Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua bahagian UMNO agar tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.
“Lebih baik tindakan seperti ini (EGM) tidak dilakukan kerana kita pada waktu ini memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan, jadi kita tumpukan pada hal yang diperlukan oleh rakyat,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, UMNO amat menyedari tentang masalah dan kehendak rakyat apabila mereka terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
Menurutnya, ahli UMNO tidak boleh leka dengan soal parti terutama berhubung dengan pemilihan pucuk pimpinan sehingga mereka lupa tanggungjawab dalam membela kebajikan rakyat.
Sehubungan itu, beliau berkata, ahli UMNO perlu mengukuhkan perpaduan mereka dan memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam mengambil sebarang tindakan yang dapat meringankan beban kehidupan rakyat ketika ini ekoran kenaikan harga barang keperluan termasuk bahan bakar.
Malah, katanya, rakyat juga mahukan pembaharuan dalam hal-hal tertentu seperti perundangan dan integriti seperti yang telah dijanjikan kerajaan sebelum ini.
“Jika ini tidak dilakukan, parti kuat macam manapun, rakyat tidak akan terima. Rakyat menyokong kerana kita ada program untuk dilaksanakan,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, sikap rakyat itu bukan bermakna kerajaan tidak menjayakan program pembangunan sebelum ini, tetapi rakyat berpendapat ia belum mencukupi.
Sebab itulah, katanya, UMNO perlu mengambil langkah mengikis tanggapan pihak tertentu bahawa ahli UMNO terlalu sibuk dengan urusan pemilihan pucuk pimpinan pada Disember ini hingga lupa pada agenda membela kebajikaan rakyat.
MT UMNO, ujar Abdullah, telah membincangkan perkara itu supaya ahli UMNO tidak terlalu leka dengan soal pemilihan dan mengambil tindakan-tindakan yang boleh memecahbelahkan parti serta memesongkan kerajaan daripada menjalankan tanggungjawabnya.
“Kita telah diberi mandat untuk memerintah dan menjadi kerajaan yang perlu bekerja dan memberi perhatian kepada rakyat,” katanya.
Abdullah menegaskan, UMNO tidak mahu dituduh sebagai parti yang sibuk dengan berpolitik dan pemimpinnya pula sentiasa bergaduh kerana berebut jawatan dalam parti.
“Memang ia menarik dan semua orang mahu tahu... kita akan kurangkan hal itu (politiking) dan membuktikan kepada rakyat bahawa soal parti adalah soal parti dan apabila tiba masanya nanti, semua ahli akan mengambil bahagian masing-masing dan menentukan kepimpinan parti,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dalam mengatasi pelbagai masalah rakyat dan melakukan pembaharuan, isu pemilihan pucuk pimpinan masih menjadi perhatian semua pihak.
Dalam pada itu, Abdullah memberitahu, kertas kerja mengenai pelaksanaan stok penimbal bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan lain sentiasa mencukupi akan dikemukakan kepada Kabinet tidak lama lagi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menurut Perdana Menteri, Kabinet juga telah menerima cadangan mengenai penyediaan kemudahan perumahan yang harganya lebih rendah bagi membolehkan rakyat memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan mereka, lebih-lebih lagi ketika harga barang semakin meningkat.
Katanya, walaupun ia sukar dilakukan, usaha perlu dibuat bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah, misalnya melalui penawaran harga rumah yang lebih murah.
Monday, April 28, 2008
Sunday, April 27, 2008
Perpecahan Dalam Parti Boleh Dielakkan - Shahrir
Perpecahan akibat perebutan jawatan dalam UMNO boleh dielakkan sekiranya semua pihak dalam parti itu kembali kepada matlamat asal memperjuangkan kepentingan masyarakat.
Hal ini disuarakan sendiri oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika diminta mengulas mengenai isu perpecahan dalam parti. Katanya, perebutan jawatan hanya akan membawa tanggapan bahawa UMNO merupakan parti politik yang terlalu eksklusif sehingga merenggangkan hubungan dengan masyarakat.
"Kalau kita tidak terlalu eksklusif sebagai parti politik dan tidak melihat kepada jawatan dalam parti tetapi melihat kembali kedudukan asal dan tujuan asal kita sebagai parti politik yang membela kepentingan orang ramai, ini akan mengekalkan sokongan rakyat kepada UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Belia Malaysia (YMM) daerah Johor Bahru di sini hari ini.
Menurut Shahrir, Barisan Nasional (BN) perlu menggerakkan rancangan pembangunan kerana BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk memelihara kesejahteraan rakyat.
"Ini masa untuk kita bekerja. Kita mempunyai tanggungjawab sebagai kerajaan yang baru mendapat mandat daripada pengundi, kita patut melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihan raya lepas," tegasnya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO pada Disember ini, Shahrir berkata, beliau masih belum lagi memikirkan mengenainya.
Katanya, beliau berpendapat perkara tersebut tidak perlu terlalu diutamakan memandangkan tanggungjawabnya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu didahulukan.
Mengenai cadangan supaya jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri dipertandingkan di kalangan ketua-ketua bahagian, Shahrir berkata, hak bersuara dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut adalah lebih penting daripada jawatan itu.

Pengerang Bakal Jadi Lokasi Pelancongan Popular
Setelah sekian lama sepi dengan kehadiran pelancong luar negara, kini Pengerang bakal menjadi distinasi popular dan mampu menarik puluhan ribu pelancong luar untuk berkunjung ke mukim yang pernah bernaung dibawah pentadbiran Kota Tinggi, Johor, itu.
Ini semua adalah berkat usaha kreatif Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman Said yang baru dinobatkan sebagai Menteri Pelancong Malaysia, menghidu produk industri pelancongan yang dijangka berjaya menggamit minat pengunjung dari dalam dan luar Negara.
Ibarat ada sinar dihujung terowong kehadiran Datuk Azalina Othman Said, sememangnya memberikan impak positif kepada masa depan pelancongan khususnya dikawasan terbabit.
Apa yang pastinya, Pengerang mempunyai banyak produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan. Dari pantainya yang cantik sehinggalah peninggalan sejarah yang tiada tolak bandingnya. Semuanya boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan yang berdaya maju.
Selain Desaru dan Tanjung Balau, Pantai Teluk Punggai yang memiliki pantainya yang cantik dan bersih, Desaru Fruit Farm, Sabana Cove Marina Bay, Desaru Golf & Country Resort, Homestay Semencu, Johor Lama, Taman Buaya, Muzium NelayaTanjung dan beberapa tempat lagi, beberapa produk pelancongan yang baru telah ditemui dan akan dibangungkan di Pengerang.
Antaranya, Kubu pertahanan Tentera British terbesar dan terkuat bagi pertahanan rantau ini dari serangan tentera Jepun ketika perang dunia Kedua yang terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi dan berada di kampong Tanjung Pengelih turut dijangka menjadi destinasi tarikan utama pelancongan ke Pengerang.
Kubu yang dibina pada tahun 1936 dan yang diperbuat daripada konkrit ini meliputi sebuah kawasan bukit yang dikenali sebagai Bukit Pengerang pada awalnya telah dirancang pembinaannya oleh Leftnan Sir Webb Gillman ini dijangka mampu menarik penggemar sejarah dari dalam dan luar Negara.
Selain tapak peninggalan Tentara British , menemuan makam pahlawan tersohor, Si Bongkok di Bukit Belungkor juga dilihat sebagai petanda positif kepada kepelbagaian produk pelancongan bersejarah di Pengerang, disamping Laluan Warisan di Bukit Belungkor, Lebuhraya Senai –Desaru, Taman Herba, Sukan Lasak, Eco-tourism dan sukan luncur Layar yang dikini sedang dibangunkan.
Pendek kata, jika semua inspirasi Ahli Parlimen yang juga Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Sri Azalina berjalan sepertimana yang dirancangkan, tidak mustahil Pengerang akan menjadi `satu distinasi pelancongan yang memiliki pakej lengkap dan sekaligus menjadi lokasi pelancongan popular di dunia.

Friday, April 25, 2008
BN pandang berat laporan 30 wakil rakyatnya berpaling tadah - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
“Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.
Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.”
“Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”
“Namun), kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik.”

Thursday, April 24, 2008
Hishammuddin Anggap Kenyataan Anwar Permainan Politik
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan ramalan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan kerajaan persekutuan sebelum 16 Sept ini sebagai permainan politik semata-mata.
"Tiga minggu lepas dia kata akan ada perubahan kepimpinan (negara) dalam masa dua minggu. Dua minggu dah pun berlalu (dan) sekarang dia kata ia akan berlaku bulan September.
"Bagi saya dia boleh buat macam-macam ramalan dan kalau ramalannya tidak menjadi kenyataan ia akan menjejaskan kredibiliti tuan punya badan sendiri," kata Menteri Pelajaran itu kepada pemberita di sini, Khamis.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata orang ramai sudah mula melihat sendiri permainan politik bekas timbalan perdana menteri itu apabila satu demi satu kenyataan dan tuduhan beliau sebelum ini tidak menjadi kenyataan, termasuklah kenyataan bahawa pilihan raya di negara ini tidak bebas.
Katanya perhatian utama kerajaan Barisan Nasional (BN) kini tertumpu kepada menunaikan tanggungjawab sepertimana yang diamanahkan rakyat, bukannya melayani ramalan seperti itu.
Mengulas pandangan anggota Exco Pemuda Datuk Idris Haron pada Rabu bahawa jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan, Hishammuddin berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada perwakilan pergerakan itu.
Beliau berkata pertandingan untuk merebut jawatan itu merupakan amalan yang sihat, dengan syarat mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mestilah memahami arah perjuangan pergerakan itu sendiri, bukannya kerana jawatan semata-mata.
Mengenai cadangan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat kemerosotan sokongan terhadap Umno, Hishammuddin berkata perkara itu seharusnya dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) untuk diputuskan.
Anggota MT Umno yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Rabu turut menggesa Umno supaya berubah dalam cara ia beroperasi dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan terhadap parti itu, yang menjadi teras BN.
Hishammuddin sebelum itu menyampaikan sumbangan berjumlah RM21,800 daripada warga Institut Pendidikan Guru kepada ibu bapa Sharlinie Mohd Nashar, kanak-kanak berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang pada 9 Jan lalu. Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Datin Asariah Mior Shaharuddin.

Subscribe to:
Posts (Atom)