Akuan sumpah pengendali blog Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa mempunyai maklumat tentang pembabitan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya bukan sahaja `membingungkan dan mengelirukan’ sebaliknya ia dilihat lebih kepada bermotifkan untuk menghancurkan politik negara.
Apatah lagi, title-nya sebagai penulis `propaganda’ dengan rencana yang lebih berbau hasutan tanpa ada bukti yang kukuh, melainkan bukti ciptaannya sendiri yang sering dibawanya selama ini, turut mendorong kepada persoalan yang bukan sedikit dihati saya.
Terus terang saya katakan, banyak pendedahan beliau sebelum ini samada menerusi laman web kendaliannya ataupun dimana sahaja lebih berpihak kepada peperangan peribadi beliau dengan pihak barisan pemerintah negara ketika ini.
Lebih-lebih lagi, Raja Petra adalah seorang penulis upahan yang sering menjadi kuda tunggangan kepada beberapa parti pembangkang dan menjadi alat kepada individu-individu yang tidak `pernah berpuas hati’ dengan pucuk pimpinan negara yang ada sekarang ini, bagi menyuarakan keterbukuan hati mereka.
Namun, jika sekali pandang dalam kes pendedahan dan perakuan sumpah yang mengaitkan Rosmah Mansor bersama dua individu lain lagi iaitu seorang pengawal peribadi dan suami kepada wanita yang didakwa `pakar bahan letupan C4 dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sudah pastinya ramai yang akan menobatkannya sebagai hero.
Apa tidaknya, pendedahan dan akuan sumpah `berani mati’ beliau telah berjaya menggemparkan Negara dan menarik perhatian pihak berkuasa untuk memanggil ketiga-tiga individu yang disebut. Lebih-lebih lagi, ia turut melibatkan isteri kepada Timbalan Perdana Menteri yang diwar-warkan bakal menerajui pucuk pimpinan negara sebaik sahaja peralihan kuasa dilakukan tidak lama lagi.
Pihak Polis Diraja Malaysia juga memaklumkan kini sedang melakukan siasatan bagi mendapat kepastian dakwaan Raja Petra bahawa ketiga-tiga mereka berada di lokasi jenayah sebelum wanita warga Mongolia itu di letupkan.
Memandangkan akuan penulis sensasi itu subjudice kerana perbicaraan kes Altantuya masih lagi berjalan. Jabatan Peguam Negara pula diberitakan telah membuat aduan polis berhubung akuan bersumpah tersebut.
Yang menjadi persoalan sekarang, adakah Raja Petra Kamaruddin (RPK) sememangnya jujur dengan pendedahan tersebut. Tanpa ada agenda yang lebih besar tersirat disebaliknya hingga memerangkap dirinya dalam situasi yang lebih sukar...?
Apatah lagi individu yang menjadi targetnya kali ini isteri kepada orang nombor dua Negara, isteri kepada bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia sedangkan `bukti’ yang ada padanya belum tentu cukup untuk `membelanya’.
Raja Petra sebenarnya bukanlah manusia yang bodoh seperti yang disangka. Beliau memang bijak melakar skrip untuk persembahan berikutnya dan beliau juga tahu, jika tersilap langkah dia pasti akan menyesal seumur hidupnya.
Setiap apa yang dilakukannya sudah pasti ada motif yang tersirat, agenda jahatnya yang terselindung disebalik isu pembabitan isteri kepada timbalan perdana menteri ini semakin jelas kelihatan dan jika berjaya sudah pasti dia akan mendapat upah yang setimpalnya.
Cuma yang menjadi persolannya, siapakah yang menjadi dalam disebalik perjalanan skrip jahatnya itu dan kenapakah baru sekarang dia sanggup mendedahkan isu ini...Tidak sebelum ini, tidak sebelum pilihanraya dulu...
Itulah sebenarnya yang membuktikan Raja Petra sememangnya bijak, bijak mengambil kesempatan diatas sinario politik sekarang. Bijak mencuri peluang diatas apa yang berlaku sekarang agar tidak menampakan agenda jahatnya, supaya tidak nampak dia diperalatkan.
Kalau tidak, apakah tujuan sebenar dia mengaitkan nama Perdana Menteri dangan isu yang membabitkan Rosmah Mansor kalau tiada apa-apa tujuan?
Kenyataanya yang mengatakan kononnya Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mengetahui maklumat tersebut setelah diberikan laporan perisikan tentera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah cukup untuk menceritakan niat jahat sebenar petualang bangsa yang dikenali dengan `RPK’ itu.
Jelas sekali, perakuan sumpah RPK kali ini bukan bermatlamat untuk mendedahkan jenayah sebaliknya ia bermotifkan untuk menjadi batu api dengan harapan agar dapat menghancurkan hubungan baik antara Perdana Menteri dengan timbalannya iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya merialisasikan impian penajanya.
Siapa penajanya tidak perlu dipersoalkan tetapi, dalam kes ini Raja Petra Kamaruddin berusaha memberikan gambaran menerusi `retorik liciknya’ bahawa apa yang berlaku dan cuba didedahkannya kali ini adalah hasil perancangan licik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam ertikata lain, dia cuba memberikan gambaran kepada umum kononnya, apa yang berlaku kepada Rosmah Mansor adalah agenda Paklah untuk menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya mengagal impian Najib untuk bergelar orang nombor satu negara.
Tapi yang pasti, walaupun mengakui dia bijak dan terhebat namun RPK sebenarnya bukanlah bijak sangat. Perancangan untuk melagakan Paklah dan Najib yang dianggap teliti itu tanpa disedari rupanya masih terdapat cacat celanya. Ruang-ruang kosong yang terlupa ditutup secara tidak langsung telah memperlihatkan tembelang sebenar penulis dan mengendali laman web tajaan Yahudi itu.
Perancangan yang kurang teliti dan disertakan dengan sejarah kehidupannya sebelum ini juga menjadi teropong berguna untuk melihat siapa sebenarnya Raja Petra Kamaruddin dan sekaligus menjadi pembuka pintu kepada terbongkarnya tembelang beliau kali ini.
Raja Petra juga tidak akan sanggup melakukan apa-apa pendedahan dan terbabit dengan perangcangan terutamanya yang berprofail tinggi seperti mana kes pembunuhan Altantuya ini jika tidak dijanjikan imbuhan yang tinggi...Itulah sebenarnya Raja Petra....
Monday, June 23, 2008
Tuesday, June 3, 2008
Ahli Parlimen Atas Pagar Adalah Parasit
Kepimpinan negara yang memerlukan intergriti bagi memberikan keyakinan kepada semua pihak terutamanya rakyat dinegara ini bahawa parti yang memerintah negara pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini masih lagi releven dan mampu kembali ke puncak kegemilangan sememangnya amat memerlukan `suara keramat’ semua pihak .
`Suara keramat’ yang dimaksudkan adalah suara yang menzahirkan sokongan padu, beralaskan keyakinan gitu tanpa ada keraguan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kerana, apa yang paling penting dalam suasana kekalutan politik negara sejak akhir-akhir ini, terutamanya ketika Perdana Menteri diuji dengan pelbagai tohmahan dan cerca yang secara tidak langsung mampu merudumkan maruah negara, Pak Lah sepatutnya mendapat `kata azimat’ daripada panglima-panglimanya.
Tetapi sayang seribu kali sayang, panglima-panglima yang diharap dapat menjadi pembela dan pembakar semangat untuk beliau berdiri teguh memimpin negara, lebih senang mengambil sikap berdiam diri, mengunci mulut sambil menyorokkan muka seolah-olah mereka tidak terlibat langsung dalam masalahan `pertikaian kreadibiliti kepimpinan’ yang dihadapi Pak Lah kini.
Memang tidak dinafikan, suara keramat sebagai menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah dapat kita dengar dan baca di dada akhbar dinegara ini, namun apa yang dikesalkan suara tersebut kebanyakkan hanya berlegar dibibir pemimpin-pemimpin UMNO sahaja dan jarang sekali kita dengar ia keluar dari mulut parti komponen Barisan Nasional yang lain.
Kenapa dan mengapa mereka (ahli-ahli parlimen parti komponen yang lain) mengambil sikap sedemikian. Mereka sahaja yang mempunyai jawapannya namun tindakan mereka yang seolah-olah berdiri atas pagar itu jelas sekali bertentangan dengan prinsip yang sepatutnya didokong bersama dalam Barisan Nasional.
Mereka juga harus sedar bahawa sebagai ahli parti yang setia dan diangkat oleh BN, tindakan mereka yang tidak mempunyai `ketetapan pendirian’ itu boleh disifatkan sebagai pengkhianat kerana, ia bertentangan dengan ikrar dan prinsip sebagai Ahli Parlimen yang setia tidak akan sesekali bertindak mengkhianati parti.
Tindakan mereka (kebanyakan ahli parlimen berbangsa Cina dan India) yang membisu tanpa menyatakan sokongan terhadap pucuk pimpinan terutama ketika BN diserang `parasit irihati’ seperti sekarang nyata keterlaluan kerana sebagai Ahli parlimen mereka dituntut untuk mengambil kira kaedah bagi kepentingan parti.
Sikap berdiri atas pagar seperti yang diamalkan oleh ramai dikalangan ahli parlimen bukan melayu kebelakangan ini juga dilihat mampu untuk menjadi dedalu yang hanya hidup menumpang diatas keringat dan perjuangan orang lain.
Untuk tidak dianggap dedalu atau parasit, mereka seharusnya menyatakan pendirian sokongan yang padu terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional, jika mereka benar-benar ikhlas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan kekuatan BN.
Sebagai psikologinya, kenyataan sokongan terhadap Perdana Menteri juga mampu memperlihatkan bahawa pemimpin dalam parti- parti dalam gabungan sentiasa bersatu hati dan situasi ini mampu memperlihatkan kekuatan sebenar parti dan secara tidak langsung akan melemahkan penyokong parti pembangkang dan tidak mudah diperolok-olokkan oleh mereka.
Oleh itu, pemimpin-pemimpin terutamanya ahli parlimen yang berada dibawah bumbung Barisan Nasional dituntut menyatakan pendirian dan sokongan mereka terhadap pucuk pimpinan Negara dengan seberapa segera.
Harapannya, setidak-tidaknya kenyataan sokongan itu mampu dijadikan rangsangan terhadap Datuk Seri Abdullah ke arah merialisasikan impian beliau untuk mengembalikan kejaguhan Barisan Nasional yang kebelakangan ini dilihat agak longgar, sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat dan releven untuk semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)