMNO dan bangsa Melayu keseluruhannya mempunyai konsep perjuangan hanya bila terdesak dan ditekan.

Perjuangan bangsa Melayu hanya bersemangat, signifikan dan bersungguh-sungguh apabila telah berlaku peristiwa-peristiwa hitam di mana ketuanan dan kerelevanan kekuatan politik bangsa Melayu dicabar oleh ancaman-ancaman luaran atau dalaman.

Ianya seperti peribahasa ‘sudah terhantuk baru tergadah’. Malah api dan kepanasan semangat perjuangan bangsa Melayu tidak kekal berterusan dibakar dengan marak.

Apabila pihak penjajah menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946, bangsa Melayu ketika itu baru tersedar dan tersentak kuat menyedari bahawa hak-hak ketuanan mereka telah dipermain dan dilucutkan dari menjadi pakaian harian yang menyelubungi jiwa dan raga mereka selama ini.

Ketika itu pemimpin-pemimpin dan bangsa Melayu mempunyai pelbagai pilihan, contohnya, pemimpin-pemimpin bangsa Melayu ketika itu mungkin boleh memilih untuk hidup senang jika menutup mata dari melihat rintihan bangsanya dan menjadi tali barut penjajah durjana itu.

Pemimpin-pemimpin Melayu ketika tidak tamak kuasa dan harta. Berlandaskan perjuangan terdesak ini, jiwa mereka hanya bermatlamatkan kepada satu, iaitu untuk menyatukan suara dan kekuatan, disamping mempertahankan hak-hak bangsa Melayu.

Walaupun berlakunya perpecahan melalui semangat kenegerian yang tebal, pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai pertubuhan ketika itu sanggup melupakan kepentingan sesebuah kelompok, melepaskan jawatan masing-masing dan bersatu padu berprinsipkan kepentingan sejagat untuk menyegerakan perlaksanaan merealisasikan kesatuan suara politik mereka.

Melalui konsep pemerintahan rakyat untuk rakyat ini, keinsafan penyatuan dan kekuatan politik UMNO dan bangsa Melayu inilah yang menyebabkan penjajah durjana itu kalah di dalam permainan mereka sendiri.

Bangsa Melayu ketika itu adalah merupakan salah sebuah bangsa yang terelit dan eksklusif di dalam dunia ini, yang berjaya menepis pengaruh penjajah dan memerdekakan negara sendiri melalui kepintaran, kebijaksanaan dan kesatuan suara yang padu, bersama-sama keharmonian dan sifat faham-memahami kaum-kaum majmuk lain di Malaysia.

Apabila Malaya merdeka, sekali lagi tempo perjuangan UMNO dan bangsa Melayu malap. Kali ini adalah kerana pihak perikatan yang diterajui oleh UMNO sedang mencari-cari satu sistem terbaik di dalam pengurusan negara yang berbilang kaum itu.

Hanya selepas ledakan peristiwa hitam tahun 1969, UMNO dan bangsa Melayu kembali berjuang dengan lebih signifikan. Perjuangan terdesak kali ini ialah untuk memastikan bangsa Melayu tidak merempat di bumi sendiri.

UMNO berjaya hasil kekuatan politiknya, disamping permuafakatan rakan-rakan parti politik lain.

Bagaimanapun, seperti senario sejarah politik Melayu yang lepas, tempo dan rentak kesatuan dan perjuangan bangsa Melayu kembali reda. Kali ini ianya malap disebabkan beberapa faktor. Tetapi yang jelas ialah kerana Dasar Ekonomi Baru.

DEB telah berjaya menyediakan satu platfom kukuh membolehkan perlaksanaan Anjakan Paradigma melalui perubahan konsepsualisasi budaya mentaliti lama bangsa Melayu kepada masyarakat yang bersaing maju dan moden.

Tetapi di masa perlaksanaan DEB itu, budaya-budaya negatif turut menular di dalam nilai-nilai diri sebahagian pemimpin Melayu dan bangsa Melayu.

Ini terbukti apabila berlaku penularan budaya negatif seperti tamak kuasa dan harta, egocentrisme, fanaticisme dan idolisasi yang semakin tebal dan dianggap neraca terpenting di dalam menentukan arus politik bangsa Melayu sekarang ini.

Akibatnya, politik bangsa Melayu telah kehilangan kompas perjuangan yang dahulunya bersifat kolektif dan mementingkan Melayu sejagat.

Begitu juga dengan hampir hilangnya nilai-nilai mulia jati diri atau budaya kampung di dalam politik orang Melayu seperti ikhlas, bertolak ansur, tolong-menolong, bermuzakarah, rendah diri, keakraban semulajadi pemimpin dengan rakyat dan sesama rakyat maka itulah berlakunya pemfokusan semangat perjuangan politik Melayu sekarang yang bersifat kepentingan sesebuah kelompok, fanatik, sempit dan mengidolisasikan individu.

Rentetan sejarah hitam politik Melayu telah membuktikan segalanya. Tahun 1977 berlaku penarikan PAS di dalam kerajaan yang memerintah. Ianya berbau budaya egocentrisme dan fanaticisme.

Tahun 1988 yang menyaksikan pembubaran parti UMNO sekali lagi telah menyentak pemimpin-pemimpin UMNO dan bangsa Melayu. Penekanan perjuangan kali ini amat terdesak dan sangat perlu disegerakan memandangkan sebahagian besar bangsa Melayu sudah kehilangan wakil dan suara politik di dalam kerajaan yang memerintah ketika itu. Peristiwa hitam 1988 ini adalah disebabkan oleh budaya egocentrisme dan tamak kuasa.

Manakala tahun 1999, bertambah perit senario politik bangsa Melayu apabila timbul pula parti yang mempunyai budaya politik idolisasi yang berjaya mencurah lebih banyak garam ke atas luka politik bangsa Melayu yang telah pun parah.

Parti pembangkang Melayu lain yang bersifat fanaticisme dan egocentrisme pula semakin jauh dan bersemangat untuk meleraikan ikatan persaudaraan semulajadi sesama Melayu.

Tetapi, rentetan peristiwa hitam yang telah melanda politik bangsa Melayu itu, tidak terasa begitu berbisa dan bahaya untuk menyemarakkan kembali api perjuangan bangsa Melayu keseluruhannya.

Ini tidak terasa desperate atau mengalami desakan sekuat perjuangan UMNO dan bangsa Melayu tahun 1946 di mana mentaliti perjuangan mereka di tahun 1946 adalah hanya satu, iaitu menyatukan pelbagai suara kenegerian dan kekuatan politik ketika itu, kepada hanya satu saluran terkuat agar penjajah membuka mata dan menerima pandangan mereka.

Jika dibandingkan dengan senario politik sekarang, perasaan terdesak atau desperate itu tidak terasa. Ini adalah kerana, di dalam keadaan sekarangpun, bila tiada perjuangan terdesak dan di mana begitu jelas berlaku perpecahan bangsa Melayu dan politiknya, bangsa Melayu masih boleh bekerja, dan menunaikan kewajipan sebagai orang Islam, walaupun sebenarnya akan berlaku suatu bentuk penjajahan baru di dunia ini.

Semua bangsa Melayu, tidak kira menyokong UMNO atau menyokong pembangkang, tahu bahawa mereka masih mempunyai parti UMNO untuk mempertahankan hak-hak istimewa bangsa Melayu di dalam kerajaan hari ini.

Oleh sebab itulah, rancangan-rancangan mulia untuk menyatukan kembali suara dan kekuatan politik bangsa Melayu sekarang seperti muzakarah di antara parti-parti bangsa Melayu, masih tinggal niat sahaja, tanpa tindakan susulan yang bersungguh-sungguh. Ianya kerana tidak ada terlihat peristiwa atau kuasa pendesak dan berbisa yang boleh memaksa penyegeraan kompromi dan tolak ansur sesama Melayu.

Hanya 42 tahun (1946 hingga 1988) di perlukan untuk berlakunya perpecahan bersejarah di dalam UMNO dan bangsa Melayu, manakala hanya 11 tahun (1988 hingga 1999) di perlukan untuk berlakunya perpecahan signifikan suara dan kekuatan politik bangsa Melayu. Apakah ada masanya nanti, akan berlaku perpecahan total politik bangsa Melayu yang menjerumuskan kita kepada kekuatan politik yang tidak lagi signifikan di dalam kerajaan untuk mempertahankan hak-hak istimewa, ketuanan dan survival bangsa Melayu?

Apakah bangsa Melayu perlu ‘sudah terhantuk baru tengadah’, barulah berusaha mendesakkan diri untuk menyemarak dan menyegerakan perjuangan asal dulu yang bersifat kolektif dan sejagat? Apakah perlu wujud lagi peristiwa hitam atau satu jenis penjajahan baru yang boleh mengugat ketuanan bangsa Melayu, barulah bangsa Melayu berusaha bersungguh-sungguh untuk bertolak-ansur dan bekerjasama sesama sendiri?

Yang pastinya, penjajahan baru di dalam bentuk penjajahan ekonomi ini akan pasti diwartakan. Sebenarnya, penglobalisasian ini adalah satu sistem unik yang merupakan arena survival of the fittest.

Hanya bangsa yang terkuat dan cukup bersedia sahaja akan berjaya menyambung kerelevanan bangsa mereka di masa hadapan. Bangsa Melayu mungkin goyah dan tidak bersedia kerana ekonominya tidak kukuh, manakala politiknya masih lagi porak peranda.

Jika benar berlakunya penglobalisasian di masa yang terdekat ini, bangsa Melayu mungkin akan terjerumus kembali seperti zaman penubuhan Malayan Union 1946 dulu. Tetapi kali ini, usaha penyatuan dan perjuangan bangsa Melayu mungkin sia-sia.

Ini adalah kerana penjajah-penjajah baru ini telah mengambil iktibar dari sejarah silam dan akan memastikan ‘pisang tidak berbuah 2 kali’. Tatkala itu, rintihan bangsa Melayu tidak akan didengar oleh bangsa-bangsa lain yang mana mereka sendiri sibuk mempertahankan diri sendiri.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah politik bangsa Melayu dan pelbagai senario perkembangan dunia yang bakal ditempuhi nanti, sebenarnya landasan perjuangan setiap orang Melayu sekarang ini hanyalah SATU, iaitu perjuangan untuk kembali bersatu hati dan suara.

Perbezaan ideologi politik perlu diketepikan demi melengkapkan kriteria berhasilnya Anjakan Paradigma bangsa Melayu yang diimpikan. Perjuangan menegakkan agama Islam pula bukan hak eksklusif mana-mana parti Melayu.

Malah perjuangan Islam adalah kewajipan dan jihad setiap orang Islam di setiap detik kehidupan mereka Orang Melayu tahu bahawa kesenangan, kemewahan dan ketahanan bangsa adalah terletak kepada politiknya.

Kemajuan-kemajuan bangsa seperti ilmu, harta benda, k-ekonomi dan sebagainya merupakan hasil-hasil daripada kekuatan tersebut dan tertakluk kepada berjayanya perlaksanaan kekuatan suara politik itu.

Hanya melalui kekuatan dan kesatuan Melayu sahaja, pemfokusan bangsa Melayu sekarang dapat diperbetulkan dan disalurkan sepenuhnya kepada menyegerakan usaha-usaha membentuk bangsa Melayu berdaya saing, kuat samada ekonomi, persaudaraan dan politiknya.

Kita mesti sedar bahawa bangsa-bangsa lain di dunia sedang sibuk memperlengkap dan memperkuatkan bangsa mereka agar dapat mempertahankan kerelevanan kewujudan bangsa mereka di dunia tanpa sempadan nanti.

Kita juga boleh mengambil iktibar suasana politik kaum-kaum majmuk di Malaysia ini. Bangsa Cina mempunyai parti terbesar iaitu MCA dan Gerakan di dalam kerajaan. Walau bagaimana bergolak pun suasana parti dan berlakunya penarikan pemimpin-pemimpin dari satu parti, pergerakan ahli-ahlinya masih di dalam parti yang berada di dalam kerajaan.

Bangsa India pula di wakili oleh MIC yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang begitu signifikan di dalam kaumnya. PPIP turut menguatkan lagi politik bangsa India di dalam kerajaan.

Bangsa Melayu pula mempunyai 3 kumpulan parti yang signifikan iaitu UMNO, PAS dan Keadilan. Masaalahnya ialah mereka tidak duduk sebumbung. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan suara dan kuasa politik bangsa Melayu yang signifikan.

Sebab itulah bangsa Melayu perlu menyegerakan penyatuan agar tidak akan berlaku lagi igauan peristiwa-peristiwa hitam di dalam perjalanan bangsa Melayu Penglobalisasian di dalam menyediakan dunia tanpa sempadan, biarlah bermula dengan penglobalisasian di dalam bangsa Melayu itu sendiri, dalam ertikata menyediakan bangsa Melayu yang satu, yang tidak dipisahkan lagi oleh perbezaan ideologi politik dan yang berjaya mengikis segala budaya-budaya negatif

Kesimpulannya, di dalam rakyat melaung-laungkan semangat hormat-menghormati, bersatu padu dan harmoni sesama kaum majmuk di Malaysia ini, seluruh bangsa Melayu perlulah dulu menanam dan mempraktikkan semangat mulia ini sesama sendiri.

Barulah terasa kekuatan dan kerelevanan kewujudan bangsa Melayu itu. Anjakan Paradigma perjuangan bangsa Melayu perlu berubah. Perjuangan bangsa Melayu sekarang perlu proaktif dan tidak lagi bertindak dengan signifikan hanya selepas berlaku sesuatu peristiwa hitam.

Wednesday, December 3, 2008

PAS SEBENARNYA DAH MABUK DALAM PR!!!

Oleh:Cybercop

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.

Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu.

Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri.

Lihat sahaja isu babi Selangor dan Kedah, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya. Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tetang isu arak ini.

Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semu haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan. Jadi apa sudah jadi sekarang, PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini.

Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam.

Rakyat dah sokong, tapi kilang arak tetap buka... Apa Cerrrr!!! PR dan DAP ludah ke langit, Jatuh 'keceplet' atas muka PAS. Hahaha

Apa PAS telah lembik dalam pertarungan mereka dalam PR, mana perginya pahlawan-pahlawan Pas yang selama ini tidak ubah seperti jaguan..Mana perginya Dr. Hatta Ramli, mana perginya Mahfuz Omar, Mana perginya tukan karut mereka iaitu Mat Sabu dan mana-mana yang lain lagi...?

Atau mereka diperkosa Anwar atau mereka dah jadi boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut. Jika sekalipun PAS tidak rasa bersalah atas tindakan mereka, sekurang-kurangnya malulah sikit pada penyokong mereka yang selama ini menyangka menyokong singa tetapi rupa-rupanya menyokong parti yang telah dicucuk hidungnya!

Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang program yang yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah pun lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

Namun Islam yang PAS amalkan dahulu dan sekarang dah banyak berubah. Islam sekarang lebih menjurus kepada menghalalkan sesuatu yang haram jika ia mendapat mandat dari kepala PR mereka.

Jika dahulu semuanya haram, sekarang ada pula yang halal. Corak Islam Hadhari masih lagi mengekalkan peradaban dalam Islam. Tiada beza pun, jadi kenapa nak ditolak pulak! Bab babi dan arak tak nak tolak pulak! Dalam Islam tiada langsung hadis yang menghalalkan benda yang haram, cuma PAS dalam PR sahaja yang pelik!

Friday, November 21, 2008

Shahrizat akhirnya sanggah Rafidah

Seperti yang dijangkakan, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya mengumumkan untuk merebut jawatan nombor satu pergerakan itu biarpun bakal berdepan penyandang Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan parti Mac depan.

Pengumuman Shahrizat semalam sememangnya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak termasuk para pemerhati politik dan juga calon Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan sekaligus memberikan laluan mudah kepada beliau yang awal-awal lagi menegaskan untuk bertanding tanpa mengikuti pelan peralihan pada Jun tahun depan.

Dengan pengumuman Sharizat ini bermakna anggota Exco Wanita pusat, Datuk Kamilia Ibrahim sudahpun memenangi jawatan Naib Ketua Wanita, tanpa bertanding setelah beberapa nama yang turut dicalonkan ke jawatan tersebut tidak melepasi kelayakan pencalonan.

Berbalik kepada pengumuman Shahrizat, kenyataan dua perenggan semalam (hari Khamis) beliau turut menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan jelas sekali memperlihatkan tujuan sebenar Naib Ketua Wanita itu.

Jika diperhalusi, kenyataan yang dibuat oleh Shahrizat itu boleh tafsirkan yang membawa maksud beliau bersedia untuk 'bertarung' biar pun beliau terpaksa berhadapan cabaran yang besar dan memungkinkan dia terus kempunan jawatan dalam pergerakan tersebut.

Shahrizat mungkin sudah menyedari hakikat ini namun keputusan ini tetap diambil setelah merasakan dia perlu menyahut seruan akar umbi yang mahukan perubahan dalam kepimpinan pergerakan itu.

Shahrizat kena kuat dan berani bertanding dengan harapan menang dan percaya dalam diam, ada juga bahagian yang pasti akan menerimanya terutamanya dari mereka yang mempersoalkan tempoh peralihankuasa dalam masa tiga bulan lagi itu tidak releven.

Beliau juga tidak perlu takut dalam menghadapi persoalan tentang perpecahan dalam pergerakan itu kerana Perpecahan tidak akan berlaku seandainya ia bijak ditangani. Lagipun, semua itu bergantung juga kepada budi bicara Rafidah.

Jika beliau (Rafidah) tetap bertanding, risiko perpecahan mungkin tetap ada,tetapi itulah yang perlu ditangani oleh Shahrizat.

Dia tidak boleh menyalahkan Rafidah seorang sahaja dalam hal ini sebab sebelum ni dia telah bersetuju dengan plan tersebut. Alih-alih dua yang menongkah arus dan sanggup berdepan dengan segala kemungkinan semata-mata untuk jawatan nombor satu dalam pergerakan wanita itu.

Ada juga pendapat yang menyatakan, jalan terbaik bagi mengekalkan perpaduan dalam pergerakan itu ialah Rafidah mengundurkan diri secara sukarela bagaimanapun Rafidah setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan dan berjanji akan membuat kenyataan esok.

Jumlah pencalonan yang dibuat pada persidangan Bahagian Wanita Umno baru-baru ini bukanlah suara sebenar sokongan yang mewakili mana-mana pihak kerana pengukur sebenar adalah pada pemilihan pada bulan Mac nanti.

Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73 dan secara automatiknya, beliau itu memberikan laluan kepada Kamilia menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno.

Mengikut pelan peralihan kuasa yang diputuskan Keputusan yang dibuat Shahrizat itu berkemungkinan diambil menerusi 'calculated decision' iaitu dengan mengambil kira kebarangkalian menang apabila bertanding nanti walaupun bukan mudah kerana ia perlu mengambil kira persekitaran pada masa kini termasuklah sokongan akar umbi.

Sokongan Wanita Umno Perak semalam yang menyebelahi Shahrizat juga mungkin salah satu kriteria yang diambil bagi Shahrizat membuat keputusan seperti itu.Keputusan Wanita Perak itu adalah penting berdasarkan sentimen bahawa Rafidah, yang merupakan anggota Parlimen Kuala Kangsar, berasal dari Perak.

Ia juga secara tidak langsung menambahkan keyakinan yang peluang beliau (Shahrizat) menang adalah tinggi kerana semua faktor semasa kini dilihat dan dirasakan menyebelahi beliau.

Keputusan Shahrizat itu, maka pelan peralihan kuasa yang dipersetujui Exco Wanita Umno sebelum ini berakhir begitu sahaja.

pada mesyuarat Exco Wanita Umno pada Ogos lepas, jawatan ketua dan naib ketua pergerakan itu tidak dipertandingkan, dengan Rafidah kekal sebagai ketua dan Shahrizat sebagai naib ketua dan Rafidah akan menyerahkan jawatan nombor satu pergerakan itu kepada Shahrizat pada bulan Jun tahun hadapan.

Minggu lepas Exco pergerakan itu turut mengekalkan keputusan untuk meneruskan pelan peralihan itu.

Wednesday, November 19, 2008

Lim Kit Siang si Jalang politik yang bijak bermain sentimen

Apa yang mahu dicari Lim Kit Siang sebenarnya? Itulah antara persoalan yang sering bertelingkah dalam benak fikir ini apabila mengenangkan perangai dan perwatakan Ahli Parlimen Ipoh dari DAP ini, yang tidak habis-habis cuba mencipta kontroversi.

Sampaikan, isu yang kecil dan boleh dianggap remeh temeh serta masih belum pasti akan kebenarannya lagi, sanggup diperbesarkannya hingga kelihatan seolah-olah ia sesuatu yang serius dan mampu mengancam hak-hak rakyat.

Dalam isu Pempena sebagai contohnya, beberapa hari lalu Lim Kit Siang menerusi blognya pernah mempertikaikan mengapa Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said gagal membentangan laporan keputusan siasatan PriceWaterhouse di Parlimen sepertimana yang dijanjikannya.

Selain mempertikaikan kreadibiliti Azalina, dalam tulisannya itu juga turut diselitkan juga beberapa laporan tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai berbentuk fitnah yang pernah disiarkan oleh salah sebuah akhbar berbahasa Inggeris sedikit masa lalu,dengan tujuan tidak lain tidak bukan untuk memberikan gambaran buruk kepada imej menteri pelancongan itu.

Berikutan tuduhan tersebuti, Azalina sendiri telah tampil membuat kenyataan balas mengenai isu tersebut dan menegaskan yang beliau tidak pernah mungkir janji dalam hal tersebut. Malah, beliau telahpun mengarahkan wakilnya untuk menyerahkan laporan tersebut ke parlimen sepertimana tarikh dan masa yang dijanjikan sebelum itu.

Menurut Azalina, dia terpaksa mengamanahkan laporan tersebut kepada wakilnya untuk diserahkan kepada Parlimen adalah kerana pada tarikh dan masa yang dijanjikan itu, beliau tidak dapat hadir ke Parlimen disebabkan berada diluar negara atas urusan rasmi kerajaan.

Dalam kenyataannya sepertimana yang disiarkan dalam beberapa blog tempatan termasuk www.getusanminda.blogspot.com itu, Azalina juga turut melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan bahawa laporan yang sepatutnya dibentangkan itu masih gagal mendapat tempat di sidang Parlimen.

Pada sesetenggah pihak, dengan jawapan dari Menteri Pelancongan itu bermakna isu berkaitan dengan ketidak hadiran dan kegagalan beliau melunaskan janjinya untuk membentangkan Laporan keputusan siasatan Audit Dalaman (PriceWaterhouse) itu sudahpun selesai.

Tetapi, perkara ini tidak kepada Ahli Parlimen pembangkang itu. Apabila semalam (18 November), sekali lagi beliau tampil membuat kenyataan akhbar mengenai isu yang sama dan turut menegaskan akan membuat laporan polis berkaitan isu tersebut.

Selain memuatkan hasratnya itu ke dalam blognya, kenyataan akbar Lim Kit Siang itu juga turut dilaporkan oleh akhbar akhbar The Sun bertarikh 19 November, iaitu pada hari ini.

Jika diperhalusi, tiada apa istimewanya isu yang cuba dipertikaikan dalam laporan tersebut, selain hanya sekadar mengulangi dakwaanya sebelum ini. Beliau juga turut mempersoalkan kos yang pernah dibelanjakan oleh Pempena dan juga memberikan gambaran seolah-olah Azalina tidak ambil bertanggungjawab untuk menanganinya.

Yang menjadi persoalannya disini, dinamakah relevennya dakwaan Lim Kit Siang itu dan apa asas kukuh hingga memaksa beliau bertindak membuat laporan polis tersebut?

Andai dia (Lim Kit Siang), sebagai sindiran kepada Azalina kerana merasakan Menteri Pelancongan itu tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku dalam Pempena, dan merasakan hanya dia seorang sahaja `hero penyelamat’ dalam kes ini, ternyata tanggapan Lim Kit Siang itu jauh tersasar .

Kalau betul Azalina tidak ambil serius untuk menangangi masaalah dalam Pempena , mustahil akan bertindak mengarahkan dan memberikan ruang seluas-luasnya kepada PriceWaterhouse untuk menyiasat kes ini.

Tetapi sebenar adalah sebaliknya, kerana Azalina adalah insan yang dilihat bertanggungjawab dalam membongkar isu ini disamping turut mengarahkan agar siasatan terperinchi dilakukan oleh audit dalaman terhadap syarikat tersebut.

Malah, beliau juga turut berjanji akan menyerahkannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) seandainya terbukti ada penyelewengan.

Melihatkan situasi ini, sudah cukup membuktikan bahawa Menteri Pelancongan itu sememangnya cukup serius dalam menangani isu skandal Pempena tersebut dan sekaligus menjadi penyangkal kepada dakwaan Lim Kit Siang selama ini.

Dari dakwaan yang kebanyakannya jauh dari kebenaran itu dan dicampurkan pula dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas, jelas sekali memperlihatkan tujuan sebenar Lim Kit Siang memperbesarkan isu ini.

Laporan polis yang dibuat oleh Lim Kit Siang juga dilihat sebagai salah satu untuk memberikan gambaran buruk dengan niat yang terselindung kepada kepada Azalina khususnya kerajaan Barisan Nasional.

Malah, tindakannya (buat laporan polis dan sidang akhbar) tidak lebih hanyalah untuk mencari publisiti murahan. Bukan itu sahaja, malah beliau juga berharapan agar dilihat sebagai seorang wira yang sentiasa menjadi pembela kepada kepentingan rakyat.

Sedangkan pada hakikatnya, umum mengetahui bahawa bekas ketua pembangkang ini seorang pelakon yang bijak menangguk di air yang keruh. Petualang negara yang bertepengkang watak pahlawan terkemuka semata-mata agenda politik peribadinya sahaja.

Sunday, November 16, 2008

Isu Pampena -Lim Kit Siang Nyata Yang Rakus



Tulisan Ahli Parlimen Ipoh, Lim Kit Siang yang berjudul ` Azalina - honour your promise and table in Parliament PriceWaterhouse report on Pempena scandals’seperti yang dimuatkan dalam laman webnya baru-baru ini jelas sekali memperlihatkan sikap dan agenda sebenar Ahli Parlimen dari parti DAP itu.

Isu yang cuba ditimbulkan oleh beliau berkaitan kegagalan Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said melunaskan janji untuk membentangkan laporan siasatan `PriceWaterhouse’ berkaitan dengan skandal dalam Pempena baru-baru jelas tidak berasas.

Bukan itu sahaja, malah persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Ahli Parlimen dari parti DAP terutamanya menerusi isu tersebut, tidak lebih hanyalah sebagai satu usaha untuk memberikan gambaran buruk dengan niat yang terselindung kepada barisan Ahli Parlimen dari parti pemerintah khususnya kepada Menteri Pelancongan tersebut.

Lim Kit Siang menerusi laman webnya itu turut mempersoalkan kenapa Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said, gagal menunaikan janjinya untuk mengemukakan keputusan laporan siasatan yang jalankan itu di Parlimen seperti yang dijanjikan oleh beliau sebelum itu.

Malah, tindakannya yang memetik laporan tanpa asas dari salah sebuah akhbar berbahasa inggeris baru-baru ini juga dilihat sebagai satu cubaan untuk memburukkan imej bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu.

Dalam tulisannya yang bertarikh 2 November itu, beliau jelas sekali cuba memberikan gambaran seolah-olah Azalina merupakan seorang menteri yang tidak bertanggungjawab. Menteri yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak betah untuk menunaikan,disamping pelbagai tuduhan yang menjengkelkan lagi.

Walaupun agak jelik, namun sekali pandang dan jika tidak diperhalusi kenyataan itu nampak ada benarnya. Apatah lagi, pada tarikh dan masa yang dijanjikan tersebut, Azalina sememangnya tidak hadir pada persidangan parlimen tersebut dan kertas laporan siasatan seperti yang dijanjikannya juga tidak dibentangkan.

Tetapi, soal ketidak hadiran Menteri Pelancongan ketika itu bukanlah satu persoalan yang besar kerana yang pentingnya dalam isu ini ialah Azalina sebenarnya tidak pernah berbohong mengenai perkara tersebut.

Pada hakikatnya beliau sudahpun menunaikan janjinya itu dan ia disahkan sendiri oleh Azalina ketika dihubungi baru-baru ini. Beliau juga nyata terkejut dengan perkembangan tersebut serta kesal dengan tuduhan yang dilempar oleh bekas ketua pembangkang, yang kini sedang melukut dalam Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Katanya, walaupun tidak hadir ke Parlimen pada tarikh dan masa yang telah dijanjikan tersebut kerana berada diluar negara bagi mengikuti program Kementerian yang lebih penting dan tidak boleh dielakkan, namun beliau telah mengarahkan wakilnya untuk menghantar kertas keputusan laporan siasatan tersebut ke pihak yang bertanggungjawab.

Cuma entah dimana silapnya, laporan yang sepatutnya dihantar kepada pihak Parlimen dan sepatutnya dibentangkan pada tarikh yang dijanjikan itu, gagal menjadi `halwa telinga’ ahli parlimen semua khususnya, barisan ahli parlimen pembangkang.

Dalam isu ini, sebagai pemimpin yang pernah memengang `title’ Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Beliau juga perlu menyiasat dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Ini kerana, jika silap perhitungan sepertimana yang berlaku kepada isu Azalina ini, sudah pasti rakyat bukan sahaja hilang kenyakinan kepada pakatan pembangkang, malah mereka akan beranggapan bahawa semua ahli parlimen dari parti pembangkang tidak pernah ikhlas untuk membantu rakyat dan negara sebaliknya, mereka hanya tahu mengkritik sahaja.

Mereka (pembangkang) hanya tahu mencari silap pihak lain terutamanya dari parti kerajaan sahaja tetapi, tidak pernah langsung sekalipun turut berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi tersebut.

Contohnya dalam isu Pempena tersebut, apa yang mampu dilakukan oleh Lim Kit Siang dan apa kepentingannya dengan laporan tersebut kepada beliau, selain hanya untuk dijadikan senjata bagi memburukan pihak kerajaan semata-mata?

Ini kerana dalam isu ini, langkah pembaikannya kini sudahpun dilakukan oleh Azalina. Kalau tidak masakan Azalina sendiri yang mengarah `PriceWaterhouse’ untuk menyiasat syarikat tersebut dan jika terbukti terdapat penyelewengan, beliau pernah berjanji akan menyerahkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah.

Monday, November 10, 2008

JANGAN CETUS API PERKAUMAN..HORMATILAH PERLEMBAGAAN NEGARA

Oleh: Cybercop

Sejak akhir-akhir ini, hati nurani saya menjadi semakin bimbang dan gusar dengan tingkah laku kalangan para pemimpin politik tempatan - baik di pihak pembangkang mahupun parti pemerintah Barisan Nasional - yang semakin cabul lagi galak bermain api perkauman dengan sewenang-wenangnya mengungkit isu-isu yang menyentuh sensitiviti sectarian.

Kebanyakan mereka berpendidikan tinggi ini nampaknya mula bersikap terburu nafsu dan langsung tidak mengambil kira keperluan untuk meluhurkan Perlembagaan Negara. Tampaknya anak mereka di dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama ini dah mula hilang pedoman.

Agaknya inilah apa yang diumpama oleh nenek moyang kita sebagai "Kadok dah naik junjung" atau "Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

Itulah sebabnya selama ini saya asyik konsisten menyuarakan pandangan yang semata-mata ingin mengingatkan anak cucu tentang racun berbahaya fahaman neo-liberalisme yang cuba ditanam oleh kalangan anasir subversif asing.

Dengan perasaan hambar lagi kecewa atas fi'il tak semenggah anak cucu mutakhir ini, berikut disiarkan kenyataan rasmi mengenai apa yang dikatakan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai. Kenyataan yang dikeluarkan semalam (Rabu 29hb Oktober, 2008) ini telah direstui oleh YB Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA.

Si Bongkok

Mutakhir ini terdapat beberapa pihak yang seolah-olah sengaja bertindak untuk memprovokasi kesabaran Bumiputera dan mempertikaikan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Liow juga dipetik sebagai berkata pada 27 Oktober 2008, bahawa “ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.” Kita amat kesal dengan kenyataan di atas.

Ia adalah satu tindakan ekstrim oleh pihak yang seolah-olah buta sejarah, sengaja cuba memprovokasi perasaan Bumiputera seluruhnya, dan dengan terang-terang mempertikaikan Fasal-Fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu juga hanya mencerminkan ketidakbijaksaan dan kedangkalan minda segelintir barisan kepimpinan baru MCA dalam memahami serta menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang termaktub dalam Fasal 152 dan Fasal 153.

Oleh itu, digesa pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional.

Mana-mana individu yang tergamak mempersoalkan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan tidak layak dan tidak boleh diizinkan berada dalam Jemaah Menteri Malaysia kerana telah meminggirkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai kontrak sosial yang terkandung dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.