Nampak sangat Pas kini kian terdesak. Insiden rusuhan dan pembakaran jalur gemilang di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini telah meletakkan parti yang kononnya berlandaskan perjuangan Islam itu berada dalam keadaan tersepit dan tidak menentu.
Tidak keterlaluan andainya dikatakan bahawa kejadian melampau dan dianggap terburuk dalam sejarah negara itu dan yang dikatakan dilakukan oleh penyokong mereka secara tidak langsung telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu semakin merosot .
Menyedari hakikat itulah, maka barisan kepimpinan Pas kini dilihat terus berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan mencipta isu-isu disamping memputarbelitkan isu kononnya apa yang berlaku tersebut semuanya berpunca dari UMNO dan kerajaan.
Bagaimanapun lebih 18 soalan yang berlegar dalam kota fikir semua masih belum di jawab tetapi barisan kepimpinan pembangkang tetap bertindak menegakkan benang yang basah. Mereka dilihat sedang mengubah pandangan pembaca dengan membawa isu-isu samping remeh-temeh dan rekaan semata-mata dengan harapan berjaya untuk menutup kesilapan mereka dan agar rakyat kembali memarahi pihak kerajaan pula.
Banyak isu yang tinggal misteri dan menjadi bukti pembabitan pembangkan dengan rusuhan tersebut yang masih belum dijawab mereka.
1 . Kenapa Pas masih hendak meneruskan perhimpunan tersebut sedangkan mereka tahu permit tidak diluluskan. Adalah menjadi perkara mustahil bagi mereka tidak mengetahuinya kerana setiap permit yang dipohon hendaklah dua minggu sebelum program berlangsung.
2 . Apa yang sebenarnya menyebabkan penyokong mereka merusuh….Sebelum ini tidak pernah terjadi rusuhan di ceramah-ceramah seumpamanya kecuali ada hasutan ataupun desakan dari pihak tertentu..Andainya, mereka tidak membakar api kebencian kepada penyokongnya terhadap polis dan kerajaan, mustahil peristiwa ini berlaku.
3 . Kenapa pihak penganjur tidak memaklumkan lebih awal tentang pembatalan permit tersebut kepada penyokongnya. Ini menunjukan seolah-olah mereka ada rancangan tertentu dan semuanya sudah dirancang dengan teliti.
4 . Kenapa pula Mat Sabu tetap datang ke tempat ceramah pada malam tersebut, sedangkan permit ceramah tidak diluluskan dan menjadi perkara mustahil beliau tidak mengetahuinya lebih-lebih lagi dalam dunia serba canggih ini.
5 . Apa tujuan mereka mengambarkan bahawa pasukan polis yang bertugas pada malam itu adalah kejam. Mereka juga seoalah-olah cuba menolak tugas sebenar polis untuk menjaga ketenteraman negara.
6 . Kenapa pemimpin tertinggi Pas berdiam diri sebaik sahaja insiden tersebut berlaku. Cuma seminggu selepas kejadian baru mereka tampil dengan pelbagai dogengan lain pula. Itupun dilakukan oleh beberapa orang-orang tertentu sahaja antaranya, Mat Sabu, Mustapha Ali dan Hussam Musa, tokoh yang memang terkenal dengan pembohongan dan pandai ada-adakan cerita.
7. Kenapa pihak polis siap dengan pasukan simpanan persekutuan (FRU) hadir pada malam tersebut. Ini menandakan mereka sudah mengetahui bahawa rusuhan itu akan berlaku dan sudah dirancangkan (maklumat dari siasatan dari pihak SB dan juga penduduk). Kalau tidak mana mungkin pihak polis seakan sudah bersedia bagi menhadapi segala kemungkinan…
8. Sebelum ini tidak pernah langusung berlaku kejadian polis tembak perusuh kecuali hanya menggunakan air dan gas pemedih mata sahaja. Tetapi di Batu Buruk, kenapa polis bertindak demikian dan terpaksa menahan 23 orang penyokong parti pembangkang itu.
9 . Kenapa pula pihak pembangkang mempersoalkan tentang kos harta awam yang rosak. Dan, cuba mengaitkan segala kerosakan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak polis dan menyifatkan semua kerosakan itu terletak di dalam zon yang dikawal polis.
10. Apa sebabnya pihak parti pembangkang mendakwa puluhan buah motosikal dan kereta yang rosak kesan pukulan benda tumpul berada dilokasi yang hanya beberapa depa dari dari sepasukan polis simpanan persekutuan (FRU) yang sedang berkawal.
11. Apa tujuan mereka yang menyatakan ada orang awam (tanpa bukti yang sahih) telah melihat anggota polis mengunjungi pasar besar beberapa hari kejadian dan telah memborong semua lastik di sana. Jelas sekali fakta ini rekaan dan tidak masuk akal!
12. Kenapa mereka juga turut mempertikaikan insiden bakar jalur gemilang. Mereka juga mengambarkan seoalah-olah kejadian itu dirancang oleh jurugambar ataupun pihak tertentu. Mereka juga lupa sebenarnya dari gambar jurugambar itulah dijadikan bukti hingga penyerahan diri seorang pelajar 16 tahun.
13. Apa muslihat mereka yang mempersoalkan kononya pemuda membakar jalur gemilang itu bukannya datang dari kumpulan penyokongnya. Hanya dengan memberikan alasan baju yang dipakai pemuda tersebut tidak basah dan sebagainya.
14. Mereka juga turut mendakwa kononnya bendera yang dibakar oleh pemuda tersebut (seperti yang digambarkan) sebenarnya dibawa dari tempat lain oleh seseorang yang misteri. Maknanya disini, mereka juga mengambarkan kononnya apa yang berlaku itu telah dirancangkan.
15. Mereka juga turut memutarbelitkan fakta kononnya sekempulan penyokong bermotornya itu adalah sebenarnya sekumpulan Mat Rempit yang sememangnya sudah lama dendamkan pihak polis .
16. Mereka juga cuba mempersoalkan keengganan polis mengeluarkan permit pada malam itu.
17. Pas juga turut mempertikaikan tindakan FRU yang didakwa mereka kononnya bertindak melepaskan gas pemedih mata yang kononnya dihalakan kepada orang ramai dan kedai makan.
18. Mereka juga turut mempertikaikan tindakan anggota polis yang melepaskan peluru hidup sehingga mencederakan dua orang awam. Tetapi, mereka tidak sedar tindakan tersebut terpaksa diambil oleh polis tersebut setelah merasakan keselamatan mereka terancam.
Pendik kata, semua alasan dan isu yang cuba ditimbulkan itu tidak lebih hanyalah untuk mengalihkan pandangan serong rakyat kepada parti mereka dan sekaligus cuba mengambarkan bahawa kerajaan negara ini adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Tuesday, September 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bolehkah Polis melepaskan tembakan peluru hidup terhadap org awam yg tak bersenjata?
kenapa polis tidak menghalakan tembakan di bahagian kaki?
adakah keselamatan anggota polis amat terancam seolah-olah org awam sedang menghalakan senapang m-16 ke-arah polis?
lu jawab sendiri la brader!!
Persoalannya sekarang ialah pencetusnya....Dalam Islam, haram minum arak, berjudi dan sebagainya kerana itu merupakan pencetus kepada segala kemungkaran jadi dalam isu ini yang menjadi pentusnya ialah....
1 .Berkumpul secara haram..Bila dah berkumpul pasti ada yang membakar semangat hingga tercetusnya rusuhan tersebut.
2 . Persoalanya sekarang, walaupun mengetahui majlis tersebut tidak mendapat permit, megapa harus diteruskan berkumpul tersebut?
3 . Jika pihak pembangkang mengikut arahan, maksudnya tidak berkumpul pada hari itu...Adakah tragedi rusuhan dan menembak orang awam itu berlaku????
4 . Inilah persoalan yang harus kita fikirkan bersama...Dlm undang negara kita adakah tindakan polis itu salah, setelah beberapa kali amaran bersurai itu diberi?
5 .Tolonglah kita fikirkan bersama...Tolong fikirkan tanpa dipengaruhi fahaman politik tertentu..
Post a Comment