Friday, October 31, 2008

Bezanya Anwar berbanding Obama


BARACK Obama meletak kata-kata ini sebagai signature kempennya dalam mengejar cita-citanya menjadi pemimpin kulit hitam Amerika pertama menerajui Rumah Putih, “Saya meminta untuk anda percaya, bukan hanya keupayaan saya untuk membawa perubahan sebenar ke Washington, saya meminta anda percaya akan keupayaan anda.”

Bukan tidak ada pemimpin kulit hitam Amerika yang cuba memasuki perlumbaan ke Rumah Putih sebelum-sebelum ini, tetapi belum ada yang berjaya dan tiada seorangpun yang seberjaya Obama. Kini rakyat Amerika mula memasang harapan baru dan Obama menjadi idola mereka, bukan setakat itu, kemunculan Obama juga telah merebak menjadi fenomena seluruh dunia.

Termasuklah di Malaysia ini. Ramai ahli politik yang mahu menjadi seperti Obama, berkempen ala Obama, mengangkat tangan ala Obama, laman web ala Obama, sampai pentas ceramah pun ada yang ala-ala kempen Pilihanraya Presiden Amerika itu.

Tidak kiralah kalau sebelum ini totok menyokong atau pro Republikan (konservatif dan neo-konservatif), hari ini boleh bangga pula kalau ada orang menggelarnya Obama Malaysia.

Cuma Obama bila memutuskan untuk memasuki secara serius perlumbaan menerajui Rumah Putih dahulu meminta supaya rakyat Amerika bukan hanya mempercayainya untuk merobah Amerika, tetapi lebih dari itu meminta rakyat Amerika supaya mempercayai keupayaan mereka sendiri untuk melakukan perubahan.

Lain pula di Malaysia, atas premis yang sama, “perubahan,” Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim memasuki Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu. Tetapi Anwar, melalui Pakatan Rakyat dalam usaha menguasai Putrajaya jelas membina projeksi yang berbeza berbanding Obama.

Jentera kempen Pakatan Rakyat, terutama Parti Keadilan dan Anwar Ibrahim sendiri (sehingga hari ini) cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa Anwarlah perubahan, Anwarlah “Dewa Perubahan (Reform Angel)” – sebab itulah segelintir kalangan penyokong Anwar telah menaikkan replika gergasi Anwar di Batu Cave (kalaupun itu bukan patung, sudah jelas ia tanda pendewaan).

Namun misi Anwar gagal sehingga hari ini. Selepas berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lepas dan selepas menang bergaya dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Anwar dengan begitu yakin mewar-warkan yang beliau akan dapat mengambil-alih kerajaan persekutuan dengan melompatnya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat, paling mengejutkan bila tarikhnya diberi, 16 September 2008, hingga pada satu masa, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin melompat itu dikatakan bertambah setiap jam!

16 September dihampiri, tiba dan berlalu, tidak ada apa-apa berlaku, tarikh lain diberi, dan terus diberi, sehingga tidak bertarikh lagi, perubahan tidak berlaku juga. Mungkin agaknya sudah kebas mulut untuk berjanji manis, akhirnya melalui laporan The Malaysian Insider bertarikh 23 Oktober (laporan ini tidak dipetik oleh blog peribadi Anwar Ibrahim – memelikkan) Anwar telah memberi respon paling pesimis semenjak Pilihanraya Umum 8 Mac 2008. Ayat Anwar tidak lagi mengatakan bahawa pelan perubahan Malaysia melalui pengambil-alihan kuasa adalah satu keyakinan dan pasti tetapi telah menjadi opsyen yang semakin sukar.

Saya kadang-kadang tersenyum sendiri, ketawa dan sesekali menggeleng kepala bila mengikuti drama “rampasan kuasa berperlembagaan” Anwar Ibrahim ini. Sampai hari ini saya hairan bagaimana orang boleh begitu percaya kepada idea dan perancangan Anwar ini.

Saya tidak percaya, saya dah cakap lama dah!!! Kalangan bawahan Parti Keadilan dan juga PAS dulu ramai yang bertanya saya soal ini, saya kata saya tidak percaya, ia tidak akan berlaku. Ya, saya akui Anwar punya karisma yang cukup hebat, pidato yang cukup memukau, siap lagu dan tarinya.

Tetapi itu belum menjamin yang Anwar juga cukup hebat dan memukau bila berstrategi dalam politik, hujah saya cukup ringkas, kalau idea dan perancangan Anwar itu syumul sifatnya, ketika dalam Umno lagi dah dia berjaya menjadi Perdana Menteri, kalau ketika bersama parti yang memerintah pun dia gagal dan tersepak keluar, apa lagilah ketika ini yang berstatus pakatan pembangkang, memanglah memerintah di lima negeri, tetapi tetap pembangkang di lapan negeri yang lain, juga pembangkang di Dewan Rakyat.

Kalau SAPP yang begitu lantang mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah boleh tiba-tiba menikus, apa sangatlah yang boleh diharap dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain, beranikah mereka…

Kalau dahulu Barisan Nasional pun tersungkur dalam usaha mengambil-alih Kerajaan Kelantan yang hanya berkelebihan dua kerusi (dan kini di Perak), macam mana kita boleh bermimpi untuk mengambil-alih Kerajaan Persekutuan yang mana Barisan Nasional mempunyai kelebihan 58 kerusi!

Apakah Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikutnya menganggap kalangan pemimpin Barisan Nasional hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja melihat perilaku Anwar?

Maka kecewalah penyokong-penyokong bawahan Parti Keadilan dan PAS ini bila mendengar hujah-hujah saya ini. Begitu taksub, percaya dan besarnya harapan mereka terhadap Anwar.

Saya kasihankan mereka, saya tidak kata Anwar tidak ada pengaruh, memang ada kalangan Umno dan pemimpin parti komponen lain yang menyertai Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, tetapi bukanlah yang berstatus Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, yang ada hanyalah pemimpin-pemimpin Umno pencen, tidakpun pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain yang sedang diserang penyakit buntu dan keliru, gagal mencari sebab mengapa parti-parti yang dipimpin mereka sebelum ini tiba-tiba ditolak rakyat sebegitu rupa, terperangkap di antara yang mereka anggap perjuangan dan survival kuasa.

Kenapa Anwar gagal? Anwar lupa rakyat, Anwar hanya mahukan sokongan dan undi mereka, perubahan itu rakyat, bukan Anwar, yang merobah itu rakyat, bukan Anwar, itu yang Anwar lupa. Anwar cuba meyakinkan rakyat yang dia mampu membuat perubahan (baca: perubahan susunan orang di pejabat-pejabat mewah di Putrajaya).

Anwar lupa meyakinkan rakyat yang rakyatlah paling perlu membuat perubahan sebelum mahu melihat perubahan berlaku di mana-mana (baca: perubahan pendekatan politik, ekonomi, sosial, budaya, perubahan mentaliti, perubahan ideologi, perubahan kepercayaan kepada status quo, perubahan sikap dan cara bertindak).

Garis dasar untuk ini perlu ada, lalu wujudlah keperluan segala macam jenis manifesto dan agenda. Tetapi oleh kerana kempen pengimejan Anwar sebagai dewa perubahan ini terlalu melampau dan dominan, maka dokumen-dokumen ini semakin lama menjadi semakin mengecil dan tidak diperhatikan serta tidak dianggap penting, rakyat pun akhirnya tidak dapat menangkap apakah idea perubahan itu dan bagaimana mereka harus berperanan…

Hasilnya, jadilah seperti yang kita dapat lihat selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, kegagalan Pakatan Rakyat yang saya namakan sebagai kegagalan yang mengecewakan, kenapa? Sebab kegagalan ini sedikit lagi boleh menjadi kejayaan, tetapi malangnya tidak berjaya.

Di antara kegagalan dan kejayaan ini adalah titik keseimbangan graviti, Anwar telah salah menanda titik keseimbangan, kemudiannya berdiri pula di atas titik keseimbangan yang salah itu.

Wednesday, October 29, 2008

Wanita Perlu Bijak Memilih Jika Mahu Manifestasi Diterjemahkan Dengan Betul


Oleh:Cybercop


Tidak siapa dapat menafi bahawa Wanita Umno kini sedang menuntutkan perubahan perubahan dipucuk pimpinan. Inilah manifestasi yang mahu diterjemahkan oleh ahli-ahli pergerakan di peringkat akar umbi.

Pencalonan terhadap Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita Umno datang mencurah-curah ...41 pencalonnan kesemuannya setakat ini. Melebihi dari paras kuota yakni 39, turut menjadi bukti bahawa pelan peralihan kuasa yang pernah disepakati antara beliau dengan Rafidah pada Jun tahun depan ditolak ramai.

Yang menjadi persoalannya sekarang, adakah Rafidah dan Shahrizat harus menuruti pelan asal dan persoalan inilah yang kini menghantui pemikiran semua pihak. Bukan sahaja Datuk Seri Shahrizat bahkan sebilangan ahli wanita UMNO.

Lebih-lebih lagi peralihan kepimpinan khususnya antara Datuk Seri Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dipercepatkan kepada bulan Mac. Lantaran, perkembangan ini menyukarkan Datuk Seri shahrizat membuat perhitungan.

Beliau seakan-akan tersepit antara peralihan kepimpinan dengan tuntutan teman dan kawan.Kerana dalam senyap-senyap, rakan-rakan memberikan sokongan yang begitu memberangsangkan sehingga ia sukar untuk dihindarkan.

Memilih untuk mengisi kehendak rakan bererti melawan arus dan ikrar awal dan sebaliknya, jika mematuhi hasrat asal, bermakna beliau mungkin akan tercicir dari barisan perdana. Inilah yang memaksa beliau bertindak sesuatu dalam waktu terdekat bagi menentukan kerjaya politiknya.

Sesungguhnya, ia bukan suatu desakan mahupun ugutan kepada 'bos'nya, Tan Sri Rafidah.Kerana Datuk Shahrizat sedar Tan sri Rafidahlah orang yang bertanggungjawab menyerlahkan bintangnya dalam pergerakan itu.

Namun, mahu tidak mahu harus diakui bahawa perubahan di peringkat bawahan begitu meluap-luap untuk mencari perubahan. Suara akar umbi harus juga dipatuhi supaya matlamat perjuangan demi kepentingan ahli-ahli dan halatuju parti.

Rafidah juga menyedari hakikat ini dan mungkin akan membuat kejutan dalam sedikit masa lagi. Ramai dikalangan pemerhati politik meramalkan bahawa ketua Wanita Umno itu akan menuruti jejak langkah Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut.

Tetapi, bukan dalam masa yang terdekat ini. Sebaliknya, beliau dijangka akan membuat pengumuman tersebut setelah merasa yakin `team’ yang dibentuk sudah mantap dan mampu melenyapkan terus nama pengasas Puteri UMNO, Dato’ Sri Azalina Othman Said daripada pergerakan Wanita Umno itu.

Kebencian Rafidah terhadap Azalina bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Umum mengetahui telah beberapa kali beliau berusaha melupuskan pengaruh Azalina didalam wanita dan paling kemuncak sekali apabila beliau secara terang-terangan mempertikaikan keahlian Umno Ahli Parlimen Pengerang itu berikutan pengumuman Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Al- Habshi menyatakan sokongan terbuka kepada Azalina untuk merebut jawatan ketua wanita.

Malah, sejak Azalina membayangkan kesediaan memikul jawatan nombor dua sayap itu, Shahrizat yang sebelum ini dikatakan regu yang paling serasinya juga dilihat mula berpaling arah kepada Kamalia Ibrahim yang kini sudah melepasi kuota pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Jika dilihat secara kasar, mungkin percaturan ini boleh dianggap biasa sahaja dan tiada apa-apa yang istimewanya selain dari bertujuan untuk menidakkan keupayaan Azalina semata. Tetapi jika diperhalusi, jelas sekali menampakkan percaturan strategi politik tersebut lebih jauh dan tarangcang.

Kamalia merupakan senjata paling ampuh yang digunakan oleh Rafidah untuk menafikan Azalina dalam Wanita dan sekaligus menjadi penyambung pengaruh dan kuasanya di dalam wanita sebaik sahaja beliau melepaskan Wanita kepada Shahrizat, Mac ini.

Tidak ramai yang menyedari bahawa Kamalia Ibrahim sebenarnya merupakan adik ipar kepada bekas wakil rakyat Perak iaitu Razi Shikh Manan yang juga orang kuat dan paling taat kepada Menteri Perdangangan Antarabangsa, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dari situasi ini, boleh ditafsirkan bahawa Rafidah kini seolah-olah sedang mengaturkan agenda sulit bersama Muhyiddin dan jika benarlah wujud tiori konspirasi ini, bukan Azalina yang terangcam, sebaliknya ia turut merbahayakan kedudukkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dijangka mengambil alih tampuk kuasa pemerintahan negara selepas Pemilihan Agung Umno Mac nanti.

Rasanya tidak perlu diperjelaskan mengapa, tapi yang pastinya Muhyiddin pernah berlaku songsang sehingga Pak Lah terpaksa akur dengan desakannya dengan mempercepatkan peralihankuasa dan seterusnya tidak memperhatahankan jawatannya pada pemilihan Mac ini.

Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Rafidah, dimana dia pernah menulis sepucuk surat 13 halaman mengancam Perdana Menteri selepas pilihanraya lalu.

Banyangkanlah jika benar kedua mereka ini bergabung membentuk konspirasi... Tidak mustahil apa yang pernah berlaku kepada Perdana Menteri baru-baru ini akan berulang kepada Datuk Seri Najib setelah dia memegang tampuk pemerintahan negara sedikit masa lagi.

Bagaimanapun, segalanya itu boleh dielakkan jika para perwakilan bijak membuat keputusan pada Pemilihan Agung Umno Mac nanti. Jadi, terserahlah kepada para perwakilan untuk menentukan hala tuju parti yang menjadi keagungan orang melayu, terutamanya dalam Pergerakan Wanita Umno.

Tuesday, October 21, 2008

11 Pencalonan kepada Azalina, bukti wanita mahukan perubahan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Bahagian UMNO Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman said telahpun mendapat 11 pencalonan dan hanya memerlukan baki 11 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kemampuan Menteri Pelancongan itu meraih 11 pencalonan dalam masa dua minggu mesyuarat wanita bahagian diadakan menjadi gambaran jelas bahawa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kini dalam proses melakukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan pergerakan mereka.

Jumlah pencalonan terhadap menteri wanita muda berkarisma ini juga dikatakan menjadi bukti kukuh bahawa sebahagian besar dari pemimpin akar umbi pergerakan itu tidak bersetuju dan sekaligus menolak plan peralihan kuasa yang cuba retorikkan oleh ketua mereka, Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini.

Cuma, yang menjadi punca kepada `perlahannya’ pencalonan terhadap Azalina ke jawatan tersebut sebelum ini dikatakan berpunca daripada sebahagian besar Wanita UMNO Bahagian mengambil sikap tunggu dan lihat. Ini kerana, ekoran tiada sebarang kenyataan yang jelas daripada Azalina untuk menawarkan diri ke jawatan tersebut sebelum ini.

Tetapi, senario tersebut diramal akan berubah malah, baki sebanyak 9 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding ke jawatan nombor dua dalam Pergerakan Wanita UMNO itu mampu dicapai oleh Azalina dalam tempoh dua minggu lagi.

Lebih-lebih lagi, setelah beliau mengumumkan kesediaannya bertanding ke jawatan tersebut setelah cukup pencalonannya nanti dan atas kesediaan Azalina itu dikatakan menjadi punca sebahagian besar wanita bahagian yang masih belum mengadakan mesyuarat serta membuat pencalonan mereka, bersedia untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pengerang itu.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang, adakah Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, penyandang jawatan tersebut bersetuju dengan plan dari akar umbi itu. Beliau yang sudah melayakan diri untuk bertanding ke jawatan Ketua Wanita, bersedia untuk menyahut desakan dari akar umbi yang mahukan beliau merebut kerusi nombor satu wanita itu daripada tangan Rafidah?

Thursday, October 16, 2008

AZALINA CONTOH PEMIMPIN GENERASI MUDA BERPOTENSI

Senario politik UMNO masa kini dilihat agak berantakan lebih-lebih lagi diperingkat tertinggi. Semua yang berlaku itu dikatakan bertitik tolak dari keinginan yang membuak-buak di semua peringkat termasuk pemimpin akar umbi yang mahukan perubahan dalam usaha mencari formula ke arah mengukuhkan lagi perpaduan dalam Parti Keramat Orang Melayu itu.

Mungkin kerana dasar Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang agak terbuka dan lebih bersifat demokrasi menyebabkan ramai dikalangan pemimpin dari pelbagai peringkat bangkit menyuarakan pendapat mereka, lebih-lebih lagi selepas tsunami politik dalam pilihanraya ke 12 lalu.

Persoalannya sekarang, adakah pekekkan dan lolongan sesetengah pihak yang kononnya mahu melihat perubahan dalam parti keramat iaitu UMNO hingga memaksa Perdana Menteri memikul tanggungjawab tersebut, adalah bertitik tolak dari kejujuran sejati?

Ataupun yang cuba digarap bersama tangisan dalam irama pilu yang telah dipertontonkan kepada masyarakat dengan olahan retorik misi penyelamat hingga mengorbankan beberapa pihak termasuk Tokoh Demokrasi Negara itu hanyalah bermotifkan kepentingan politik peribadi mereka semata...

Jika benarlah kejujuran untuk menyelamatkan UMNO yang menjadi landasan dan apa yang disuarakan itu adalah suara akar umbi. Nah kini segalanya sudah terbantang luas dan Mac 2009 ini akan menjadi gelangang terbaik untuk mereka-mereka ini membuat perhitungan, memilih siapa yang layak dan menelanjangkan pemimpin yang rakus.

Memilih pemimpin adalah amanah, jadi pilihlah pemimpin yang betul–betul ikhlas dan berkemampuan untuk membetulkan mana yang silap, mengarap segala kelemahan untuk dijadikan kekuatan dan yang penting sekali mampu memartabatkan kembali UMNO dan bangsa.

Ini kerana, jika kita gagal membuat perhitungan yang tepat dan katakanlah mereka yang kita pilih itu gagal melaksanakan amanah diberikan tersebut, maka yang salahnya ialah kita juga kerana kita tidak bijak membuat pilihan.

Untuk memilih pemimpin yang baik dan mampu meletakan UMNO berada di kedudukan yang tertinggi bukanlah perkara sukar.

Kerana, dalam UMNO sendiripun terlalu ramai pemimpin pelapis yang mampu memenuhi kriteria yang diperlukan, cuma sebahagian besar dari mereka tidak ditonjolkan dan kalau adapun mungkin mereka dibunuh oleh insan-insan yang tamakan kuasa kerana bimbang kerusi yang diduduki beralih tangan!

Sebagai contohnya, Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said, adalah seorang dari beberapa pemimpin pelapis dalam UMNO yang dilihat mempunyai Kriteria tersebut.

Selain ikhlas membangunkan bangsa melayu, Azalina juga mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan terhadapnya. Dalam politik, kemampuan beliau memimpin Pergerakan Puteri UMNO telah menyerlahkan sifat kepimpinannya yang sejati, disamping berkemampun menjadikan pergerakan itu sebagai salah satu sayap penting dalam perjuangan UMNO ketika itu.

Walaupun masih belum bergelar Ketua UMNO Bahagian Pengerang secara rasminya, namun kerja-kerja memarbatkan parti orang melayu disana tersebut sudah lama dilakukannya. Dan hasilnya UMNO Pengerang kini semakin kuat dan amat digeruni oleh parti lawan.

Kejayaan beliau mencipta rekod kerana memenangi jawatan Ahli Parlimen tanpa bertanding sebanyak dua penggal berturut-turut pada pilihanraya yang lalu, turut menjadi bukti bahawa pemimpin muda kelahiran negeri Johor ini mempunyai kriteria kepimpinan yang hebat dan berkesan.

Selama dua penggal bergelar Ahli Parlimen Pengerang juga memperlihatkan tanah Pengerang perubahan berubah wajah. Dari satu lokasi yang agak sepi dan terpinggir dari pembangunan, kini masyarakat boleh berbangga kerana kawasan mereka sudah maju dan dinobatkan sebagai bandar ilmu dan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Keupayaan Azalina sebagai menteri kabinet juga tidak harus dipadang remeh. Kejayaan beliau membawa perubahan dalam Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha memarbatkan sukan negara dan juga belia sememangnya diakui semua pihak.

Begitu juga dengan Kementerian Pelancongan. Walaupun hanya baru memegang kementerian ini tidak sampai tujuh bulan, tetapi pelbagai usaha telah dan akan dilakukannya tuntuk menjadi industri pelancongan negara sebagai satu sumber pendapatan utama negara. Ia ternyata membuahkan hasil yang memberangsangkan!

Minggu pertama pencalonan sudah menampakkan hasilnya. Ahli majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Perlimen Pengerang ini sudahpun mendapat pencalonan yang mencukupi untuk beliau bertanding bagi mengekalkan jawatan tersebut.

Apa yang lebih menarik lagi, meskipun tidak pernah menyuarakan keinginannya untuk turut bertanding sebagai Naib Ketua Wanita UMNO dan dikhabarkan ada usaha untuk membunuh kerjaya politik beliau oleh individu tertentu yang irihati dan takut dengan keupayaanya selama ini, namun menteri muda kreatif ini sudahpun mendapat empat pencalonan untuk kejawatan tersebut.

Dan, dijangkakan Azalina mampu melepasi 20 pencalonan yang melayakkan beliau bertanding dan mampu memenangi kerusi tersebut seandainya beliau menawarkan diri bertanding bagi jawatan yang bakal dan dijangka akan dikosongkan oleh Datuk Sri Sharizat Abdul Jalil.

Adalah menjadi satu kerugian besar seandainya pemimpin seperti Azalina dinafikan kemampuannya.Beliau seharusnya tidak ada halangan untuk mendapat pencalonan dari wanita bahagian dan seterusnya mengangkatnya sebagai orang nombor dua pergerakan tersebut.

Soal beliau masih belum menawarkan diri untuk bertanding kejawatan tersebut bukanlah perkara besar, kerana Azalina dilihat sebagai seorang pemimpin yang sentiasa mendengar suara dari perlbagai peringkat, termasuk dari akar umbi dan tidak mustahil dia bertanding jika itu kehendak banyak pihak.

Bukan itu sahaja, malah Azalina juga dilihat sebagai regu yang paling serasi dengan Sharizat, jadi tidak menjadi satu kerugian jika nama Azalina terus dicalon dan seterusnya diangkat ke jawatan tersebut.

Tuesday, October 14, 2008

Pilih Pemimpin Adalah Amanah-Kita Perlu Buat Perhitungan Bijak



Pada bulan Mac 2009 nanti para perwakilan UMNO akan memilih calon-calon untuk menduduki kerusi-kerusi Presiden, Timbalan Presiden dan Majlis Tertinggi Umno bagi tempoh tiga tahun. Siapa yang wajar kita pilih untuk memikul tanggungjawab yang kita amanahkan itu?

Jika mereka yang kita pilih itu gagal melaksanakan amanah tersebut maka yang salahnya ialah kita kerana kita tidak bijak membuat pilihan. Ketepatan memilih menjadi kritikal kerana jawatan di peringkat MT UMNO, sehingga kini, biasanya akan memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan; sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri, timbalan menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri dan sebagainya.

Menjadi bertambah kritikal lagi kerana merekalah yang akan memimpin parti untuk mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Ke-13 nanti. Pilihanraya tersebut amat penting kerana ia akan menentukan survival UMNO. Lantas ia akan menentukan pula hidup matinya Melayu:

Justeru apakah kriteria yang hendak kita gunakan dan disini dititipkan sepuluh (10) kriteria difikirkan perlu untuk dipertimbangan sebagai landasan untuk memilih pemimpin.

Kriteria pertama, seseorang bakal bergelar pemimpin itu semestinyalah berjiwa Melayu kerana parti UMNO adalah berteraskan orang Melayu dan berjuang untuk kepentingan orang Melayu. Mereka hendaklah dilihat komited dan tegas memperjuangkan serta melindungi hak, kuasa, kepentingan dan maruah Melayu, selaras dengan Fasal 3.2 – 3.5, Perlembagaan UMNO.

Diperhatikan hak dan kuasa kita semakin terhakis, kepentingan semakin tercabar dan maruah kita terus menerus dihina. Justeru keadaan yang nazak dan terdesak ini menuntut pemimpin yang kental jiwa Melayunya untuk bangkit berjuang bagi meletakkan semula hak, kuasa dan maruah bangsanya di tempat asalnya yang hak.

Kriteria kedua ialah mereka mestilah bersikap mesra, berjiwa rakyat dan dilihat suka menolong rakyat serta sering mendampingi rakyat. Terbukti mereka telah banyak menolong ramai orang miskin dari segi perumahan, pekerjaan, pendidikan dan meningkatkan pendapatan mereka.

Kriteria ketiga ialah berwawasan yang jelas untuk memajukan bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Wawasan ini yang memandu ahli dan parti menuju destinasi yang dipersetujui bersama.

Syarat yang keempat ialah berdedikasi, komited dan berprestasi yang gemilang bersandarkan jawatan yang pernah disandang, misalnya, menteri, timbalan menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri. Terbukti jelas mereka telah mampu membawa kemajuan yang memberi manfaat kepada orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Ia berupaya menjana aktiviti ekonomi, mewujudkan gunatenaga penuh (full employment), mengukuhkan pendapatan, membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan.

Pendek kata, UMNO memerlukan pemimpin yang mempunyai dua kemampuan – pemikir (a thinker) dan pelaksana (a doer).

Kriteria kelima pula ialah telus, mengamalkan urus tadbir yang baik (good governance) serta bertanggungjawab (accountable) kepada rakyat.

Kriteria keenam ialah baik budi pekerti, berintegriti, bersopan, mengenang budi dan menghargai jasa orang, sejajar dengan tuntutan Fasal 20.8 (g), Perlembagaan UMNO.

Ketujuh ialah bijak dan berhemah. Kita mahu pemimpin yang matang dan pragmatik dalam menyusun langkah bagi kebaikan orang Melayu dan UMNO. Keutamaan kita adalah selaras dengan maksud pantun ini:

Seterusnya kriteria kelapan ialah pemimpin yang berani berdepan dengan bukan Melayu yang mengutuk dan menghina parti, bangsa, pemimpin dan rajanya sendiri. Kita mahu pemimpin yang mampu berjuang mempertahankan wilayah negaranya sendiri. Kita mahu mereka yang dilihat berani dan tidak mudah tunduk kepada negara dan bangsa asing; selaras dengan semangat dengan Fasal 3.1, Perlembagaan UMNO.

Kriteria kesembilan ialah berpengalaman luas dalam parti, pentadbiran dan NGO; sudah masak dan matang – naik bertangga, turun berjinjang. Meningkat dengan kekuatan sendiri, bukan bersandar dengan mana-mana pihak.

Di samping itu, kepimpinannya terbukti diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa; yang demikian ia menjadi aset yang berguna kerana mampu meletakkan UMNO dan negara di persada global.

Manakala kriteria terakhir ialah kesederhanaan dan boleh diterima oleh kaum-kaum lain kerana negara kita bermasyarakat majmuk. Kriteria ini selari dengan Fasal 3.6, Perlembagaan UMNO.
Untuk berkuasa melalui BN, UMNO memerlukan sokongan kaum dan parti-parti komponen yang lain. Justeru pemimpin UMNO perlulah dilihat tidak bersikap ekstrimis, turut menjaga kepentingan mereka tanpa perlu menggadaikan kepentingan kita sendiri!

Sama-samalah kita saksikan pada bulan Mac nanti sejauh mana bijaknya 3.4 juta ahli UMNO dan 2,560 ahli perwakilan dalam menentukan nasib 14.1 juta umat Melayu dan 27.7 juta penduduk Malaysia. Ingatlah harapan menggunung ahli UMNO dan rakyat Malaysia terhadap UMNO/pemimpin mereka

Retorik Gila Anwar Berwayang Kembali


Tak habis-habis ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermimpi di siang hari, melakarkan cerita kartun yang bersandarkan retorik gilanya. Setelah menipu dan merentap kenyakinan penyokong setianya, kini pemimpin gila kuasa itu mengumumkan tarikh baru kerajaan pakatan pembangkang akan mengambi alih tampuk pemerintahan negara.

Walaupun dua tarikh awal telah diberikan dengan penuh keyakinan namun kesemuanya tidak menampakkan sebarang tanda bahawa kepimpinan negara akan berubah kepada mereka, melainkan hanyalah memperlihatkan `angan-angan Mat Jenin’ semata..., tanpa segan silu dan bernada angkuh dia meletakan tarikh baru untuk dia jadi PM iaitu sebelum raya kurban ini.

Retoriknya....Setelah memenangi beberapa negeri dalam PRU 12 lalu, pakatan pembangkang merasakan seolah-olah mereka telah menang dan menguasai kepimpinan negara.. Tindakan demi tindakan yang mereka lakukan memperlihatkan mereka seolah-olah memperbodoh-bodohkan penyokong taksub mereka. Antaranya:

Kalau masa berkempen dulu kata pasal harga minyak turun, lepas PRU kata kalau hari ni mereka perintah esok minyak turun 50 sen. Bila kerajaan BN turunkan harga minyak mengikut kadar pasaran dunia, waluk-waluk DSAI mula berkata bahawa ”Kalau tak pasal cadangan dan desakan DSAI, kerajaan BN tak akan buat sedemikian”.

Akhirnya modal isu minyak yang digunakan tak boleh pakai lagi. Semua dah tahu tujuan utama hanyalah untuk memastikan kemenangan DSAI dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh aje. Tidak lebih dari itu...

Nak menambah-hangatkan lagi keseronokkan penyokong yang taksub dengan beliau, maka DSAI menyanyikan lagu baru iaitu PKR akan ambil alih kepimpinan kerajaan pada 16 September 08. Maka menarilah penyokong taksub termasuklah Lim Kit Siang. Karpal Singh, Lim Guan Eng, Haji Hadi dan ramai lagi dengan dendangan lagu baru DSAI yang begitu mengasyikkan.

Untuk menambah-yakinkan lagi, DSAI menambahkan lirik ’ada 30 orang daripada BN akan lompat parti.’ Maka pengikut yang umpama burung kakak tua ni pun mengiyakan dan mengulangi lirik DSAI kerana mereka percaya benar bahawa memang terdapat 30 orang BN akan lompat parti.

Nak kuatkan cerita lagi, pelakon utama DSAI, Tian Chua diarah pulak pergi ke Taiwan untuk susul rombaongan ahli Backbencer BN. Kononya nak ’deal’ dan ’finalized’ dengan mereka yang nak lompat parti.

Tup-tup berita melaporkan mereka gagal berbuat demikian kerana bila sampai depa terperangkap oleh taufan. Balik Malaysia, buat lagi skrip baru yang mereka dah berjumpa dan ‘comfirmed’. Maka bergembiralah penyokong taksub umpama burung kakak tua bahawa dalam masa terdekat ni, DSAI akan jadi PM.

Untuk menampak seolah-olah ianya pasti berlaku, maka mereka buat‘flyers’ ’Perhimpunan Menyambut YAB DSAI PM ke 6 Malaysia’ yang ditampal kat LRT. Maka beriya-iyalah mereka yang melihat ‘flyers’ tersebut pergi ke Istana Negara. Ada yang sampai seawal jam 6.30 pagi walaupun kat flyers tulis jam 10 pagi.

Tak cukup-cukup ke kena tipu dengan dendangan syahdu DSAI. Satu persatu kenyataan beliau tu tak ada kebenarannya. Semua tarikh beliau bagi tu sebenarnya beliau sendiri tahu ianya tak akan menjadi kenyataan. Ia hanya untuk meraih simpati dan mengalihkan pandangan penyokong terhadap isu peribadi beliau .

Selain itu, beliau cuba nak main wayang agar pakatan pembangkang nampak gah pada mata masyarakat khususnya ’partner’ mereka kat luar negara.. Tapi semua orang tahu bahawa dia memang suka mengarut. Beliau dah lama main wayang. Pakai ’colar guard’ kat leher masa lepas dari tahanan tup-tup lepas beberapa minit sahaja dah buang.dan jalan macam biasa je.

Tapi yang menghairankan, walau bagaimana kena tipu dan terbukti diperbodoh-bodohkan oleh pelakon handalan yang memegang watak ketua pembangkang ini, namun mereka masih percaya dengan retorik DSAI .

Mereka sanggup terus ditipu dan diperbudak-budakkan...Sedihnya! Sampai macam tu sekali diperbodohkan dek Pak Nuaq. Tak sedar lagi tak tau laaaaaaa